Monday, December 14, 2009

Siap Akhirnya Tepat Jam 3 Pagi

SOALAN TUGASAN INDIVIDU BAGI
1.0       Pengenalan


Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, merupakan kesinambungan dari idea mantan – mantan Perdana Menteri yang menuntut kepada pembinaan ketamadunan negara bangsa. Kejituaan idea Perdana Menteri Malaysia ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang memperkenalkan Wawasan 2020 seterusnya Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang menginspirasikan konsep Islam Hadhari yang mana bertujuan untuk menjalinkan ukhwah antara kaum dan memupuk integrasi kaum dalam keharmonian bangsa dalam satu negara Malaysia. Dalam merancang kepada pembinaan asprirasi negara, asset yang paling dititikberatkan adalah genarasi baru yang bakal memegang tampuk kerajaan. Golongan ini adalah penentu kepada kecapaian gagasan negara. dalam melengkapkan generasi yang diistilahkan sebagai pelajar ini, aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek harus digabungjalinkan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


Melahirkan generasi yang bekualiti ini menuntut kepada kesungguhan dan penerapan pelbagai aspek yakni aspek  yang menyentuh kepada aspek sahsiah dan ketrampilan intrapersonal. Dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji yang mencerminkan akhbak yang sempurna, penerapan nilai murni adalah elemen penting yang boleh mencorak warna jiwa pelajar jika dipupuk sedari awal iaitu dari zaman persekolahan. Menurut Mohd Rusdan Yusuf (2002) melalui buku berjudul Sahsiah dan Keperibadian Mulia mendefinasikan sahsiah adalah sifat dan jati diri yang terbentuk dari kesempurnaan didikan yang terpuji dan berasaskan aspek kerohanian dan kemuliaan. Justeru itu,  penerapan nilai murni yang bersandarkan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu adalah menjadi teras kepada pembentukan sahsiah pelajar yang dilengkapi dengan elemen utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep JERI yang diterapkan dalam kurikulum sekolah bukan sahaja perlu disokong oleh elemen nilai murni tetapi harus diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Proses P & P yang dilaksanakan didalam bilik darjah memerlukan penerapan unsur nilai murni bukan sahaja didalam amalan pertuturan tetapi dalam setiap gerak geri dan tingkah laku serta didalam sisipan kurikulum yang mana harus direncanakan didalam rancangan pengajaran harian. sesungguhnya nilai murni yang diterapkan ini boleh memberi impak positif didalam perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.


2.0             Terjemahan Nilai Murni Dalam Konteks Perkembangan Potensi


Nilai murni adalah asas yang mencerminkan sahsiah dan prilaku seseorang yang mana bertujuan yang baik dan mulia. Habib Mat Som (1994)   dalam karyanya  Nilai – Nilai Murni Merentas Kurikulum menggariskan kepentingan nilai murni dalam membentuk sahsiah serta menyuburkan potensi pelajar dalam melahirkan pelajar yang berhemah tinggi keperibadiannya. Wan Hasmah Wan Mamat (2007) pula melalui artikel bertajuk Nilai murni dalam pendidikan Islam berteraskan prinsip Islam Hadhari mendefinasikan nilai murni adalah satu amalan yang menjadi rutin kepada  guru dalam menerapkannya didalam sector pendidikan dan nilai murni ini lebih menfokuskan kejituan natijah kepada pelajar sebagai sasaran kerana generasi inilah yang bakal diberi tanggungjawab dalam mentadbir negara akan datang.


3.0             Kupasan Perincian Nilai Murni Semasa Proses P&P


Noraha Saat (2006) melalui Pelaksanaan dan masalah penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sejarah di sekolah menengah rendah menkonotasikan nilai murni sebagai amalan murni yang menjurus kepada norma positif yang berperanan mendidik dan membentuk siasah serta sahsiah  pelajar. Beliau menyenarikan 16 aspek nilai murni yang menjadi tonggak kepada panduan dan pegangan rakyat Malaysia yang telah diiktiraf sebagai aspek nilai murni.


Nilai yang menjadi gandingan mesra kepada budi bahsa telah membentuk konsep budi bahasa budaya kita yang diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, dalam himpunan nilai murni didalam kurikulum di sekolah menengah mahupun rendah, Cuma 16 nilai murni digariskan yang mana terdiri dari nilai baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal & mental,kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.


4.0             Penerapan Nilai Murni Semasa Pengajaran & Pembelajaran


Dalam proses P&P, guru adalah pemudah cara yang kini bertindak sebagai pembimbing bukan sahaja berperanan sebagai tenaga pengajar tetapi menjadi media pengubah dan pembentuk kepada sahsiah pelajar. Melalui penerapan nilai murni ini, potensi pelajar dapat dicungkil dan digabungjalinkan supaya pelajar yang dihasilkan mempunyai kualiti intrapersonal yang tersendiri serta mempunya sisipan norma ketimuran yang terkenal dengan buadaya berbudi bahasa.


Nilai murni berdikari adalah nilai yang sangat sesuai dipraktikkan didalam proses P&P dimana, guru sebagai pembimbing yang menunjukkan simulasi pembelajaran dan pelajar diberi peluang untuk mencari bahan serta mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan sedia ada didalam menghalusi kefahaman terhadap subjek yang dipelajari. Pelajar didalam proses P& P ini digalakkan untuk berdikari dengan menunjukkan kesanggupan untuk mencari ilmu pengetahuan tanpa bergantung semata – mata kepada orang lain. ini akan menimbulkan kejayinan kepada pelajar dan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Melalui nilai ini, pelajar akan terdorong untuk merancang aktiviti dan displin kepada rutin yang dijadualkan. pelajar yang berjaya menghalusi nilai ini melalui bantuan guru yang memberi tugasa berupa penghasilan bahan buangan serta mencipta satu produk jualan adalah salah satu cara pelajar tidak bergantung kepada idea guru tetapi kepada olahan kretiviti pelajar sendiri.


Melalui  penerapan nilai hormat menghormati, guru membentuk pelajar untuk membuang ego dan bersikap hormat kepada guru, rakan pelajar serta siapa sahaja dipersekitaran. nilai hormat menghormati diterapkan melalui ucapan selamat dan pemberian salam semasa disekolah dan diunjurkan diamalan diluar bilik darjah. Nilai hormat menghormati juga disisipkan didalam mata pelajar Bahasa Melayu serta semua mata pelajaran yang dikatakan merentasi kurikulum. pelajar akan diajar tentang menghomati hak orang lain dan memahami tentang kepercayaan masyarakat berbilang bangsa bertepatan dengan rukun negara. Nilai hormat ini juga adalah nilai yang menghargai institusi social dan memuliakan sesiapa sahaja yang berhubung dengan pelajar.


Dalam membentuk masyarakat berintegriti, nilai kejujuran adalah nilai yang seharusnya menjadi perkara pokok dalam penerapan nilai murni kerana nilai ini memberi impak didalam menentukan cirri – cirri masyarakat yang berpegang kepada amanah dan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Kejujuran  dalam aspek bekerja juga dapat dipupuk sejak dibangku sekolah lagi. dalam menerapkan nilai ini, guru boleh bertindak melantik pelajar sebagai seorang bendahari dan diberi tanggungjawab untuk mengemas kini kewangan kelab mahupun bilik darjah. Guru juga boleh berperanan memberi  pengetahuan kepada pelajar melalui tontonan drama juga media yang memaparkan amalan rasuah serta tindakan yang tidak jujur. Pelajar akan mampu terdorong untuk tidak mengamalkan perkara yang bertentangan dengan amalan kejujuran.


Dalam menyuburkan perpaduan masyarakat, seawal dibangku sekolah lagi seharusnya diterapkan nilai kerjasama yang dikatakan memberi kesan dan  penentu kepada keharmonian kaum. Nilai kerjasama ini boleh diterapkan di melalui penghasilan jadual bertugas dan guru melalui proses P& P boleh membentuk pelajar kepada kumpulan yang berbilang bangsa. Guru juga boleh memberi tugasan secara berkumpulan yang mana menuntut setiap anggota kumpulan memberi sumbangan kepada penghasilan tugasan yang sempurna. Semangat kerjasama juga boleh dilihat melalui amalan bergotong royong dan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan, guru mengadakan pertandingan yang memerlukan gandingan kerjasama yang sekata dari semua pelajar. disini guru merupakan pemerhati dan medium perantara dalam menerapkan elemen kerjasama ini dibangku sekolah terutama didalam proses P&P.


Nilai kerajinan adalah antara 16 nilai murni yang boleh diterapkan didalam pengajaran dan pembelajaran dimana guru menasihatkan pelajar agar senantiasa rajin berusaha untuk menjadikan diri sebagai seorang yang cemerlang. Guru sebagai pemudahcara memberikan kata nasihat melalui tugasan berbentuk penulisan dan penghasilan kertas kerja dan folio dalam mata pelajaran sejarah yang menuntut pelajar rajin mencari bahan dan salasilah kelurga bagi menghasilkan tugasan dengan sempurna. Semangat ketekunan, kegigihan dan sikap daya usaha dalam ditanamkan melalui penerapan nilai ini dalam proses P& P. Guru juga boleh berperanan untuk  memberi penghargaan kepada pelajar yang rajin hadir ke sekolah serta rajin dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. penghargaan ini akan mendorong pelajar lain supaya bersikap rajin terhadap kerja atau perkara yang dilaksanakan.


Nilai murni baik hati adalah nilai yang paling utama menggambarkan sahsiah diri pelajar yang terpuji. Melalui konsep pemusatan pelajar, guru dapat menanamkan sikap baik hati dalam berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan. Sikap pemurah dengan ilmu ini adalah konsep dibawah nilai murni baik hati yang memungkinkan pelajar akan menjadi masyarakat yang perihatin kepada persekitaran. Sikap bertimbangrasa dan bertoleransi juga dapat dipupuk melalui perkongsian ilmu dan aktiviti P&P yang melentas kurikulum yang kebiasaannya Cuma mementingkan pencapaian akademik semata – mata. Nilai murni baik hati juga dapat ditunjukkan melalui aktiviti main peranan didalam aktiviti P&P dimana pelajar dalam bertolak ansur didalam menghasilkan sebuah karya perbembahan yang menarik bersesuaian dengan mata pelajarn yag dipelajari.



5.0             Kesimpulan


 Sebagai penyudah ungkapan, disimpulan bahawa penerapan nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengembangkan potensi pelajar secara lebih menyeluruh serta dapat memberi sisipan bersepadu dari segenap segi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep JERI yang diperkenalkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan adalah acuan terbaik dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi berupaya menjadi nakhoda zaman yang mampu menjadi teraju untuk negara mencapai ketamadunan bangsa yang tersendiri.

No comments: