Tuesday, August 31, 2010

Sahur puasa 23 Ramadhan

salam..
malam nie terasa seronok untuk mengabaikan tidur..
mungkin kerana banyak perkara nak dibuat..
namun sempat menotakan sebuah puisi..

*****************
Renyai di Petaling Jaya
*****************

Rebas dalam takungan waktu
jejak itu kepingin mencari sunyi
dalam dakapan senja

Terbabas dalam perhitungan masa
langkah itu sengaja diatur
dalam pelukan malam

Mencari jiwa dalam diri
ibarat bermimpi tanpa lena
bantal rasa adalah kenangan
dan tilam rindu menggamit resah semalam
tika datangnya angin gundah
aku terkeliru memilih kebuntuan
dan akhirnya tiba hujan lebat
aku memilih guruh sebagai saksi.

syam 1.17 pagi
petaling jaya

No comments: