salam..
pagi nie aku bangun lewat.. sahur kul 2..
lepas berkaseh sayang.. aku minum air teh tarik yang best giler.. ala ala mamak buat..
pastu aku bersahur lah kat umah dengan lahapnyer
lepas kenyang terus tido.. itu yang semakin membuncit tu..
hmm..
semalam kasehku macam moody sikit
entah la..
mungkin dia penat kot.
yang penting.. dia perlu tahu
aku sayang kat dia.. dan aku bukan main main untuk mencintai dia..
ini aku nak buat sajak sikit..
*********************************
Kirimkan Khabar Cinta Ke Putrajaya
*********************************
bertanya tentang cinta
aku memilikinya
meski bersilih ganti arah cinta
ia adalah waktu yang mencari
sejatinya cinta
usah bertanya tentang waktu
sudah puas lamanya aku mencari cinta
berselang masa hikayat rasa
aku terbang bersama menjejak
nafas cinta yang baru
mengorbankan kaseh yang tercemar
menjengok jauh rantaian waktu
aku sudah ketemu
sebuah rasa
pabila menyentuhnya
kurasa senang dan senantiasa ceria
pabila berenggang tika
kurasa rindu dan tak menentu
dugaan bertimpa - timpa
dengan sejarah cinta lalu
di imbau tak sengaja
mencari kepastian yang menyakitkan
aku bukan berselindung dibalik daun alasan
juga bukan menyelak dari hujan persoalan
aku cuma mahukan
cinta itu wujud
tanpa mengerti sejarah dan perjalanan semalam
biar kita letakkan garisan permulaan cinta disitu
dan berlari bersama - sama sampai kepenghujungnya
entah bila..
syamputra
2.00 ptg
24 Ogos 2009
opis PJ
p/s.. tengah godeh godeh hset baru nie
pagi nie ada ceramah agama dan meeting urgent dari pengarah..
kenalah masuk dan mengambil tanggungjawab...
karja karja.. cari sesuap nasi..
2 comments:
opis PJ kat mana tu, abg syam?
kat jalan othman. PJ old town
Post a Comment