Tuesday, August 17, 2010

Biarlah Jauh itu Dugaan Ramadhan

salam..
hari ini aku senang hati berbuka puasa kat umah mak..
tapi aku masih banyak benda yang tak sudah sudah lagi..
tesis MBA aku masih tak setel lagik..
nak kena jugak duduk seharian buat benda tu..
aku tetap tenang bile berada kat umah mak.. mudah nak tido dan berselera nak makan..
semenjak dua menjak nie..
alhamdulillah.. rezeki aku bertambah tambah..
bukan dapat duit.. tapi perjalanan kehidupan aku tak ada pancaroba pun..
mudah dan lurus..
namun ada lah jugak cabaran dan dugaan bulan ramadhan tu..

apa apa pun.. aku tetap rasa seronok dan bahagia..

hari nie balik umah mak ayah.. kat ampang
amek masa 1 jam setengah..
selalu aku balik kalau pagi pagi.. 30 minit dah sampai..
memang penangan jalan jem buat aku banyak berfikir dalam kereta..

esok plak aku tak ada class.
nak setelkan semua keje hakiki aku..
dan khamis nie.. aku dijemput baca puisi kat MARA..
alhamdulillah.. ada jugak orang nampak bakat aku..
moga moga bersinarlah bakat aku yang baru nak berjinak nie..

sabtu nie.. memang tak sabar nak ke UPM.. jumpa budak budak tradisional..
nak ajar pantun dan syair..
aku kali ini nak siapkan module sikit untuk diorang..

malam nie aku nak cuba cuba berpuisi lagik..
tajuknya..

_______________________

Jauh itu Mengikat Kasih Kita
_______________________

melurut mimpi mimpi
pada piramid peraduanku
aku cuba menelah

sedalam mungkin
dan meramal sebijaksananya
petanda dan kronologinya

kejauhan cinta kita
menuntut aku menghargai
saat saat bermakna
tika dugaan menimpa

ramadhan ini,
kita berlari lari dipermukaan waktu
dan engkau terjatuh tika aku kejauhan
dan aku mengundurkan langkah
memegang tanganmu
dan kemudian kita berlari bersama

syam
ampang
17 ogos 2010

No comments: