salam..
aku baru balik dari pasar jalan othman
beli ubi kentang dan sikit bawang..
nak buat kueh karipap petang nie..
petang nie.. aku nak berbuka kat umah.. nak sambung kerje keje ubaisuai rumah
dan nak buang apa apa sampah yang tak sepatutnya..
aku nak cuba buat kueh karipap..
nak frozenkan.. senang aku gireng.. bile aku nak makan..
cume ikan bilik tak der nie.. ataupun gading cincang.. nampaknyer nak kena kuar lagik la beli..
balik dari pasar aku terus g penduakan kunci..
lepas tu aku terus masuk opis dan bagi kunci tu kat boss..
seronok bile boss ketawa dan suke..
inilah aku ada idea nak buat sajak lagik nie.. semua sajak nie..
aku nak pilih dan terbitkan dalam antologi puisi aku..
********************
Terlupa untuk ketawa
********************
menghampir waktu yang terlepas
aku tidak pernah terfikir
akan riang yang membalut kehidupan
suka dan duka yang terpahat
pada kayu waktu
seolah olah datang dan akan kembali
melalui denai yang semakin sempit itu
aku dipimpin tangan sehingga pandai berjalan
dan terus bijak berlari
tanpa melihat dan memimpin kembali
jemari itu
merenung sejenak
kisah itu mengamit tawa kecil dibibirku
betapa indah senyuman
dan usikan jiwa yang mewarnai
kanvas kehidupan itu
kini baru aku mengerti
ketawa itu
bukan sahaja ketika suka
namun ketawa tika airmata
berteman sendu tangisan.
syam 2.20ptg
pj
16/8/10
No comments:
Post a Comment