Thursday, February 17, 2011

Tak Bisa Nangis

Lagu Jam 3 Pagi

salam.. lagu ini benar - benar buat aku feeling pagi pagi buta ini
tambah lagi tengok video clip dia..
so sweet.. berkesan menusuk jiwa

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta

Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Kutemukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Demi Cinta (Kerispatih) - untuk kekasihku,,,

Wednesday, February 9, 2011

Tongkat Cinta

salam..
malam nie terpanggil lagi nak buat sajak.. sekarang nie.. berlimpah limpah plak idea nak buat sajak.. dalam kebuntuan nak buat tesis tahun akhir ini..
memang sangat getir.. tapi tesis kena siap malam nie jugak..
tapi aku nak jugak bersajak..
ye la.. nanti tumpul plak minda nie lama tak bersajak..

***********************
Tongkat Cinta Tersadai
***********************

aku terbeli oleh empunya yang hampir lumpuh
sibuta yang memilikiku dengan rayuan
dan aku terbayar tanpa seringgit pun nilainya
namun, aku bisa membahagianya tuanku
siang dan malam ku abadikan jasadku pada pemilikku
entah kenapa
tanpa rasa yang kosong dahulu
kian terasa berat jiwa dengan sayang
tangan dan jemarinya kurindui saat dia tidur
bangkit dari peraduannya
akulah sandarannya yang pertama
biar aku terketuk pada tanah dan lantai
biar aku terjatuh pada jejak yang keliru
biar aku terhumban pada langkah yang sumbang
biar..
namun, setia sang tongkat tak pernah berubah
biar ramai mata memandang
biar ramai bibir memuji
biar ramai jemari mendekati
tak sekalipun kecudang setia sang tongkat pada pemiliknya
sehingga mereka saling sayang dan menyayangi
indah

dunia seperti terbiasa menidakkan bahagia
pagi itu, seperti terlalu lama
tongkat menanti sang empunya nya
memegang erat dan genggam
entah kemana agaknya gerangan tuan tongkat
lalu terlenalah tongkat seketika
sedarnya,
dari kamar yang begitu indah
dari harum yang begitu nyaman
dari tenang yang begitu mengasyikkan
bertukar
kepada kotor yang dasyat
kepada lumpur yang pekat
kepada tanah yang liat

tongkat tersadai pada dinding longkang itu
dan semua hanya memandang
hendak memiliki terlalu keji dari percuma
terbuang dan terhimpit dengan debu dan sampah
adakala tertoleh kelibat sang tuan
yang bertatih berjalan
yang berjalan berdikit
yang berdikit berlari
berlari jauh meninggalkan tongkatnya

"mungkin bukan itu tuanku"
tongkat setiap hari cuba berfikir yang indah
mungkin tongkat dicuri orang
mungkin menggadaikannya untuk seringgit dua kais pagi
mungkin tidak sengaja tercicir
banyak betul kemungkin yang wujud
sehingga airmata tongkat tak mampu lagi bertahan

tongkat menangis setiap hari
dan saban malam nama tuannya diseru dan diseru
dengan harapan
muncul tuannya mendakap erat pada jemarinya
yang telah lama tak terbelai

satu masa
tongkat tidur setelah letih ditendang dan diusir orang
dilanggar dan dikuis bagai sampah
tongkat tertidur
tuanya berpesan
" aku tak mampu membahagiakan engkau tongkat..
itu kekurangan aku..  meskipun engkau memberi banyak makna
aku akan teruskan hidup ini yang terumbang ambing
dan aku tak akan melarang
tangan lain memegangmu dan aku aku selalu mendoakan engkau bahagia"
tersedar dari lena itu
tongkat termanggu dan teruskan tidurnya
yang panjang..


syam
10 malam
Petaling Jaya inai merah

Tuesday, February 8, 2011

Persuratan Cinta

As'salam,
terpanggil nak menotakan bait puisi hari ini..

***************
Persuratan Cinta
***************

Menelusuri denai waktu itu
langkah dengan gerak rasa
memimpin angin dari lambaian jiwa
yang pernah menjejak cinta
lalu

Menyusuri muara cinta itu
gelora yang berpusar
pada mimpi yang tersisa rindu
pernah menikmati bahagia
rasa

Melalui jalan berliku itu
aku buntu !

syamputra
4.55 ptg
Petaling Jaya

Monday, February 7, 2011

Sajak Terbaru

salam.. lama betul tak menukilkan sajak kat sini.. harap harap tak la berkarat..


____________________
Malam Penyiasat Cinta
____________________

Pada malam yang terusir itu
gelap yang membalut waktu berlalu
terlalu lama untuk berlari
meski jejak yang terburu
membuka intaian ruang
pada penyiasat cinta

Kemelut dengan alasan rindu
menakluki seluruh jendela rasa

terpilu dengan kata putusnya
terpaku dengan bicara tandusnya
aku sebenarnya buntu

Kemilau cahaya bintang
menjadi saksi
juraian airmata yang berat tertakung
dalam empangan jiwa
yang lama terpendam

Lalu aku berlalu
menggariskan pohon cinta
dengan namamu
biarlah seisi alam menoleh
lakar kasih yang masih terpahat
dan disitu juga
ada tangan yang sudi
mematri huruf asrama
namun tidak sepertimu
yang membahagiakan isi dan jasad rindu


Masih juga
terlukis
gambaran mimpi
yang memberi isyarat suram
ikatan cinta kita
biarpun telah tersiasat tentang langkah ini
mungkin benar telahanmu
namun
aku bukan penjenayah cinta
dan masih setia
menantimu dengan pintu terbuka
kembalilah

syam 3 pagi
Petaling Jaya
8 feb 2011

Monday, January 31, 2011

Mimpi lagi Pagi ini

salam..
pagi ini aku bangkit dengan mimpi lagi
kali ini mimpi yang amat dasyat sekali..
bermula aku ngan seseorang meniti kongkrit yang bersimpang siur keadaannya..
sampai ke satu tempat yang agak selesa aku berdiri.. rupanya aku ngan esta (kawan tupperware)
sama - sama lalu kongkrit itu..
tapi esta yang kehadapan dan turun kearah kongkrit yang agak mudah..
agak mengejutkan.. bile kongkrit tu sebenarnya curam dan ada plak palang macam tiang gol..
kat siti esta tergelincir dan tangannya berpaut kat tiang gol tu la.. tapi dia terjatuh..
badannya terkena tiangkat bawah dan jatuh lagi ke bawah dan terus menjunam ke dasar paling bawah..
memang sangat dalam dan jauh dari pandangan mata aku..
aku cume menjerit panggil nama dia..
dan sampai ke bawah dia jatuh.. aku tengok dia sekadar pegang pinggang macam sengal sengal jer..
nampak macam tak serius sakitnya.. walaupun jatuh macam ala ala tak ada harapan dah..

aku yang kat atas lagi.. memang terpaksa buat plan lain.. sebelah kanan aku tu kebetulan ada pintu plak..
tapi  nak kearah tu.. aku just jalan macam biasa dan boleh ke arah tu..
esta tadi.. memang dah hilang dari pandangan aku..
yang aku pikir nak selamatkan diri dah.. nak turun dari tempat tinggi tu..
sampai kat pintu tu. aku masuk dan tembus.. shopping complex yang besar sangat
aku dok cari jalan keluar dan pusing pusing sekitar tempat tu ala ala pavalion..
last last.. aku turun eskalator.. punyalah curam jugak.. nasib tak tergolek..
dan terus aku dapat keluar dari tempat tu..

kat luar.. entah macam mana tetibe aku dapat berjalan ngan kawan kawan..
aku tak tahu siapa kawan tu.. tapi ada pompuan dan jugak lelaki.. macam baru kenal..
kat situ aku berjalan menuju ke parking kereta.. semasa berjalan tu.. aku tengok jalan tar yang aku jalan..
penuh ngan badan badan ular yang disimen sekali..
jadi aku berjalan atas badan ular la..
sempat aku tengok dan tangan "ini belot ker?"
mereka tak jawab pun..
aku terus berjalan.. dan terjumpa plak.. serpihan badan ular atau belot..
aku cuba kuis kuis.. dan memang bentuk dia macam badan ular..
masa tu.. air mengalir kat jalan tu macam nipis jer.. ala ala lepas hujan..
lepas tu.. aku terus berjalan dan talifon aku berbunyi..
kat talifon tu tertulis nama "KKTM MISNAH"
aku terjaga... dan pening