Monday, August 9, 2010

"Semakin Jauh" - Kata Bella

salam..
gambar hiasan ini adalah gambar aku meninggalkan bella masa nak ke UIA jumaat..
bella tak bagi aku tinggalkan dia.. dan dia nak ikut..
sedih aku bella macam tu.. aku tak marah sikit pun dia.. bukan salah dia..

lama juga tak menghasilkan puisi..
aku rasa.. dalam seminggu aku kena buat paling kurang sebuah puisi..
akhir tahun.. antologi puisi aku akan berjaya dikompilasikan..
hari ini aku di Hotel City Villa..
ada bengkel untuk pemetaan MQA learning outcome
aku belajar dan tengok jer.. nak mendalami bukan subject aku..
subjek subjek KKTM dan IKM..
aku kena buat sensorang..
so.. malam nie aku akan buat sensorang..
nak tido kat hotel rasa macam malas plak..
nak balik PJ atau pun nak balik Ampang..
oklah..
aku nak hasilkan puisi ini..
moga boleh baca dalam baca puisi di Kl central.

___________________
Jauh dan Semakin dan ..
___________________

mengejar langkah - langkah yang tertinggal
aku tenang mengekori
dan cuba sedaya yang ada
jauh meninggalkan sejarah
membawa sebuah rasa
pada pengganti yang setia

awan langit yang kupandang
terpaksa ku dongakkan pandangan
menikam mata silauannya
tetap juga ku ingin terbang
membawa cinta dikayangan

bila mendung datang
kita sama sama berlari
dan berteduh pada balik dahan
disitu aku pernah basah
lantas engkau memayungkan tubuhmu
agar aku terpelihara
seadanya

pernah kini aku menduga
kejauhan itu akan pasti
dan engkau akhirnya meminta
dan seperti sebelumnya
jauh itu adalah pada namaku

dan
sebenarnya aku kesal
kerna terlupa mengucapkan
"terima kasih"
pada payung kasihmu
seketika dahulu

No comments: