Monday, January 31, 2011

Mimpi lagi Pagi ini

salam..
pagi ini aku bangkit dengan mimpi lagi
kali ini mimpi yang amat dasyat sekali..
bermula aku ngan seseorang meniti kongkrit yang bersimpang siur keadaannya..
sampai ke satu tempat yang agak selesa aku berdiri.. rupanya aku ngan esta (kawan tupperware)
sama - sama lalu kongkrit itu..
tapi esta yang kehadapan dan turun kearah kongkrit yang agak mudah..
agak mengejutkan.. bile kongkrit tu sebenarnya curam dan ada plak palang macam tiang gol..
kat siti esta tergelincir dan tangannya berpaut kat tiang gol tu la.. tapi dia terjatuh..
badannya terkena tiangkat bawah dan jatuh lagi ke bawah dan terus menjunam ke dasar paling bawah..
memang sangat dalam dan jauh dari pandangan mata aku..
aku cume menjerit panggil nama dia..
dan sampai ke bawah dia jatuh.. aku tengok dia sekadar pegang pinggang macam sengal sengal jer..
nampak macam tak serius sakitnya.. walaupun jatuh macam ala ala tak ada harapan dah..

aku yang kat atas lagi.. memang terpaksa buat plan lain.. sebelah kanan aku tu kebetulan ada pintu plak..
tapi  nak kearah tu.. aku just jalan macam biasa dan boleh ke arah tu..
esta tadi.. memang dah hilang dari pandangan aku..
yang aku pikir nak selamatkan diri dah.. nak turun dari tempat tinggi tu..
sampai kat pintu tu. aku masuk dan tembus.. shopping complex yang besar sangat
aku dok cari jalan keluar dan pusing pusing sekitar tempat tu ala ala pavalion..
last last.. aku turun eskalator.. punyalah curam jugak.. nasib tak tergolek..
dan terus aku dapat keluar dari tempat tu..

kat luar.. entah macam mana tetibe aku dapat berjalan ngan kawan kawan..
aku tak tahu siapa kawan tu.. tapi ada pompuan dan jugak lelaki.. macam baru kenal..
kat situ aku berjalan menuju ke parking kereta.. semasa berjalan tu.. aku tengok jalan tar yang aku jalan..
penuh ngan badan badan ular yang disimen sekali..
jadi aku berjalan atas badan ular la..
sempat aku tengok dan tangan "ini belot ker?"
mereka tak jawab pun..
aku terus berjalan.. dan terjumpa plak.. serpihan badan ular atau belot..
aku cuba kuis kuis.. dan memang bentuk dia macam badan ular..
masa tu.. air mengalir kat jalan tu macam nipis jer.. ala ala lepas hujan..
lepas tu.. aku terus berjalan dan talifon aku berbunyi..
kat talifon tu tertulis nama "KKTM MISNAH"
aku terjaga... dan pening

No comments: