Sunday, February 7, 2010

Sepanduk Maulidur Rasul

Salam
Jam 2 baru siap sepanduk nie
aku cube buat yang terbaik nie..
harap diterima..
nak tidooooooo

antara tema lain..



Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah
Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
Rasulullah S.A.W Penyuluh Kehidupan Ummah
Rasulullah S.A.W Qudwah Ummah
Ummah Berkualiti Tuntutan Islam
Rasulullah S.A.W Ikutan Sepanjang Zaman
Muhammad S.A.W Hadirmu Membawa Rahmat
Akhlak Rasulullah S.A.W Cermin Keindahan
Rasulullah S.A.W Lambang Insan Cemerlang
Cintakan Allah Cinta Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. Sunnahmu Pedoman Kehidupan
Contohi Akhlak Rasul
Mengamal Sunnah Hidup Barokah
Rasulullah S.A.W. Syafaatmu diharapkan.
Sirahmu Landasan Kehidupan Ummah

Thursday, February 4, 2010

Berkarya lagi

salam..
semalam.. bile terserempak ngan boss aku..
aku tengok dia panggil aku  dengan senyum
"syam.. saya nak minta tolong awak nie" kata dia..
"alamak.. apa kerje nie.. " ;; kata aku dalam hati
"yer puan hajjah.. bolehhhh" kata mulot aku dan tertanya tanya
"saya nak mintak awak buat cover buku".. terus katanya
lega hati aku sebab apa yang diminta memang aku boleh lakukan
dan ada sikit konfident bile aku buat cover buku
sebab bukan kali pertama aku buat
dah naik 10 kali
tapi aku masih belajar nak buat yang terbaik..
aku ada buat 3..
boss aku mintak 2 jer..
ala ala extra gitu..
aku harap.. karya aku nie menetapi citarasa boss aku..


Monday, February 1, 2010

Visualise - Dapat Garfu untuk sarapan

salam..
pagi nie aku bangun awal dan siap siap seperti biasa..
tak terkocok kayah.. (bahasa kampung)
aku kuar umah kul 7.30.. paling awal tahun nie..
dan singgah kedai ibu radiah..
beli mee ngan bihun..
ngan milo ais..
sepatutnyer aku kena diet nie
tapi bile fikir.. ala ala nak berhubung dengan masyarakat setempat..
aku beli la sikit ala ala nak nunjukkan semangat kejiranan..

bile dah sampai meja opis..
aku terlupa nak amek garfu atau sudu..
macam mana nak makan..

bile aku terfikir.. yang kat tempat aku nie.. mesti ada garfu..
memang sah.. aku bukak jer.. beg pen marker aku..
memang ada satu kat dalam nyer..
memang hebat "visualise" aku pagi nie..
oh ya.. aku pun lepas tu (sekarang) tengah makan sikit sikit
makan sebelum kenyang..

Sunday, January 31, 2010

ACAP wedding

 
  
  
  
  
 

Sajak lagi..

salam..
hari nie aku nak cube cube bersajak lagi..
mungkin temanya tentang CINTA..

__________________
Kusyukuri CINTA ini
__________________

melamar rasa ini
seakan mahu saja mencatur jiwa
kemenangan membilang jodoh
dan kebahagiaan adalah habuannya
aku menerimanya
seikhlas adanya

membenihkan lagi rasa ini
aku terbuai dialam berkasihan
hidup menjadi lebih nyata
terang dari kesuraman semalam
kini terlalu indah bersamanya

biarpun adakala selisih kata dan atma
kalbuku tetap mengagunginya
sebagai kekasih
ulung yang mendamaikan
menyuburkan jiwa
halus !

syamputra
11.20mlm
31 januari 2010

2 Exam Dah Lepas

salam..78/
sabtu lepas.. aku masuk exam 10 minit lewat..
ngan selamba aku menulis tak henti henti
main sedap rasa la aku menjawab..

Exam OB memang susah sebab nak kena faham case study..
tapi exam staffing.. kira boleh goreng sampai hangit la..

pasti aku berkampung kat umah mak ayah
seronoknyer tido umah sendiri
aku cadang.. kalau ada lebih rezeki.. aku nak belikan tilam king size untuk bilik ayah
dah lama sangat tilam kecik tu..
ye la.. sedap sikit ayah tido./.

pagi ahad aku naik kete mamat beli roti canai
pasti aku kembali tido dan kul 1 aku gerak g digital mall kat PJ ngan mad..
nak beli CD game ps2

malam nie aku nak siapkan keje keje nak ngajar esok dan nak bersedia nak bagi ucapan esok..
itulah gamaknyer..
ahad yang tenang nak penuh dengan relax..

Thursday, January 28, 2010

Jumaat Terlewat seminit !!

salam..
hari nie bagaikan hari yang santai untuk aku
class tak der.. dan rasa macam heppy jer..
masuk keje pun punch lambat seminit..
aku mengubah sudut komputer aku dengan selamba..
ye la..
nak buat keje senang nak taip
aku nie dah besar
key board kena kat atas meja sikit
baju senang..

oh ya..
hari nie aku pakai lah seluar baru yang baru sekali basuh
ala ala seluar polo mahal punya..
entah la.. nak kena balik ampang jugak.. sebab nak suruh mak aku jahitkan
seluar dah koyak tak ingat dunia
sampai atas koyak sebab tersangkut kat pemegang kerusi..
bunyi kuat..
nasib la.. kak shima je yang nampak..
kak shima bagi aku kot dan balik umah tukar seluar..
hmmm itulah dia..

semalam.. aku baca yasin kat surau tingkat 7..
kemudian.. ke tingkat 6 plak..
ada kes hilang duit..
semua pelajar pompuan minum air..
kak siti yang incharge..
ituuu la dia..

teringat plak duit aku hilang 750 yang lepas..
sampai sekarang menjadi misteri
sama ada.. mak yung, cina bukit, is ataupun pemilik bilik sendiri
puas jugak aku pergi
nasib lin ada.. tolong tunjuk tempat bomoh..
memang mengarut
bomoh tu ntah apa la dia bagi
memang kurafat..
tapi itu sebagai kenangan..
aku akan lebih berhati hati..

hidup aku pun dah kembali ceria..
hidup dah kembali berbunga bunga..
mungkin kerna ada punya CINTA
yang ikhlas dan sejati
terima kasih sayang...