Wednesday, January 13, 2010

minggu MSR



Minggu pelajar baru.. MSR untuk semester nie aku involve melebihi person incharge yang sepatutnya incharge
aku dah jadi giler kuasa sebab semua aku nak buat
kenkadang rasa malas nak buat keje orang lain
tapi kena jugak sebab nanti effect kepada keje aku
aku incharge bebudak MPP yang jadi fasilitator budak baru
nak tak nak.. semua benda aku kena tengok..
ye la.. dari segi makan minum bebudak dan module.. semua aku yang set up
memang nasib baik bebudak tu pandai buat sendiri
berkat dari kursus yang diorang attend..

benda orang kata
kalau kita dah bagi kepercayaan dan harapan.. pasti sesuatu tu akan berjalan lancar
aku percaya pada bebudak MPP yang diorang leh buat
dan akhirnya memang berjaya

kerana kehebatan diorang lah.. aku boleh tarik nafas lega..
minggu nie.. ahad nie.. aku nak celebrate bebudak nie port dickson..
nak raikan pelajar baru dan fasilitator sekali
ye la.. dah bertungkus lumus..
ini lah hasilnya..
berbayar sikit penat diorang
bak kata orang.. orang berbudi kita berbahasa
puan pengarah pun dah approve peruntukan
cume aku kena kuar duit dulu,..
susah jugak tengah bulan nie..
aku pun dah banyak berhabis untuk 5S dan kursus fasilitator..
aku harap aku claim boleh cepat dapat

kak su.. pun dah semakin ok..
aku dah belajar banyak dari dia.. nak kena cepat bab claim nie dan kena ada resit..
kalau tak dak.. memang menyusahkan diri sendiri
ye lah.. dia pun nak ikut prosedur.. bukan duit dia..
hmm petang nie aku bagi duit kat bebudak..
harap esok aku dapat balik duit aku tu...

Tuesday, January 12, 2010

Kenangan Di Kampung Sg Star, Nibong Tebal : Program Home Stay & Community Service IPTA 2009



tahun nie.. program nie mungkin lepas raya..
tahun lepas..
2009 program nie usahasama ngan USM ngan KPT..

Anugerah Berganda

salam..
Khamis lepas.. Kolej aku.. dah dianugerahkan persijilan 5S..
kemudian dalam taklimat panel audit tu.. ada lah pulak unit promosi dia katakan berpuas hati
lega aku satu badan
satu anugerah bagi aku..
terbayar rasanya kepenatan aku bertungkus lumus
dah sampai tak larat badan nak bangun hari jumaat
nasib baik aku dibantu oleh kawan kawan yang prihatin..

senin lepas plak..
aku memang terkejut..
ye lah..
tetibe nama aku diumum dapat anugerah staff terbaik bulan disember
mahu tak terkejut
memang bak kata orang.. boleh menimbulkan kontroversi
tapi aku yakin..
penat lelah aku yang aku buat dengan seikhlas hati..
ada juga yang memandang
aku anggap perkara tu satu motivasi kat aku untuk terus berjaya lagik..
aku kena lebih cepat kerja dan lebih pandang jauh dan diluar kotak pemikiran yang biasa

hari nie baru ada internet setelah 2 hari server down..
ahad nie.. aku ada program kat PD
harap harap berjaya....

Thursday, January 7, 2010

Kejayaan - Anugerah Persijilan Milik Bersama

salam..
mata aku dah betul betul nak rehat..
rumah dah jadik tongkang pecah..
nak buat 5S yang tak sudah sudah
seronok kejayaan aku petang nie..
dengan berjaya diberi anugerah persijilan 5S..
jadik.. KKTM Petaling jaya dah jadi KKTM pertama yang dapat persijilan 5S
memang membanggakan..

paling penting
masa ulasan panel penilai..
dia cakap
" saya ucap tahniah kepada jawatankuasa promosi diatas idea kreatif iaitu Give Me 5"
aku terus masa tu.. dirai dengan tepukan dan pujian kat bilik mesyuarat..
aku memang teruja..
kejayaan nie bukan datang dari aku sorang..
faezah.. paling memberi pertolongan.. kak yu ngan azlin terut bagi semangat dan pelajar pelajar terutama bebudak MPP
memang support abis apa juga idea aku nie
memang bagus bebudak nie..
aku akan rancang sesuatu untuk bebudak nie..
harap harap aku dapat beri sesuatu yang menghargai diorang nie..
malam nie nak masakkan cekodok la..

paling sebak.. aku sampai nak menitis air mata tengok persembahan silat
DOBP, kona ngan abg aji.. betul betul buat yang terbaik..
demi program 5S diorang sanggup bersungguh sungguh buat silat tu..
fuhhhh memang hebat dan teruja..
kagum !!

malam nie aku nak g belanja mad.. sebab dia dok tolong beli burung semalam..
berjaya gimik burung aku tu..
alhamdullillah..

Tuesday, January 5, 2010

Syukur : MPP membantu dan sangat mengujakan

salam..
malam nie.. bile aku merenung dalam dalam..
nasib aku memang selalu baik
mungkin Allah memberi laluan mudah ini atas rasa dan sikap ikhlas aku selama menjadi penasihat MPP
kalau diberanang.. bebudak MPP penuh wibawa..
dan di PJ nie plak.. MPP nyer memang bersatu hati dan semakin serasi ngan aku..
memang bertuah dapat MPP yang sengaja aku pilih ikut mata hati aku..
semua 40 orang yang aku pilih untuk bertanding memang faverot aku
dan 23 yang berjaya..
23 yang berjaya tu.. memang semuanya ada karektor yang tersendiri..
cuma rejab ngan aswadi yang semakin menjauhkan diri..
mungkin aku tak beri perhatian yang lebih kat diorang berdua..
namun.. aku tak putus asa..
aku nampak si rejab tu memang potensi jadi pemimpin dengan buah fikiran dia yang pintar
dan aswadi ada pengarah yang cukup besar dengan pelajar luar..
aku harap.. lepas 5S nie.. aku dapat kembalikan 2 orang nie dalam komuniti MPP balik
memang mudah berurusan dengan diorang
ringan tulang.. hormat cikgu..
apa lagi cacat celanya.. memang terbaiikkk..

next week aku rancang nak ke PD
aku nak raikan MPP yang dah banyak berjasa tu..

Monday, January 4, 2010

Berdendang Dalam Tangisan = Hujan

salam..
pagi nie aku dapat idea.. kenapa 2 lagu nie terpilih untuk ujibakat AF..
2 - 2 lagu nie mempunyai makna yang sama
berdendang dalam tangisan seumpama.. menyembungikan perasaan sedih dan menangis dalam ketawa..
hujan plak memberi erti menangis dan murung dalam kesedihan..
tuu lah dia makna disebalik lagu tu..

aku masih dilema.. samaada nak sertai atau tidak..
dah tua nie. malu plak nak g ujibakat
tapi peluang memang ada .. heheh perasannyer
so.. aku rasa.. malas plak nak g ujibakat tu..
tu la..
fikir fikir...

oh .. nie gambar bangunan MARA.. tempoh hari aku ke SOGO.. sambil catwalk ke parking.. aku snap satu gambar bangunan serba indah nie..
bangunan yang memangkin kejayaan bangsa Melayu..

Semester Baru Bermula



ini aksi bebudak lelaki kat tempat aku nie
memang ramah dan ceria
walaupun aku tak ngajar diorang
respect diorang memang ada kat aku..
itulahh yang seronoknyer keje kat sini.. bebudak dia memang ringan tulang dan hormat orang..
aku kenkadang rasa terkongsong jugak dok kat umah warden nie
tapi bile fikirkan .. betapa syukurnya aku tak perlu nak fikirkan tentang sewa, api air..
aku harus tinggal disini lebih lama..

bebudak nie amek kejuruteraan..
memang perkasa semuanyer..
pastu tak ramai
seratus lebih.. je bilangannyer
kalau aku ronda ronda.. sure akan jumpa diorang nie lebih dari 2 kali
betapa kecik tempat keje aku
tapi aku syukur.. setiap bulan angka kat layar bank tak penah susut sikit pun
rezeki dan nafkah aku..