Sunday, May 23, 2010

Rekod Malaysia : Berjaya Aku Patrikan Namaku

salam..
sabtu lepas.. aku terpaksa korbankan class SMP.. master aku semata mata
aku nak sertai baca puisi pelbagai dialek yang bertempat di pasar seni. KL
seramai 136 orang peserta yang mencuba nasib dari jam 8.00 sehingga malam.. dan cuma 37 orang saja yang BERJAYA diiktiraf dialeknya. bermakna 37 dialek yang terpilih akan dapat sebuah sijil dari Malaysia Book of Record.

aku memang teruja.. dan aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada nama - nama ini yang membantu aku dalam dunia puisi ini. meski pun aku amsih baru lagi dalam arena ini..
tapi sokongan mereka ini buat aku bersemangat..
memang aku bangga dilahirkan sebagai anak BANJAR... dan akhirnya aku tahu dimana asal dan ia telah menjadikan wakil BANJAR diMalaysia yang berjaya pecah rekod Malaysia baca puisi..

nama - namanya ialah..

1. Flora ---> yang telah daftarkan nama aku dan uruskan semua pendaftaran aku ngan datin aida dan belomm..

2. Emak aku ---> yang latih aku tak ingat dunia sampai jam 12 tengah malam..
lepas tu ciptakan sajak yang aku amek kat internet ini..

3. Mad ---> teman aku malam malam tu jumpa ROSLAN MADUN dan makan dengan dia kat Kampung baru..

4. Roslan Madun ---> buka peluang dan bagi khidmat nasihat percuma.. (sifu aku nih)

5. Kak teh ----> sebab tolong jadik tukang salin mak nyanyi.. kod ok salin.. pastu terima kasih sebab jadi photographer aku.. hari kejadian..

6. Lina ----> sebab tolong temankan mak ngan kak teh datang pagi pagi bute..

7. Bella ---> senantiasa paham akan papa nya yang senantiasa sebuk saban hari..

pastu semalam.. paggi pagi aku dah tunggu lola kat simpang kolej.. khabarnyer dia tidor awal malam sebelumnyer.. pastu dia tak tahu nak g sana .. terpaksa konvoi pergi sana sama sama.. kita tak sesat lah kami..

jam 7.30, aku ngan lola dah terpacul kat sana.. punya la tak ada orang lagi.. kaunter perdaftaran pun tak ada.. aku pun pergi lah minum air suam.. air limau kat kedai mamak.. pastu g daftar.. 8.30 baru pendaftaran bukak.. aku dapat giliran ke 3 walaupun aku dikertas pendaftaran.. aku nomber 31. alhamdullillah.. aku adalah satu satunya peserta deklamasi yang melayu..

bile aku tengok peserta lain.. semua pilih dialek Melayu.. bagi aku.. diorang ini kena panjang sikit akalnya.. tengoklah betapa banyak pesaing.. alhamdulillah.. aku berdarah banjar.. kira boleh jugak sebut ala ala bunyi banjaran sikit..

bile aku baca.. aku lagukan dulu lagu rakyat yang menjadi mainan mulot mak kat kampung.. pastu terus aku cakap.. puisi tu ciptaan mak aku.. siap aku tunjuk lagi mak kat depan pentas tu..

dalam aku berpuisi dengan maha konfidennya..
aku sedar mak ala ala senyum dan ketawa kat situ.. tapi dalam ketawa dia berjurai air mata.. mak memang selalu tangkap leleh..
aku tak tahu apa yang menyentuh hati mak..

1. sebab aku baca sajak dia ker?
2. sebab aku tunjuka kat dia ker?
3. sebab aku lafaz yang aku sayang kat dia kot..

sebab babak akhir aku punya puisi.. aku cakap "terima kasih mak... sayang mak"

aku dalam tak sedar sebak jugak.. tapi bile sampai kat mak.. ada plak seorang pakcik nie menegur aku..

"kulaan kita'k".. aku pun terus pas dia kat mak.. sebab aku betul betul tak tahu.. ye la.. malu la.. baca je sajak.. tapi cakap tak pandai.. aku pun baru belajar belajar mewarisi nie..

balik dari tu.. sempat aku ke kampung baru.. belanja mak ngan lola makan tengah hari.. seronok sangat makan.. walaupun lola boleh sesat selama setengah jam.. sabar jer.. aku yang salah direction.. heheheh jangan marah..

tu lah dia.. bile malam kejadian.. aku call belom.. urus setia tu nama dia belom.. dia kata BANJAR dan MENDELING layak untuk dapat rekod malaysia..

malam tu.. lepas masa AF tengah rancak.. aku ajak member aku g tengok wayang kat galaxcy.. tengok IRON MAN 2.. tapi 5 minit cerita berjalan.. aku dah tidoorr..

esoknyer bangun kul 11 pagi.. fuhhhhhhhh

4 comments:

Azree Ariffin said...

waah tahniah. Tak ada gambar ke, abg syam?

Ada tak wakil bugis dalam acara tu? Haha. Saya teringin nak baca dalam bahasa bugis, tapi malangnya, tak reti! huhu.

Syamputra Razali said...

azree.. boleh belajar.. tak pasti abang orang bugis ada ke tak.. lepas baca tu.. abang tunggu setengah jam dan bergegas balik.. peluang tu jarang dapat taw..

Syamputra Razali said...

salam.. azree..
bugis abang dengar memang ada wakil
last minit je dia tarik diri..
next time.. kita praktis sesama yer..

pesta pantun makum tu.. bile yer bermula saringan?

Azree Ariffin said...

oh yeke.. ruginya, bahasa bugis tak diperdengarkan....

pesta pantun makum tu 6-8 ogos 2010... saringan mula 7hb.