Sunday, January 31, 2010

ACAP wedding

 
  
  
  
  
 

Sajak lagi..

salam..
hari nie aku nak cube cube bersajak lagi..
mungkin temanya tentang CINTA..

__________________
Kusyukuri CINTA ini
__________________

melamar rasa ini
seakan mahu saja mencatur jiwa
kemenangan membilang jodoh
dan kebahagiaan adalah habuannya
aku menerimanya
seikhlas adanya

membenihkan lagi rasa ini
aku terbuai dialam berkasihan
hidup menjadi lebih nyata
terang dari kesuraman semalam
kini terlalu indah bersamanya

biarpun adakala selisih kata dan atma
kalbuku tetap mengagunginya
sebagai kekasih
ulung yang mendamaikan
menyuburkan jiwa
halus !

syamputra
11.20mlm
31 januari 2010

2 Exam Dah Lepas

salam..78/
sabtu lepas.. aku masuk exam 10 minit lewat..
ngan selamba aku menulis tak henti henti
main sedap rasa la aku menjawab..

Exam OB memang susah sebab nak kena faham case study..
tapi exam staffing.. kira boleh goreng sampai hangit la..

pasti aku berkampung kat umah mak ayah
seronoknyer tido umah sendiri
aku cadang.. kalau ada lebih rezeki.. aku nak belikan tilam king size untuk bilik ayah
dah lama sangat tilam kecik tu..
ye la.. sedap sikit ayah tido./.

pagi ahad aku naik kete mamat beli roti canai
pasti aku kembali tido dan kul 1 aku gerak g digital mall kat PJ ngan mad..
nak beli CD game ps2

malam nie aku nak siapkan keje keje nak ngajar esok dan nak bersedia nak bagi ucapan esok..
itulah gamaknyer..
ahad yang tenang nak penuh dengan relax..

Thursday, January 28, 2010

Jumaat Terlewat seminit !!

salam..
hari nie bagaikan hari yang santai untuk aku
class tak der.. dan rasa macam heppy jer..
masuk keje pun punch lambat seminit..
aku mengubah sudut komputer aku dengan selamba..
ye la..
nak buat keje senang nak taip
aku nie dah besar
key board kena kat atas meja sikit
baju senang..

oh ya..
hari nie aku pakai lah seluar baru yang baru sekali basuh
ala ala seluar polo mahal punya..
entah la.. nak kena balik ampang jugak.. sebab nak suruh mak aku jahitkan
seluar dah koyak tak ingat dunia
sampai atas koyak sebab tersangkut kat pemegang kerusi..
bunyi kuat..
nasib la.. kak shima je yang nampak..
kak shima bagi aku kot dan balik umah tukar seluar..
hmmm itulah dia..

semalam.. aku baca yasin kat surau tingkat 7..
kemudian.. ke tingkat 6 plak..
ada kes hilang duit..
semua pelajar pompuan minum air..
kak siti yang incharge..
ituuu la dia..

teringat plak duit aku hilang 750 yang lepas..
sampai sekarang menjadi misteri
sama ada.. mak yung, cina bukit, is ataupun pemilik bilik sendiri
puas jugak aku pergi
nasib lin ada.. tolong tunjuk tempat bomoh..
memang mengarut
bomoh tu ntah apa la dia bagi
memang kurafat..
tapi itu sebagai kenangan..
aku akan lebih berhati hati..

hidup aku pun dah kembali ceria..
hidup dah kembali berbunga bunga..
mungkin kerna ada punya CINTA
yang ikhlas dan sejati
terima kasih sayang...

Mutiara Mata Membasah Sejadah..

salam..
malam malam nie nak jugak aku tumpang dan cuba berpuisi..
angin malam nie terasa segar sangat
malam nie aku terpanggil nak menotakan sedikit karya..

___________________________
Mutiara Mata Membasah Sejadah..
___________________________

dalam sentuhan
antara sedepa menjadi sejengkal bezanya
saf sebaris membina dinding rasa
yang lama terbuku
berangan antara khusyuk dan kerut dahi
mendamaikan haluan kepangkal
kembali menjinak titik hati kelandasan
yang bercapah menggaris lubuk hidup

dalam seruan panggilan itu
terbisik suara azan memanggil angin
dan menderu sekalian patah ayat
bersambung menjadi kalimah suci
disitu aku menanti
kalau ada yang tertinggal
untuk aku turut berlari bersama
sungguh termanggu
sejauh itu aku tertinggal
dan ketinggalan melangkah biar berkaki dua

matahari terbenam menjadi saksi
panggilan untuk bulan beriring bintang
menitip tugas yang tak pernah sekali tewas
waktu itu, masa seakan laju dengan sekata
mendetik nadi ini
bernafas dalam rasa jiwa
yang entah dimana puncaknya

rukuk membawa jemari kenyentuh kaki
yang berjasa menampung berat dosa
dan tidak pernah merungut rutinya
langsung ke sujud menumpahkan peluh dahi
kemuka sejadah
disitu mutiara mata membenih titis hujan
dan ia tanda syukur
kelopak mata masih bisa gerimis
dan salam pada rakaat terakhir
membawa aku kemakam kejahilan
yang harus ditinggalan
dan inilah hijrah
yang diperkenankan oleh penciptanya
Allah.. maha pengampun..

syamputra
11 malam
18 jan 2010
malam jumaat

lagu irama Nasyid - Siti Nurhaliza (Pintu Rindu)

Pintu Rindu :

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Tuesday, January 26, 2010

DUGAAN - memang meremang bulu roma

salam..
mungkin terlalu busy dengan urusan sosial dan class.. sampai tak sempat aku nak siapkan soalan exam..
mujurlah aku dapat aura kekuatan dan bertahan sampai pagi
alhamdulillah.. memang dah ditakdirkan aku BERJAYA siapkan semua assessment question dengan jayanya..
start kul 8 aku g teman mad makan bihun sup pendang kat pantai dalam..
balik aku strat buat dan mad terus main PS2 mamat..
sampai kul 12.30.. mad seperti biasa tidooo
aku terpaksa memikirkan ayat dan soalan yang betul betul hebat..
dan akhirnya jam 2 aku berjaya buat jugak soalan..

bile nak ke OPIS untuk print..
mad meliat nak bangun dan aku pergi je sensorang dengan penuh gaya
sampai atas.. lampu tak tutup..
zaini last person.. tak tertutup plak dia..
aku masuk bilik guru dan bukak la aircorn dan bukak lampu
selang 5 minit print dan buat keje..
terdengarlah bunyi ketuk pintu.. kais kais.. kat depan belakang tepi aku..
aku pun naik meremang bulu roma..
aku cakap kat benda tu " aku nak cari makan.. nak cari rezeki.. jangan lah ganggu aku "
benda senyap sekejap..
selang 5 minit
bunyi tu datang la..
aku cube call mad guna fone opis.. telipon enggage plak..
hset tak bawak..
aku dah sampai takut teramat..
nak bukak lagu.. lagu tak der..
aku terus buat keje ngan cepat
ada lah 1 jam aku dok opis tu..
akhirnya berjaya jugak aku abis dan sampai umah kul 3.15..

bak kata orang./.
dugaan hidup tu memang ada,..
kita perlu YAKIN yang ALLAH senantiasa bersama kita..
percayalah..

Thursday, January 21, 2010

Lagu IWAN

Fantasia Musim Cinta

Kugenggam awan kelabu
Kugapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan rindumu

Langkah kita makin hampir
Ku tahu kau menunggu ku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi

( korus )
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Mengisi hari-hari
Yang indah ini...
Gunung akan kudaki
Lautan akan kurenangi
Dengan memburu mimpi
Yang pasti...

( 1 )
Pintu kini telah terbuka
Kita pasti langkah bersama
Fantasia musim berakhir
Cinta pun berpadu

( 2 )
Hari hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring sehati dan sejiwa

Lagu Minggu Ini . Cinta Terakhir - Aiman

Cinta Terakhir


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia




Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Wednesday, January 20, 2010

Sajak Pertama Tahun Ini - Januari 2010 - "Membelai Kemalasan"

salam..
aku teruja dengan melihat.. naik turun orang isnin lepas.. dalam Anugerah Sastera Perdana
Impian aku nak menerbitkan Antologi Puisi Tahun 2009 akan aku bawa ketahun 2010..
aku pastikan nama aku akan tersenai.. sebagai penerima UTAMA Anugerah Sastera Perdana untuk tahun akan datang..
jadi.. aku kena rajin la sikit..
ini kau hasilkan secara spontan sajak yang aku cipta tajuknyer dulu baru aku buat isinyer..


Membelai Kemalasan

Mengolah rasa jiwa pada detik yang mudah berlalu
Pantas mengejar waktu muka
Dan terus meninggalkan tanpa jejak
Kosong dan usia membohongi masa bertambah
Angka menganjak putih uban membiak
Hitam rambut dengan lebat semakin kecundang helaiannya

Duduk juga aku disitu
Meski ketahui akan jendala kehidupan
Tidak pernah berhenti
Menidakkan takdir dan cuba mengubah nasib
Dengan hanya bersandar
Sambil mata seakan menutup kelopaknya
Dan dengkur mula menyala dan marak

Malas dengan kata
Menghalalkan niat akan perlakuan
Bijaksana tiada lagi
Telah ternoda dengan hasutan
Keenakan bantal dan empuk tubuh dilabuhkan
Sedang kaki - kaki luar
Mundar mandir bergerak
Mencari mutiara
Sedang kita asyik bermimpi
Dan Cuma menjelma
Kaca yang kononnya berharga.

Syamputra Razali
Petaling Jaya
5.29 ptg – 20 Jan 2010

Tuesday, January 19, 2010

Raikan Ulangtahun Kelahiran LOLA

salam..
dah lama internet tak der..
aku backdated la yer..
ini agenda aku g raikan harijadi lola..
tahun masih 20 an lagik
heheheh
lola nie 1 tahun untung.. masuk darjah 1 umur 6 tahun
memang seorang kak long yang bijak..
aku macam ala ala tak perasan lola wakil pantun SM BB Bangi..
aku biasalah.. wakil sekolah Kosas.. juara bertahan..
heheheh
tapi kita kenal sebagai peasing hebat kat UPM sebagai wakil kolej..
aku wakil kolej canselor
last last berjumpa dipertemukan oleh abdul hadi che hassan
kami jadi rapat dan sampai lola kawen ngan apez..
itulah kisahnyer

aku harap persahabatan kita kekal yer..

jiwa kita jiwa pantun.,..

Monday, January 18, 2010

Open House RAYA umah CARLOS - 18 oktober 2009

salam..
saje je aku terbuka file nie..
teringat plak masa open house nie
seronok betul berbual.. sampai pagik
kira semua ada..

memang indah kalau ada kawan sebegini..


Selasa : Baru Dapat Nadi Kerja Kembali

salam..
hari nie baru aku dapat momentum nak keje..
semalam dengan penat tak ingat dunia..
ditambah.. malam tu ada dinner kat The Legend Hotel lagi..
Anugerah Sastera Perdana..
memang gemilang dan aku cukup bersemangat nak berkarya start tadi tadi jugak..
puisinya tak buat lagik
tajuk dah siap..
" Giliran yang Tertangguh "
tu lah.. tajuk puisi yang matt cadangkan kat aku..
aku akan spend time untuk hasilkan seminggu satu puisi dulu yang berharga..
aku memang akan berusaha ke arah tu..
"semestinya" .. kata kata lola..

semalam.. memang seronok..
dengan matt, apez ngan lola..
memang meriah.. kalau jumpa lola.. memang tak abis patah perkataan yang akan dibualnyer
ada jer idea aku ngan lola..

semalam.. dapat lah jumpa orang yang ala ala.. tak pandai nak berbudi bahasa..
sehingga aku kat sebelah dia pun tak der nak tegur.. main duduk dan tak salam langsung..
fuhh manusia dari mana ntah..
kisahnya.. aku dapat meja ke 25..
pastu aku ngan matt duduk situ..
datanglah 2 manusia lelaki kat meja aku..
lola ngan apez masih dalam perjalanan..
bile aku dekat duduk sebelah dia.. aku tanya lah..

"dari mana encik ?"
dia jawab "dari PPJ"
aku kata "ye.. dari mana tu?"
dia jelaskan " persatuan penulis JOHOR"
wahh.. cara cakap yang hebat..

tulah perkataan yang terakhir dia nak jawab..
dia rasa dah best sangat dan megah sangat dengan persatuan penulis..
hmmm macam tu lah orang melayu..
baru ala ala jadik persatuan penulis.. dah mendabik dada.
bukan menang pun anugerah semalam.. ala ala jadik juru gambar camera murah je kat pakcik dia..
cukup memalukan..
ye lah.. mungkin dia tengok aku tak biasa dalam arena pernulisan..
tak pe la..
yang penting.. aku akan kearah menjadi penulis terkemuka..
yeahhhh.. yakin boleh!!

Penganuerahan Persijilan 5S KKTM Petaling Jaya





10 1 10 Perkawinan Acap & Elis

salam..
ini antara gambar peristiwa sewaktu aku jadi MC untuk mentee aku
cikgunya masih soloooo
bile aku kahwin
acap kena jadi MC aku plak..
hehehhe


Riadah Port Dickson 17 januari 2010

salam..
sabtu ahad lepas.. hari yang paling memenatkan..
dengan ada tugas di aktiviti di nilai spring
dengan ada class master
dengan nak membeli ayam
dengan janji ngan ibu cafe kat pasar..
macam macam nak dibuat..
dalam satu satu keputusan
aku berdepan dengan peluang dan pengorbanan
teori ekonomi kata
bila kita ada sumber yang terhad (masa)
peluang terbuka banyak..
banyak benda nak dilakukan..
tapi pilihan yang terbaik untuk dibuat mengisi masa tersebut adalah yang paling bagus
pilihan tu ialah pilihan yang memberi lebih faedah..
yang lebih tu adalah kos lepas yang terpaksa kita tanggung
jadik aku buat keputusan..
untuk ponteng class dan berkhidmat utk projek ke PD..
meraikan fasil dan budak bari MSR
memang penat tapi kenangan ini cukup ini
dengan kenal lebih rapat dengan dops, hasrul, koona, taufik... dll la..
banyak nama..
kali nie dop jadik ketua.. bong direhatkan sebab dah jadik ketua fasi..
abg aji jadik ketua cheff.. buat sup..
kak siti masak nasik
memang nasik sedang sedang enak..
semua berjalan lancar
aku tengok bebudak nie kebanyakkan nyer ringan tulang
tapi ader jugak yang curi tulang
hehhehehe biasalah adat dalam organisasi..
namun.. riadah tu memang berjaya..
aku memang puas hati
dengan masakan yang ala ala abiss.. siap aku bawak balik lagik...

petang tadi aku raikan geng geng kuasa besar..
aku masak nasi goreng dengan bihun sup..
ye la.. ala ala bebudak nie semua baik
dan tak salah kalau kita bersedekah kudrat

balik dari hotel legend..
pinggan mangkuk dah tercuci dan tersusun kat depan umah..
memang buat hati aku sejuk..

ini antara gambar program riadah ke Port Dickson..


 

Wednesday, January 13, 2010

minggu MSR



Minggu pelajar baru.. MSR untuk semester nie aku involve melebihi person incharge yang sepatutnya incharge
aku dah jadi giler kuasa sebab semua aku nak buat
kenkadang rasa malas nak buat keje orang lain
tapi kena jugak sebab nanti effect kepada keje aku
aku incharge bebudak MPP yang jadi fasilitator budak baru
nak tak nak.. semua benda aku kena tengok..
ye la.. dari segi makan minum bebudak dan module.. semua aku yang set up
memang nasib baik bebudak tu pandai buat sendiri
berkat dari kursus yang diorang attend..

benda orang kata
kalau kita dah bagi kepercayaan dan harapan.. pasti sesuatu tu akan berjalan lancar
aku percaya pada bebudak MPP yang diorang leh buat
dan akhirnya memang berjaya

kerana kehebatan diorang lah.. aku boleh tarik nafas lega..
minggu nie.. ahad nie.. aku nak celebrate bebudak nie port dickson..
nak raikan pelajar baru dan fasilitator sekali
ye la.. dah bertungkus lumus..
ini lah hasilnya..
berbayar sikit penat diorang
bak kata orang.. orang berbudi kita berbahasa
puan pengarah pun dah approve peruntukan
cume aku kena kuar duit dulu,..
susah jugak tengah bulan nie..
aku pun dah banyak berhabis untuk 5S dan kursus fasilitator..
aku harap aku claim boleh cepat dapat

kak su.. pun dah semakin ok..
aku dah belajar banyak dari dia.. nak kena cepat bab claim nie dan kena ada resit..
kalau tak dak.. memang menyusahkan diri sendiri
ye lah.. dia pun nak ikut prosedur.. bukan duit dia..
hmm petang nie aku bagi duit kat bebudak..
harap esok aku dapat balik duit aku tu...

Tuesday, January 12, 2010

Kenangan Di Kampung Sg Star, Nibong Tebal : Program Home Stay & Community Service IPTA 2009



tahun nie.. program nie mungkin lepas raya..
tahun lepas..
2009 program nie usahasama ngan USM ngan KPT..

Anugerah Berganda

salam..
Khamis lepas.. Kolej aku.. dah dianugerahkan persijilan 5S..
kemudian dalam taklimat panel audit tu.. ada lah pulak unit promosi dia katakan berpuas hati
lega aku satu badan
satu anugerah bagi aku..
terbayar rasanya kepenatan aku bertungkus lumus
dah sampai tak larat badan nak bangun hari jumaat
nasib baik aku dibantu oleh kawan kawan yang prihatin..

senin lepas plak..
aku memang terkejut..
ye lah..
tetibe nama aku diumum dapat anugerah staff terbaik bulan disember
mahu tak terkejut
memang bak kata orang.. boleh menimbulkan kontroversi
tapi aku yakin..
penat lelah aku yang aku buat dengan seikhlas hati..
ada juga yang memandang
aku anggap perkara tu satu motivasi kat aku untuk terus berjaya lagik..
aku kena lebih cepat kerja dan lebih pandang jauh dan diluar kotak pemikiran yang biasa

hari nie baru ada internet setelah 2 hari server down..
ahad nie.. aku ada program kat PD
harap harap berjaya....

Thursday, January 7, 2010

Kejayaan - Anugerah Persijilan Milik Bersama

salam..
mata aku dah betul betul nak rehat..
rumah dah jadik tongkang pecah..
nak buat 5S yang tak sudah sudah
seronok kejayaan aku petang nie..
dengan berjaya diberi anugerah persijilan 5S..
jadik.. KKTM Petaling jaya dah jadi KKTM pertama yang dapat persijilan 5S
memang membanggakan..

paling penting
masa ulasan panel penilai..
dia cakap
" saya ucap tahniah kepada jawatankuasa promosi diatas idea kreatif iaitu Give Me 5"
aku terus masa tu.. dirai dengan tepukan dan pujian kat bilik mesyuarat..
aku memang teruja..
kejayaan nie bukan datang dari aku sorang..
faezah.. paling memberi pertolongan.. kak yu ngan azlin terut bagi semangat dan pelajar pelajar terutama bebudak MPP
memang support abis apa juga idea aku nie
memang bagus bebudak nie..
aku akan rancang sesuatu untuk bebudak nie..
harap harap aku dapat beri sesuatu yang menghargai diorang nie..
malam nie nak masakkan cekodok la..

paling sebak.. aku sampai nak menitis air mata tengok persembahan silat
DOBP, kona ngan abg aji.. betul betul buat yang terbaik..
demi program 5S diorang sanggup bersungguh sungguh buat silat tu..
fuhhhh memang hebat dan teruja..
kagum !!

malam nie aku nak g belanja mad.. sebab dia dok tolong beli burung semalam..
berjaya gimik burung aku tu..
alhamdullillah..

Tuesday, January 5, 2010

Syukur : MPP membantu dan sangat mengujakan

salam..
malam nie.. bile aku merenung dalam dalam..
nasib aku memang selalu baik
mungkin Allah memberi laluan mudah ini atas rasa dan sikap ikhlas aku selama menjadi penasihat MPP
kalau diberanang.. bebudak MPP penuh wibawa..
dan di PJ nie plak.. MPP nyer memang bersatu hati dan semakin serasi ngan aku..
memang bertuah dapat MPP yang sengaja aku pilih ikut mata hati aku..
semua 40 orang yang aku pilih untuk bertanding memang faverot aku
dan 23 yang berjaya..
23 yang berjaya tu.. memang semuanya ada karektor yang tersendiri..
cuma rejab ngan aswadi yang semakin menjauhkan diri..
mungkin aku tak beri perhatian yang lebih kat diorang berdua..
namun.. aku tak putus asa..
aku nampak si rejab tu memang potensi jadi pemimpin dengan buah fikiran dia yang pintar
dan aswadi ada pengarah yang cukup besar dengan pelajar luar..
aku harap.. lepas 5S nie.. aku dapat kembalikan 2 orang nie dalam komuniti MPP balik
memang mudah berurusan dengan diorang
ringan tulang.. hormat cikgu..
apa lagi cacat celanya.. memang terbaiikkk..

next week aku rancang nak ke PD
aku nak raikan MPP yang dah banyak berjasa tu..

Monday, January 4, 2010

Berdendang Dalam Tangisan = Hujan

salam..
pagi nie aku dapat idea.. kenapa 2 lagu nie terpilih untuk ujibakat AF..
2 - 2 lagu nie mempunyai makna yang sama
berdendang dalam tangisan seumpama.. menyembungikan perasaan sedih dan menangis dalam ketawa..
hujan plak memberi erti menangis dan murung dalam kesedihan..
tuu lah dia makna disebalik lagu tu..

aku masih dilema.. samaada nak sertai atau tidak..
dah tua nie. malu plak nak g ujibakat
tapi peluang memang ada .. heheh perasannyer
so.. aku rasa.. malas plak nak g ujibakat tu..
tu la..
fikir fikir...

oh .. nie gambar bangunan MARA.. tempoh hari aku ke SOGO.. sambil catwalk ke parking.. aku snap satu gambar bangunan serba indah nie..
bangunan yang memangkin kejayaan bangsa Melayu..

Semester Baru Bermula



ini aksi bebudak lelaki kat tempat aku nie
memang ramah dan ceria
walaupun aku tak ngajar diorang
respect diorang memang ada kat aku..
itulahh yang seronoknyer keje kat sini.. bebudak dia memang ringan tulang dan hormat orang..
aku kenkadang rasa terkongsong jugak dok kat umah warden nie
tapi bile fikirkan .. betapa syukurnya aku tak perlu nak fikirkan tentang sewa, api air..
aku harus tinggal disini lebih lama..

bebudak nie amek kejuruteraan..
memang perkasa semuanyer..
pastu tak ramai
seratus lebih.. je bilangannyer
kalau aku ronda ronda.. sure akan jumpa diorang nie lebih dari 2 kali
betapa kecik tempat keje aku
tapi aku syukur.. setiap bulan angka kat layar bank tak penah susut sikit pun
rezeki dan nafkah aku..

Sunday, January 3, 2010

Malam Tahun Baru Yang Mencabar



 

salam..
ini antara detik jam 12 tengah malam tahun baru.. yang mana aku dengan housemet aku matt sedan g lah ke KL. belum sempat sampai.. jem tak ingat dunia dan kami terus amek gambar masa tepi tepi jalan jer..
pastu kami terus ke UPTOWN shah alam..
ada lah beli sikit sikit pakaian ngan makan makan..
aku sebenarnyer dah terlajak tidur sebab penat sangat ngan orientasi kemasukan budak baru..
tu lah kisahnyer..
sampai kat up town.. emosi aku terganggu sikit..
biasalah.. dah ngantok...