Sunday, June 27, 2010

Lagu Minggu ini.. Kopi Dangdut

salam..
pagi nie terniang aku dengan persembahan selingan masa pertandingan teater muzikal di DBP tempoh hari..
gaya dan suara alunan bebudak 3 orang..
dipanggil 3 budak lelaki.. memang best..
terpesona aku mendengarnyer
wahhhh.. memang ada X-factor..
ini antara lagu yang diorang dendangankan secara acapela..

Kopi Dangdut

Kala kupandang kerlip bintang nun jauh disana
Saat kudenger melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut
Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut
Irama kopi dangdut yang ceria
Menyengat hati menjadi gairah
membuat aku lupa akan cintaku yang telah lalu
Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut
Dag dig dug detak jantungku
Ser ser ser bunyi darahku
Na na na
Mengapa kamu datang lagi menggodaku
Dulu hatiku membeku
Bagaikan segumpal salju
Ku tak mau peduli
biar hitam biar putih
Melangkah berhati hati
Asal jangan nyebur ke kali


Jalan - Jalan di Ibukota


salam..
ini entry aku untuk hari ini
kerje banyak.,. tapi aku dah tak tahu nak wat yang mana..
kul 2 ada kursus dan aku cube nak tenangkan diri..

ini aku upload gambar kakteh dan lina.. masa g kat atsek area ampang
dekat je kat umah aku
memang cantek..

kami baru balik dari JOB kawen kat sg buloh..
penat tak terkira jugak pergi sana
tapi nak tunaikan kerje tu..
aku syukur ada kak teh ngan lina ikut dan amek gambar
memang cantek giler gambar yang diorang amek..
memang kreatif..

Saturday, June 26, 2010

Seronoknya Berada Dirumah

salam..
memang indah kalau hidup dalam ketenangan..
bile berada dirumah.. terasa seronok dan rasa selesa sangat
aku terbongkang kat mana pun.. tak ada halangan..
umah mak ayah..
rumah yang membesarkan aku dari kecik sampai gemok macam nie..
aku memang tak miss balik sekarang
umah kat Pj ngan Ampang memang 30 minit je sampai
kalau petang adalah 2 jam nak sampai..
memang jauh beza hidup aku sekarang ngan dulu..
dulu kat beranang.. sebulan sekali aku balik
sekarang.. ampang nie jadi lokasi aku menenang diri..
dan aku dapat rasakan.. keputusan aku pindah memang ada hikmahnyer
aku dekat ngan family dan aku rasa seronok sebab dekat ngan kawan kawan.. terutamanya.. lola ngan apez
cakap je.. nak kuar minum kat mana..
cepat je aku pergi dan jumpa lola ngan apez.. berteman mad yang setia mendengar gosip aku ngan lola..

sejak aku pindah nie memang rezeki pun tak penah putus
melimpah ruah
ingat lagi nasihat mad..
kalau kita bersedekah.. balang rezeki kita nie tak ubah macam VAKUM,,
makin kita kosongkan.. makin banyak ruang untuk disedut..
memang tepat perumpamaan itu..
tak silap aku hadis..

sekarang pun.. aku cube menjejak jodoh aku..
aku dapat rasakan betapa aku sedang menghampiri perkahwinan
dan aku perlu bersedia zahir dan batin
agar aku jadi suami yang terbaik untuk isteri aku,,
harap harap aku memiliki isteri yang menjadi kaki dan tangan aku..
yang faham dan memberi peluang aku memahaminya..
aku harap harap.. aku berjaya..

ini antara gambar tempoh hari.. aku pergi perkahwinan rakan TOT UPM pangsun.. terus aku bergegas jumpa mak ngan ayah kat Masjid Petaling Jaya. Rupanya.. kenduri tu dah terlepas.. seminggu lepas. kesian ayah .. excited nak pergi kenduri kawan dia.. last last aku bawak balik ke umah aku.. minum air kelapa.. dan segala bagai...

Friday, June 18, 2010

You Are Alone

salam..
"you are alone".. itulah kata kata nasihat dari tuan haji mad rahim, panel ke 4, semasa forum discusi sempana sambutan hari pendidik peringkat MARA di dewan perdana felda semalam. 17 jun 2010.
aku yang diduduk berteman zarine.. ringan jer kaki melangkah ke microfon dan terus memperkenalkan diri.
aku tak perasan samaada aku bersuara KLCC atau tidak.. yang penting aku cukup bersahaja dan bercakap dengan emosi yang terkawal..

"nama saya NOORHISYAM RAZALI dari KKTM Petaling Jaya. saya merupakan seorang guru yang baru setahun jagung dari bidang dan saya terpanggil apabila mendengar bait - bait terakhir kata bicara panel ke 4 yang mana mengatakan bahawa 100 kebaikan yang dilakukan apabila satu sahaja keburukan yang dilakukan.. orang akan memandang kepada 1 yang terjadi itu.. jadi.. apakah dan bagaimanakah untuk saya mengharungi detik dan saat itu bilamana kemungkinan itu datang kepada diri saya dan saya pastinya akan terpanah dengan perkara ini bak kata orang.. nila setiktik yang boleh merosak susu sebelanga.. dan minta pendapat panel untuk memberikan air penawar dan tips dari kekalutan jiwa ini."

begitulah kata kata yang aku spontan jer cakap.. walaupun aku dah sikit sikit karang kat hset aku
namun.. bile camera dah berfokuskan kat aku.. jadinya.. aku memang selamba jer lah jawabnyer melontarkan soalan..

bila abis sahaja aku beri soalan tu.. orang dok bertepuk tangan dan aku compius.. diorang tu tepuk sebab apa?..

bile panel dah menjawab.. aku ambil langkah save dan harapan aku.. agar siapa yang termakan cili.. dia akan merasa pedasnya..

you are alone tu merujuk pada.. keyakinan diri ini.. hanya aku yang dapat ubah dan kawan kawan jadi sokongan.. flora, mad, apez.. semua jadi tulang belakang aku.. dan diri aku yang boleh bantu diri aku sendiri dari sudut berdepan masalah ini.. dan diri ini jugak yang menjadi penentu utama sama ada aku boleh bertahan atau tidak..


oh ya.. bile dah abis forum tu.. aku ngan zahrine lah yang paling awal makan..
kami duduk kat tepi buffet yang penuh dengan makanan yang sedap gilersss..
bile dah ramai orang.. rupanya aku duduk kat tempat makcik makcik..
abis satu meja.. geng geng pompuan semua duduk..

yang sorang tu.. dok tanya aku dari mana?.. dan nak masukkan anaknya..
yang sorang lagi.. tanya tu tanya ini..
dah macam nak kena soal siasat plak..
aku pun makan ala ala pengantin baru.. sopan teramat sangat..

yang best dan mengembangkan bontot aku..
soorang makcik tu.. cakap..
"u ke yang tanya soalan tadi?.. "
aku jawab "ha'ah.. saya lah.." sambil aku tersengeh..
"nampak hensome pulak bile berdepan ini" dia menambah..
"ye ke puan.. biasa biasa je la.. " aku cuma mampu menyambung sengeh..

ada plak seorang makcik tepi tu menyampuk..
"suara u lunak merdu.. boleh jadi juru hebah.. komersil" dia memuji
"heh heh heh heh." aku sambung gelak gelak manja.. tambah sikit gedik..
zahrine sebelah aku.. makan dan terus makan.. siap tambah buah lagi.. aku jugak yang kena interview..
makcik makcik tu.. rupanya semuanya penolong pengarah kat MRSM MRSM masing masing..
umur diorang rata rata 50 an dah..

dan lepas tu.. aku terus ke surau dan solat terus aku balik ke tempat duduk untuk acara penyampaian anugerah..
perasaan masa tu dapat control lagi..l tapi bile tengok pencapaian pemenang.. aku jadi ralat dan sangat marah..
tapi biarlah..
biar aku dan fail aku yang mengetahuinya..
lepas tu.. masa keluar nak minum petang..
aku ternampak van KPM Beranang..
aku terus berlari.. dan mencari isi van tu..

dalam hati aku.. " ada jugak rupanya"
encik zul.. apa khabar?
"ohhh DR YATIM PUN ada.. sorry tak sempat nak KEJAR Dr dalam dewan tu.."
aku terus berjabat tangan dan rasa puas bile perkataan KEJAR tu buat dia terkejut dan mungkin dia dan aku sahaja yang faham apa maksud KEJAR tu..
aku rasa lega sangat dan terus pergi makan..

minum petang bihun.. bile nak balik,.. aku gunakan keupayaan aku repoor sampai dapat macam macam makanan .. makcik tu tapawkan aku.. makcik kathering tu lah menapawkan aku..
alhamdulillah.. aku ngan zahrine borong daging kicap dengan bihun..
sampai umah.. punyalah best bile semua orang makan..
aku rasa seronok sangat..

lepas maghrib.. aku terbongkang tidooooooooooooooooooooooooooooo
kul 11.30 baru ayah gerakkan aku.. nak balik PJ..
rindu kat bella.. kalau bella ini marah.. dia mesti menjeling macam muka ini..














Monday, June 7, 2010

Mutan - 9 Peserta dari Kumpulan Juara (G8)- bengkel TOT nur lembah pangsun

inilah ulasan serba sedikit yang aku boleh lontarkan.. tentang kisah aku last week berkampung di UPM dan di Nur Lembah pangsun..

memang banyak betul KI (kemahiran insaniah) yang aku dapat garapkan.. dan belajar...


Kumpulan G8 (Hijau) berjaya menggondol Juara Keseluruhan TOT Pangsun. dibarisi oleh

syam Tok uban : bidang kepakaran : mengarah jer dan duduk bertapa sambil menunjuk jari telunjuk .. yang penting. semua mengikut arahan

ceeko jr : hebat memukau penonton dengan suaranya dan mencari ikan kaloi.. selain itu jadi juru gambar bertauliah kumpulan

nad : gadis sales girl yang berjaya menjual buku dengan jayanya serta berjaya terjah cikgu besar sekolah

farah : ayat - ayat yang keluar dari mulot dia.. sweet sangat sampai semua orang cair.. abis buku dijualnya..

cikgu alias : bijak melihat rongga - rongga kecik untuk mencari token dalam aktiviti jalan jalan cari makan.. dan boleh jadi juri tetap dengan libasan kata kata beracunnya

fabian : jadi tukang cerita yang mantap.. jadi pengikut setia dan paling sopan santun..

izad : paling skima dalam kumpulan dan berjaya menjadi pembaca peta yang tersohor.. tapi kenkadang nak dibuang kerje oleh cheeko

efa : ala ala akak akak yang jadi bendahari dan bawak sikit punya besar beg.. memang tabah dan sangat bermotivasi

timah : memang unik dan gaya tersendiri.. sekali dia berlakon.. abis orang ditariknya rambut...




memang kumpulan aku nie tak pentingkan kemenangan dan aku realise yang mereka nie ada keistimewaan tersendiri..
memang bertuah aku satu kumpulan dengan diorang nie..
bestt sangat!!!!!
kalau diikutkan..
aku dah buat hatrik kejuaraan


start dengan dialek.. aku berjaya tersenarai 37 orang yang berjaya disahkan dialeknya.. untuk Malaysia book of record


PLKN - program PPSB- kumpulan aku lembing  juara keseluruhan

TOT . UPM - kumpulan G8 juara keseluruhan jugak


ohh sebelum tu bulan lepasnya.. aku berjaya jadi peserta kursus kat jawi penang..dapat NOMBOR 1 : web terbaik...


apa lagik yer..


kira aku habiskan MBA pun.. kira berjaya teraaaaammmaattt sangat dah nie..


alhamdullillah.. memang perjalanan karier seni aku dan kecintaan aku dalam seni ini berjalan dengan lancar...
namun.. tanpa keluarga.. housemeet dan kawan kawan seperjuangan.. LOla ngan apez.. aku memang tak leh maju macam nie..


aku harapkan perhubungan persahabatan kita terus mekar dan kita berjaya sama sama ..
memang kalau berjaya sorang sorang tak best..
kalau berjaya dalam team.. lebih berarti..

Sunday, June 6, 2010

Janji Pernigaan dan Peluang Perniagaan

salam..
pagi nie aku bangun awal dan pergi keje awal.. biasalah... semangat datang pepagi..
dalam kepala aku nie nak setelkan perakara yang dijanjikan,..

1. nak buat logo kat zu..
2. nak setelkan markah students
3. nak print gambar kat jawi
4. nak kemas kemas..

bile aku dah siapkan kak zu punya logo..
aku setelkan duit dinner kat ibu..
dapatlah rezeki dari cafe sebelah umah aku..

bile dah online facebook balik..
aku ada lah terbaca tentang tuntutan janji geng geng guru ushawan yang nak gambar
memang aku akui aku lewat buat benda tu..
tapi aku memang tak der masa dan aku kena utamakan peluang perniagaan yang baru untuk aku..
dan aku akan setelkan kat diorang hari nie jugak,..
ye la.. kenkadang kita menempuhi macam macam halangan dan rungutan..
aku suke pada cabaran !!!
i like..
lagi banyak cabaran.. lagik best..

oklah.. next time.. aku amek pengajaran..
yeaahhhh.. aku dapat rasakan.. makin banyak cabaran.. makin HEBAT aku !!!

Saturday, June 5, 2010

Saat paling getir sudah berlalu..

salam..
jam 5.40 ptg.. giliran kupulan aku present SMP dengan tajuk Media Prima..
memang lah berdebar gile.. sampai aku kecut perut..
prof ini memang dia pernah rasa tak puas hati dengan kumpulan aku nie sebab last presentation macam tak lengkap..
punya lah aku fobia..
masa nak present tu.. aku memang tak henti henti visualise dan berdoa agar tenang dan berjalan lancar..
bile time aku.. ntah macam mana.. mulut aku terus je present dengan selamba..
tapi satu perkara aku kurang.. aku tak pandang audien sangat
aku dok tengok PC dan baca sahaja..
memang aku rasa nak meraung jer.. sebab 20 slide yang aku buat nie.. macam lambat nak abis plak..
aduihhhh
rasa jugak rasa rendah diri tengok kengkawan yang lain.. meletopp letopp buat..
aku jugak yang biasa..
tapi aku memang sungguh sungguh..
dari balik kursus TOT UPM tu.. aku terus buat dan baca..
memang aku kena faham semuanya..
baru boleh buat analisis..
alhamdulillah..
jam 4.30 pagi tadi aku berjaya siapkan..
power point dengan report sekali..
namun,, aku kena present..
itulah cabarannya...

masa aku nak carik parking.. sempat jugak aku toleh parking depan fakulti..
"Prof Tusirin"...
waqhhh tempat dia kat depan pintu masuk..
kira hebat dia nie.. sampai parking khas..
bile aku tengok dalam dalam.. dia memang hebat..
petah berkata..
dah berjaya plak dalam rumahtangga..
memang dia adalah insan terpilih yang berjaya..
aku kagum dengan dia.. walaupun dulu.. aku anggap orang biasa biasa jer..

hnmm
"give a clap".. kata prof tusirin..
buat hati aku lega.. terus rasa bersalah sebab anggap dia akan marah marah
dan rasa tak puas hati ngan aku..
aku memang rasa nak menjerit dan meraung.. sebab dah berjaya abiskan sem 5 MBA aku nie..
sem depan buat tesis sorang sorang..
insyallah.. aku akan bahagikan masa dengan jayanya...
terima kasih semua yang bantu aku..

housemeet aku.. kak norma.. dilla.. kak ita.. dan suzi..
teng-Q...