letih jugak nak mengarang puisi nie..
hari ini aku nak sampaikan.. harap sempurna..
Rutin 8 ke 5
Memandang titik - titik peluh ini
Seakan terimbau
Sesaat, seminit terburu buru, aku, kamu
Setiap hari berlari mengejar perakam waktu
Yang tak sudah menagih cap jari
Bukti menghitung hayat gaji
Setiap bulan tak pernah surut angkanya dari paparan rumah wang di PJ old Town menjadi saksi
Mengimbau langkah semalam
Hari ini seakan mahu berlari lagi pantas
Kerana kelmarin telah tersadung jemari kaki ini
Dan tergendala segala punca dalam perjalanan kerja
Disitu harus aku mengejar
Ketinggalan waktu yang tersisa
Menjinak setiap saat berharga
Menjadi bernilai dan bermakna
Setiap hari
Senyum dan tawa bergelumang dalam rasa
Ke kelas menunai amanah
Ke dewan menyelia periksa
Ke lab membanting keringat
Ke makmal mencurah kudrat
Ke pejabat menyelak surat
Ke bilik pensyarah menggalas amanat
Ke meja runding hadir mesyuarat
Ke bilik pengarah minta nasihat
Itulah rutinku
Dari angka 8 ke 5
Bersarapan pun mengingat kerja,
Makan tengah hari ala kadar sahaja,
Pukul 2 kembali bekerja
Jam 5 beg bersedia
Langkah ke rumah urusan rumah tangga menyusul pula
Mandi , makan dan tidur kadang kala tak basah, tak kenyang dan tak lena
Mengenangkan bertimbun kerja tertunggak - tunggak
Program sana sini berlambak – lambak
Surat panggilan mesyuarat mendesak – desak
Nak buat Lesson plan pun teragak – agak
Hingga kertas assessment pun tak sempat nak selak
Itulah rutinku
Demi sesuap nasi
Demi kerja hakiki
Demi rezeki diredhai
Demi gaji diberkati
Tugas adalah amanah
Amanah adalah janji
Janji adalah hakiki
Bersyukurlah atas nama rezeki ini
Kerna bertuahnya kita berkeluarga disini
Menumpang nikmat kurniaan ilahi
Melimpah kesenangan tiada tolok ganti
Dapat bekerja dan diberi gaji
Meneruskan hidup dan meningkatkan prestasi
Disitu cemerlangnya diri diuji
Harungilah cabaran dengan lapang dada
Terimalah teguran dengan hati terbuka
Inovasikan diri dengan anjakan minda
Terbilang dan gemilanglah diri
Dalam hidup yang bererti
Syamputra Razali
2.30 pg. 1 disember 2010-12-01
KKTM Petaling Jaya
No comments:
Post a Comment