Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Pendidik KKTM PJ

salam..
pagi ini aku bangun jam 4.30 pagi
paling awal dalam tahun ini..
sempat juga aku mengintai suara azan yang berlari ke langit
aku dengan senang hati mengedit storybook farah yang tak siap lagik nie..
pastu aku tidor balik dan bangkit terus gosok baju putih ala ala tak pernah pakai..

sesuatu yang berbeza dimana..
rasa semangat nak keje dan nak buat kerje yang aku kena buat
dari kul 9 - sampai kul 12..
aku dok menyaksikan majlis sambutan hari guru
CUKUP meriah dan CUKUP berkesan
memang aku panik betul bile gimik perasmian kek.. bebudak mpp nie buat memang real..
menjatuhkan kek yang besar gajah..
rupanya kotak kek tu.. kotak kosong jer..
memang tertipu kejap aku..
rasa cuak sebab budak yang jatuhkan tu.. 2 budak harapan aku
hasrul ngan hanif..
fuhhh menjadik betul diorang punya gimik..

bile dah siap majlis..
kenkadang kesian tengok bebudak nie
dok mengemas dan terbongkok bongkok sapu sampah..
aku tumpang buat sikit sikit
tanda prihatin..
memang bertuah dapat sokongan bebudak MPP yang bagus bagus macam nie..





Sunday, May 16, 2010

Hari Guru Membuat Aku Terharu

salam..
semalam adalah hari untuk mengingati guru sekalian jenis..
biarpun dia pensyarah dan juga cikgu tadika..
dia adalah guru..
aku rasa terkenang pulak kat cikgu aku kat sekolah dulu..

aku mula belajar di Tadika Purba, ampang..
cikgu jugak yang mengambut aku waktu tu.. bila ayah menghantar aku naik basikal waktu tu..
ayah kata " pergi je masuk yer".. ringkas jer..
aku yang terpinga pinga terus ke muka tadika dan cikgu menyambut aku dengan senyuman
masa tu aku ingat lagi.. aku tengok ayah dah membelokkan basikalnya dan terus balik ke rumah..
aku terus masuk ke tadika tu dan duduk je kat tempat yang cikgu sediakan.. tak silap aku bahagian tengah tepi kiri..

memang aku tak ada rasa nak nagis atau takut
mungkin dari dulu lagi aku dah takut dengan ayah
kalau tak pergi sekolah.. jawabnya kena bedal dengan tali pinggang atau hanger..
menakutkan betul ayah masa tu
garang macam singa..

masa kat sekolah kebangsaan Ampang..
aku ingat lagi..
masa darjah 5, aku duduk kat kiri jugak bahagian hadapan depan meja cikgu dengan nizam kawan aku..
entah macam mana..
nizam dah terkuis air botol aku dan tertumpah semuanya..
bile cikgu nampak..
cikgu tanya "sapa punya air ni?"
aku terus bertanggungjawab dan bangun..
cikgu suzilla.. yang rambutnya menggerbang.. terus ketempat air yang tumpah tu..
dan menempeleng aku dengan maha dasyartnya..
terasa berpinar muka aku..
ada rasa sedikit terkucil bile menahan ketakutan dan kesakitan..
dasyat betul cikgu suzilla yang memang digeruni dengan tempelengannya..
memang setiap hari dia akan menempeleng sapa sapa yang dia suke..
aku dan kawan kawan yang selalu tak berdosa menjadi kesan tapak tangan dia..
tapi kerana cikgu ini lah menyedarkan aku tentang peri penting berhati hati dan berwaspada..
mulai saat itu.. aku memang tak pernah lagi leka menumpahkan air kat kelas.. semua menjadi kan aku tertib.. sambung yer.....




Monday, May 10, 2010

Deklarasi Kemerdekaan - Syamputra Razali.MOV

salam, lama betul saya berhajat nak uploadkan puisi ini, mungkin boleh menjadi rujukan semua orang dan boleh beri komen untuk mempercantikkan bacaan sajak saya ini. jadi , saya mohon kalian semua untuk catatkan komen anda..
komen anda sangat saya perlukan. terima kasih

Saturday, May 8, 2010

Tip Pemakanan : 10 Jenis Makanan Antikolesterol

salam.. pagi pagi ini saya nak kongsi ngan anda artikel tentang pemakanan.. Moga kita berhati hati dalam memilih makanan dan perlu tahu khasiat makanan dibawah yang cukup baik..

  1. SOYA
    Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
  2. KUACI
    Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
  3. BUAH KERING
    Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
  4. EPAL
    Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
  5. IKAN TUNA
    termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
  6. KACANG TANAH
    Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
  7. MANGGA
    Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
  8. KISMIS
    Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
  9. OAT
    Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
  10. JAMBU BATU
    Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Friday, May 7, 2010

Artikel 2 : TIP Mengejar Sebuah Pengiktirafan Tertinggi Dalam Diri

salam..
tajuk post hari ini mengenai kesungguh kita untuk mencapai matlamat dalam hidup..
setiap dari kita mesti dan harus mempunyai keinginan tersendiri dalam hidup
ada yang berkata mahu hidup senang, jadi kaya, hidup selesa dan macam macam lagi.
mungkin juga kita tertanya tanya, bagaimana ingin mencapai impian ini. jadi saya cuba gariskan beberapa PETUA untuk kita sama sama kongsikan.. Kemungkinan apa yang difikirkan oleh saya ini boleh dibaik tambah, jadi mohon untuk para pembaca memberi komen pada akhir blog ini. jadi untuk mengejar yang besar, harus dahulu kita mengejar yang kecil dahulu. PETUAnya adalah :

1. Melunaskan segala hutang piutang

Untuk menjadikan hidup yang selesa, kita harus elakkan segala macam hutang dan menjelasnnya sebaik mungkin. ini kerana doa pemiutang akan menyebabkan kita jadi rimas dan gelisah, memang tidak seronok kalau jumpa kawan kita yang pernah berhutang dan terbayang sahaja yang tak baik dimuka sabahat tersebut. seperti itu juga kita akan memberikan gambaran tidak elok pada pemberi pinjaman.

2. Selesaikan kerja tertangguh.

Bagi menjadikan kerja kita sistematik, kita mulakan hidup yang baru. tak salah memulakan hidup yang baru walaupun lewat usia, apa yang penting, kita padam segala kerja yang tidak siap dan selesaikan perkara yang tertangguh. ini kerana, kelak kita akan terfikir fikir tentang kerja yang tak siap dan menyebabkan kita akan pening dan tidak boleh meneruskan kerja kita.

3. Berehat jika perlu dan tidak mensia - siakan masa

Sebagai seorang yang bakal berjaya, waktu rehat amat peting kerana ia merehatkan minda dan anggota tubuh. tetapi, janganlah kita terus melayan mata dan perasaan. ingin tidur ikut kehendak dan nafsu kita sahaja. perlu dielakkan tidur pada waktu yang tidak sepatutnya seperti selepas makan dan bersukan. kita juga perlu menganggap masa itu sangat berharga dan semestinya setiap apa yang dilakukan mesti mempunyai nilai dan boleh memajukan diri sendiri.

kita bersambung dilain siri, salam motivasi diri untuk anda.. jika anda.. jiwa kita sebangsa.
wassalam.

Syamputra Razali

gambar tertera tu adalah dimana saya ke rumah jagaan anak anak istimewa dimana terdiri dari obnormal, hyper active dan juga macam macam lagi. rasa bersyukur dikurniakan bakat dan kesempurnaan tubuh badan yang sihat.

Thursday, May 6, 2010

Artikel 1 : Tip Memilih Juru Gambar Perkahwinan Anda ?

salam.


Terpanggil untuk menulis berkisarkan tentang permasalahan bakal raja sehari. Antaranya adalah masalah mencari katering, pelamin, baju pengantin, kad kahwin, senarai jemputan dan juga upah juru gambar. Kesemua masalah ini adalah masalah yang boleh diselesaikan dengan dan memerlukan kos dan pilihan yang tepat. Jika anda perasan, kenangan untuk majlis perkahwinan ataupun kenduri ini cuma menjadi sejarah dan terakam didalam kepingan - kepingan gambar yang menarik dan memberikan makna. Jadi, antara pelbagai perkara dalam pengurusan majlis, memilih juru gambar adalah yang paling penting untuk merakamkan detik - detik yang indah kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup (kalau boleh) dan lebih molek dan elok jika gambar yang diambil dan terakam itu bermakna iaitu dalam erti kata cantik, menarik dan sudut - sudut yang diambil memberikan keindahan yang tersendiri. jadi, pilihlah juru gambar yang betul betul mahir dan mampu memberikan gambaran lensa yang mengagumkan. Terdapat 3 TIPS memilih juru gambar. Antaranya iailah :



1. Pilih melalui keserasian pengantin dan jurugambar

--> juru gambar yang dipilih haruslah mesra pelanggan dan pendek kata meriah mulut dan tidak hanya berdiam diri. Paling malang, juru gambar anda mungkin sombong dan mahu cepat balik.


2. Cari jurugambar yang sedikit pengalaman

--> walaupun anda mahukan yang murah dan cantik, anda perlu tahu, bayaran anda itu melambangkan kualiti gambar yang anda ingin kan. jangan salahkan jurugambar yang tidak mahir dan mengharapkan gambar yang menarik. kebanyakkan jurugambar yang baru, akan memulakan pakej mereka dengan harga yang merah sebagai permulaan mereka. Jadi jika gambar majlis perkahwinan anda tidak menetapi citarasa anda, nasi sudah menjadi bubur.


3. Jangan berkira tentang bayaran tentang aspek fotografi ini

--> Jika anda mampu untuk membayar harga katering yang mahal sehingga 20 ribu dan 15 ringgit sekepala, apalah salahnya jika anda memberikan bujet atau peruntukan dari keseluruhan untuk bayaran jurugambar anda. anada berkira soal gambar perkahwinan, anda mungkin terlepas memori yang indah semasa majlis perkahwinan anda.



Tip yang saya nyatakan itu antara beribu tip yang boleh dikongsi. insyaallah, saya akan sambung untuk sesi seterusnya.


wassalam


yang menulis,


syamputra

012-399 39 47

http://syamphoto.fotopages.com


Wednesday, May 5, 2010

Aku di You Tube - Cuba click



waw.. aku masuk plak dalam nie..
thank you encik Azha.. atas rakaman cukup bermakna ini..