aku teruja dengan melihat.. naik turun orang isnin lepas.. dalam Anugerah Sastera Perdana
Impian aku nak menerbitkan Antologi Puisi Tahun 2009 akan aku bawa ketahun 2010..
aku pastikan nama aku akan tersenai.. sebagai penerima UTAMA Anugerah Sastera Perdana untuk tahun akan datang..
jadi.. aku kena rajin la sikit..
ini kau hasilkan secara spontan sajak yang aku cipta tajuknyer dulu baru aku buat isinyer..
Membelai Kemalasan
Mengolah rasa jiwa pada detik yang mudah berlalu
Pantas mengejar waktu muka
Dan terus meninggalkan tanpa jejak
Kosong dan usia membohongi masa bertambah
Angka menganjak putih uban membiak
Hitam rambut dengan lebat semakin kecundang helaiannya
Duduk juga aku disitu
Meski ketahui akan jendala kehidupan
Tidak pernah berhenti
Menidakkan takdir dan cuba mengubah nasib
Dengan hanya bersandar
Sambil mata seakan menutup kelopaknya
Dan dengkur mula menyala dan marak
Malas dengan kata
Menghalalkan niat akan perlakuan
Bijaksana tiada lagi
Telah ternoda dengan hasutan
Keenakan bantal dan empuk tubuh dilabuhkan
Sedang kaki - kaki luar
Mundar mandir bergerak
Mencari mutiara
Sedang kita asyik bermimpi
Dan Cuma menjelma
Kaca yang kononnya berharga.
Syamputra Razali
Petaling Jaya
5.29 ptg – 20 Jan 2010
No comments:
Post a Comment