Sunday, August 29, 2010

Puisi Kepastian Terbukti

Lagu PadaMu Ku Bersujud”

ku Menatap Dalam Kelam
Tiada Yang Bisa Ku Lihat
Selain Hanya Nama-mu Ya Allah

#
Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua SalahKu
Lindungi AKu Dari Segala fitnah

#
Kau TempatKu Meminta
Kau BeriKu Bahagia
Jadikan AKu Selamanya
Hamba-mu Yang Slalu Bertakwa

##
AmpuniKu Ya Allah
Yang Sering Melupakan-mu
Saat Kau Limpahkan Karunia-mu
Dalam Sunyi AKu Bersujud


salam..
lagu diatas ini semalam semasa aku menikmati juadah berbuka puasa di DePalma Hotel
didendangkan oleh Fazli Zainal..
terus aku tanya kawan aku nie " lagu apa ini?"
lagu afghan.. jawab dia.. Ooohhh
terlintas lagu inilah yang aku selalu dengar dari dalam bilik faezah dibilik multimedia..
memang lagu tu sedap sangat dan mendayu dayu..

pagi tadi.. aku balik sahur ke PJ dalam kul 5.30..
ayah hantar sampai kat pagar umah..
aku melunjur dan sampai sebelum kul 6
punya lah laju..
sampai umah terus tidor.. dan semasa tidor.. aku terilham sajak ini..

________________
Kepastian Terbukti
________________

Merenung matamu
ada garisan
merentangi hitam dan putih
disitu ada rahsia

memandangmu
ada cetusan
merentasi akan dan fikir
disitu ada bukti

aku cuba meramal detik mendatang
langkahku seakan terkunci
kerna jiwa yang ketahuan
membuat nadi berdebar
dan cuma mempu menunggu
sentuhan rasa
yang mungkin bukan
yang pertama
dicinta

syamputra
30 ogos 2010
6.30 pg

No comments: