Tuesday, November 30, 2010

Persembahan Puisi Hari Inovasi Hari ini 1 Disember 2010

salam..
letih jugak nak mengarang puisi nie..
hari ini aku nak sampaikan.. harap sempurna..

Rutin 8 ke 5

Memandang titik - titik peluh ini
Seakan terimbau
Sesaat, seminit terburu buru, aku, kamu
Setiap hari berlari mengejar perakam waktu
Yang tak sudah menagih cap jari
Bukti menghitung hayat gaji
Setiap bulan tak pernah surut angkanya dari paparan rumah wang di PJ old Town menjadi saksi

Mengimbau langkah semalam
Hari ini seakan mahu berlari lagi pantas
Kerana kelmarin telah tersadung jemari kaki ini
Dan tergendala segala punca dalam perjalanan kerja
Disitu harus aku mengejar
Ketinggalan waktu yang tersisa
Menjinak setiap saat berharga
Menjadi bernilai dan bermakna

Setiap hari
Senyum dan tawa bergelumang dalam rasa
Ke kelas menunai amanah
Ke dewan menyelia periksa
Ke lab membanting keringat
Ke makmal mencurah kudrat
Ke pejabat  menyelak surat
Ke bilik pensyarah menggalas amanat
Ke meja runding hadir mesyuarat
Ke bilik pengarah minta nasihat
Itulah rutinku
Dari angka 8 ke 5
Bersarapan pun mengingat kerja,
Makan tengah hari ala kadar sahaja,
Pukul 2 kembali bekerja
Jam 5 beg bersedia
Langkah ke rumah urusan rumah tangga menyusul pula
Mandi , makan dan tidur kadang kala tak basah, tak kenyang dan tak lena
Mengenangkan bertimbun kerja tertunggak - tunggak
Program sana sini berlambak – lambak
Surat panggilan mesyuarat mendesak – desak
Nak buat Lesson plan pun teragak – agak
Hingga kertas assessment pun tak sempat nak selak

Itulah rutinku
Demi sesuap nasi
Demi kerja hakiki
Demi rezeki diredhai
Demi gaji diberkati
Tugas adalah amanah
Amanah adalah janji
Janji adalah hakiki

Bersyukurlah atas nama rezeki ini
Kerna bertuahnya kita berkeluarga disini
Menumpang nikmat kurniaan ilahi
Melimpah kesenangan tiada tolok ganti
Dapat bekerja dan diberi gaji
Meneruskan hidup dan meningkatkan prestasi

Disitu cemerlangnya diri diuji
Harungilah cabaran dengan lapang dada
Terimalah teguran dengan hati terbuka
Inovasikan diri dengan anjakan minda
Terbilang dan gemilanglah diri
Dalam hidup yang bererti

Syamputra Razali
2.30 pg. 1 disember 2010-12-01
 KKTM Petaling Jaya



Tuesday, November 2, 2010

RoadShow Tupperware Jusco Setiawangsa

salam..
hari kedua aku sertai roadshow michelle memang letih tapi banyak yang aku belajar
1. susahnya nak bagi pamplet @ katalog
2. payahnya nak ajak orang jadi ahli
3. sukarnya nak dapatkan info setiap orang..

semuanya negetif dan boleh buat aku down..
tapi bile aku fikir beberapa perkara.. aku naik semangat
1. tak susah nak bagi  pamplet kepada orang yang ada prospek.. yang tak nak.. biarlah dia..
2. tak payah pun nak ajak orang jadi ahli.. kalau dia berminat hasil explaination aku nie..
3. tak sukarpun nak dapatkan butir diri dia.. kalau kena gaya dan hemah serta budi bahasa kita

benda yang positif kalau kita terus telan.. boleh meracuni kita
kita iktiyar dan mencuba..
lihatlah hasilnya
Allah akan membuka jalan orang yang sabar, tawal dan iktiyar..
cubalah !!

Kencang!! - Perniagaan Tupperware aku menuju ke status "DIRECTOR" dalam masa 2 bulan.

salam..
memang cekal hidup ini
hanya semangat yang kuat buat aku terus berlari dan bangun dari kejatuhan
sabtu lepas.. aku memang sibuk .. dengan class kat UPM dan menguruskan jamuan bebudak lisan tradisional..
terus hadiri meeting kat pusat koko untuk post mortem malam citra budaya..
malam tu aku balik umah terus terbongkang tidur..

bangun je.. aku kena balik PJ sebab nak cas camera aku sebab ahad bagi aku kena amek gambar..
sampai kat kolej baru aku teringat yang aku kena bertugas kat kolej sebab nak jaga bebudak sem 2
ada program keindahan bersamamu..
program ini memang menarik.. sedih dan buat aku insaf seketika..
tapi seketika je ker?.. heheheh
aku tido memang lewat malam tu.. sebab nak siapkan gambar kawen plak..
kul 4 tidur dan bangun awal pagi jam 6..
aku dah perasan mata aku dah merah sebelah..
bebudak kolej kata aku nie menangis..
tapi sebenarnya.. mata aku sakit..
aku nie nampak jer ala ala berbudi bahasa dan sopan santun lemah lembut
tapi orang tak tahu,. yang aku nie keras hati dan pendendam..
senyuman aku penuh dengan maksud tersirat..

walaupun aku nie pendendam.. aku tetap penyanyang..
air mata aku ini memang mahal.. tapi jiwa ini kalau tercuit memang boleh gundah..

oh ya.. sabtu jugak penuh dengan acara..
malam tu sebenarnya ada perlawanan bola antara negeri sembilan ngan kelantan kat bukit jalil..
jem sikit la jalan masa tu..
lepas bangun dari tidur.. aku tengok chak ngan pak su.. ipar aku keduanya tu.. tengok TV
seperti biasa ayah tengok bola dengan senyap dan tak mengulas..
aku jer yang tak berapa nak minat bola nie.. cuba cuba hipokrit minat boleh..
nasib la kenal bebrapa pemain.. zaquan .. heheh tu je la aku ingat..

yang best nyer
bapak aku boleh sedih jer.. sebab negeri sembilan jaringkan gol..
bila separuh masa ke-2. tetibe bapak aku bertepuk tangan tak ingat dunia punya..
gembira gile bile kelantan dapat sumbat gol..
ehh.. fanatik jugak ayah aku ngan kelantan..
teringat kat madan yang kat stadium dengan camera baru dia..
nak jugak aku tengok hasil shooting dia kat stadium tu..

aku sms mad.. dan ucap tahniah.. memang dia memang taksub jugak nga klantan nie..
dia balas msg aku masa aku balik ke PJ.
[mene] --.> maksudnya menang !.. Aku pun sebenarnya.. suka dan sokong gak kelantan

hehehhe.. aku nak layan budak aku yang sorang nie..
datang nak tanya pasal subject management
memang rajin budak nie..
budak pertama semester nie tanya aku soalan dan betul betul potensi untuk "A"
ok.. aku sambung yer..

Tuesday, October 26, 2010

Tiada Angin Tiada Ribut.. Potret ku Jatuh !!

salam..
balik dari keje yang banyak..
aku pun duduk mengadap PC yang tak lama lagi dah dipulangkan..
aku pun seronok gile online facebook
tetibe jer.. tengan bella dok bermanja atas riba aku..
potret yang elok atas rak tv jatuh dan terhempas..
bella terus terkejut dan meloncat.. sakit kaki aku terkena kuku dia..
bella nie memang sensitif..
sedih plak aku tengok potret tu jatuh..
apakah ada signal yang tersendiri..
aku redha..

Friday, October 22, 2010

DENDAM KESUMAT- SAMPAI MATI TAK AKAN AKU MAAFKAN

salam..
hari ini hari jumaat
tapi hari bile balik dari istana budaya terus obline facebook dan terbukak lah facebook dayang liyana..
yang mana students aku yang baik dan berbakat
dalam facebook tu.. aku comment picture yang ada gambar syaitan.. seorang pelajar dari tempat aku dulu
nak sebut nama dia pun aku jijik..
ingatkan nak ingat muka dia..
dia memang malaikat yang asalnya aku ingat baik dan ikhlas.. rupanya syaitan dan iblis yang sangat celaka..
ini adalah kisah benar aku yang aku terpaksa kongsi sebab aku rasa dah tiba masanya aku nak dedahkan nama budak nie dan dia sebenarnya yang membawa aku  merasakan students ini sebenarnya bermuka muka..
depan kita baik pijak semut tak mati..
paling best lakonan dia adalah bile aku pindah..
macam kucing mati dia menangis..
rupanya palsu..
nasib baik aku disedarkan oleh mirul..
aku ingat lagi saat tu dia dok umah aku dan aku punyalah anggap dia sebagai tetamu aku..
tapi sebenarnya dia nak kenakan aku..
memang aku menangis sebab budak celaka ini
abis musnah kerjaya aku masa tu..
bila budak ini kata kat tempat lama dia aku yang suruh jual kertas soalan exam..
bodoh kan aku nak jual kertas soalan periksa dengan harga RM 10.
buidak celaka ini kaitkan aku dengan pembocoran soalan.. dan aku masa tu kehilangan kawan..
situi, shaja dan geng geng beranang semua tak caya dan pandang serong.. nora apatah lagi.. memang dah benci kat aku..
nasib lah ada Mad, flora dan apez..  boleh bagi semangat..
memang kawan yang susah nak carik..
siti dan shaja akhirnya menyebelahi aku..
alhamdulillah..
cuma apa yang aku kesal.. budak lahanat ini memang tak insaf
dia langsung tak nak mengaku perbuatan dia dan masih terus dengan sikap pura pura dia..
aku memang doakan dia masuk syurga..
aku memang bukan tuhan.. dan aku bukan nabi..
aku ada hati dan perasaan
kalau budak tu dah hancurkan periuk nasi aku.. apa aku nak makan..
tak semudah tu aku nak maafkan..
setiap kali aku solat.. pasti aku akan teringat pasal kisah dikhianati tu..
hati asyik menyumpah  dan terus menyumpah..
aku tak tahu lah..
ALLAH maha memahami..
kalau hati aku ini hitam.. aku taubat.. tapi aku tak leh tipu diri aku..
takat ini 2 nama paling memberi celaka dalam hidup aku.
S dan D
tak perlulah aku nak nyatakan siapa.. tapi aku yakin..
dunia ini adil.. dan ALLAH akan tunjukkan pada mereka yang menganiayai orang akan balasannya..

emosi pagi sabtu..

Wednesday, September 29, 2010

Antara Minggu Paling Debar Dalam Tahun Ini

salam..
memang dah lama jugak aku tak menotakan apa apa..
sedih jugak kalau PC ini tak ada lepas ini
mesti aku rindu PC ini sebab banyak meninggalkan nostalgia..
PC nie aku sambung ke MP3 player aku...
jadi setiap pagi dulu.. aku akan dengar lagu lagu yang terkeluar dari PC ini
lagu lagu kenangan tu dah tak ada dah..
sebab aku tido pun dah tak pakai lagu.. aku bukak TV jer..
memang sedih bila teringatkan kisah lama,.
sewaktu aku dulu membeli makanan kucing bila bella masih kecik
teringat sangat masa tu.. dunia aku penuh keindahan..
tak sabar nak menanti JAM 6..
setiap hari aku akan menunggu jam 6 dan masa tu mengingatkan aku
pada kenangan dan sejarah
aku rindukan saat tu..
masa tu PC kat area nak ke dapor..
senang jugak aku nak ke dapor..
aku jugak dulu.. asyik saja guna PC..
PC nie lah tempat aku mencari rezeki..
hmm.. memang sayang rasanya nak biarkan PC nie diambil oleh tuannya..

hmmm
aku sesungguhnya.. tak dapat melupakan kebahagiaan itu..

sebut pasal hari..
esok hari khamis..
hendak tak nak.. malam nie aku kena dah hafal dah..
nak gunakan cara faurizan yang menghafal baris 1 , 2, 3.. secara berturutan..
aku ini main redah jer..
taat ini aku baru hafal 60%..
insyallah.. berkat doa mak ayah.. aku berjaya..
minggu nie.. pertama kali ayah datang.. mak memang jadi penonton aku yang paling setia.. hehehe
harap harap ada tuah..
aku pun tengah sibuk ngan jualan Tupperware dan menanda kertas exam dan jugak majlis jamuan raya..
memang padat keje aku.. ditambah pula.. tesis master yang tak siap lagi
mujurlah ada ju jadi penyelamat..
banyak bagi nasihat kat aku..

mat done pun.. banyak bagi dorongan kat aku..
apez ngan lola.. pun sekarang minggu busy dia..
mungkin lepas nie dah free la kot..

kita jumpa hari ahad yer..

Sunday, September 26, 2010

Puisi Tuah 2 Oktober 2010 : Peringkat AKHIR : Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2010. Anjuran Gapena - Dewan Bahasa & Pustaka


salam
visualise aku mendapat mentara ataupun keruang katarsis memang tak kesampaian.. sebab aku dah tervisualise untuk menggunakan gaya mencakar dari ismail.. teman yang juga masuk keperingkat akhir.
aku memang seronok dan gembira serta syukur pada Allah.. memakbulkan permintaan aku untuk layak kefinal.. cita cita aku di makbulkan,.
aku akan buat persembahan yang paling hebat dan mantap didepan mak aku sabtu nie..
aku harap puisi ini puisi tuah kepada aku..

Di Halaman Kembang Sepatu ini, Selamanya Sejahteralah Warga
Sazalee Haji Yacob


Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
bahtera kebangsaan yang selama ini teguh dan agam
tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
bangsa yang sekian lama megah dan padu
tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
menyeret ke musim silam yang kontang.

Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Seputum
kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak.  Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan sekiting tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah Leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa.  Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membenteng Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.

Generasi ku yang merdeka,
kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
jika gunting dendam terus meracik licik di dalam lipatan
kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
saudara sebangsa ku.

Di sinilah halaman mesra kita,
halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
menyantap damai berkat perpaduan warga,
moga kekal selamanya.

Di halaman kembang sepatu ini,
pertahankanlah daulah addin nan quddus
di halaman udara bugar nyaman ini,
perteguhkan maruah bangsa nan mulus
di halaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
abadikanlah kemakmuran sejati
di halaman multi bangsa dan demokrasi ini,
selamanya sejahteralah warga,
sepanjang alaf menjulang nusa.

Tuesday, September 21, 2010

Bella.. Papa Faham Jiwa Bella..

salam
sejak akhir - akhir ini.. sejak aku tinggalkan bella jauh sebab balik raya
bile balik nie.. bella memang berkepit ngan aku.. ke dapor dia ikut,, ke bilik dia ikut
dan ketandas pun dia nak menyelit..
bella selalu ajak aku gurau gurau dengan terkam aku..
aku plak.. malas nak melayan plak
dah 2 hari aku nak mengemas umah.. tapi tak kesampaian
ntah kenapa ntah.. memang macam tak der masa plak
padahal.. masa banyak giler..
hmmm
hari nie petang nie.. apez nak buat open kedai.. kat rasamas..
memang best dapat kuar
asyik terperap je kat umah nie..
hehehehhe

ini aku nak bagi sikit gambar bella yang manja..
esok lusa.. aku nak carikkan dia laki..
biar ngandung dapat anak..
aku dapat cucu..

Maggie Bertukar Menjadi Laksa

salam..
memang seakan ajaib..
malam nie.. aku cuba tahan nafsu makan aku.. dan memang tak makan langsung dari pagi.. walaupun laksa..
aku cuma makan anggur yang diberi oleh ju masa kami jumpa ahad lepas kat ampang
anggur untuk orang sakit
aku memang dah timbang berat aku.. hari ini dapat 111.5 kg
paling rendah setakat ini
kalau esok aku diet lagik
mesti cakap target bulan depan. 109kg
aku memang nak bertungkus lumus nak kurus dan nak atur hidup seperti selalu
ceria dan berkeyakinan
tapi malam nie..
aku macam biasa.. melayan bella.. sampai bella 2-3 kali berdengkur kat tepi aku dan kat tempat tido dia..
memang memang anak aku yang baik
kejut aku bangun pagi dan boleh menggantikan tugas setiap hari masa mad tinggal ngan aku
sekarang mad dah ada umah sendiri kat bangi
so, aku terpaksa duduk seorang dan inilah kehidupan aku masa kat beranang dan kat kuantan..

bila jam dan melewati jam 10,
aku dah pening dan rasa lemah sangat
kena makan sesuatu nie
aku pun pergi ke dapor dan masak air serta siap siap nak masak maggie..
aku dengar suara panggil nama aku "hisyam.. hisyam.."
aku tak terus menjawab.. tapi aku terus lari kepintu..
agak aku.. mad datang keumah.. ye lah.. dia dah lama tak datang..
tapi tak ada plak..
aku kembali ke dapor..
basuh lah apa yang patut kat dapor yang kiranya 70% kotor jugak la..
masa aku tengah bukak plastik maggie..
aku dengar lagik..
"syammm.. syammm"..
aku terus lari,.. dan memang aku rasa ada orang ketuk pintu..
macam biasa.. tak ada plak..
hmmm sebak aku.. sebab rasa macam mad balik setiap hari.. dan panggil nama aku suruh bukak pintu..
tapi mad dah ada rumah sendiri.. dan lokasi PJ jauh betul dari putrajaya..
dia dah setahun duduk kat umah aku nie
memang letih dan penat..
alhamdulillah.. dia dah berjaya ada rumah dan bilik berhias cantek kat bangi..

hmm..
aku terduduk sekejap,. dengan rasa yang tawar..
apalah nasib aku nie.. meniaga sana sini..
tapi tetap makan maggie..
hmmm
aku kembali kedapor.. dan tetibe.. talipon umah berbunyi
malas nya nak angkat.. kalau pak guard mintak setelkan bebudak yang kat bawah,.
aku pun angkat..
'hello.." aku menyapa..
"hello.. syam.. kat umah yer?".. tanya suara pompuan yang macam kak cik.. aku ingat kak cik asalnya..
"ha'ah ... kat umah".. jawab aku masih tertanya tanya
"akak siti ada laksa nie.. tunggu yer ada yang menghantar"... terus kak siti memperkenalkan dirinya..
alhamdulillah.. aku dapat makan maggie yang bertukar jadi laksa..
memang syukur sangat
ada yang menghidu aku dalam rasa tawar yang amat sangat..
hmmm sedap nyer laksa kak siti dalam panas panas tu..
anak nya kakak ngan adek antar.. tak der benda nak balas pun..
hmmm aku pun balun lah.. memang makan untuk 2 orang.. tapi sebab lapor.. aku balun seorang..
hmmm
terus aku nak sambung buat tesis aku yang tak siap siap nie..
malam nie.. aku nak tido lewat sikit
nak buat keje nak nak kemas umah..
mesin basuh plak rosak..
macam mana nak beetul kan ntah...
esoklahhh

Monday, September 20, 2010

Jamuan Hari Raya AidilFitri KKTM PJ

salam..
jenuh jugak buat poster nie..
tapi simple jer pun..

jemput datang yer..

Pagi Yang Cukup Sayu

salam..
pagi pagi nie..
aku dok basuh baju.. dan sedihnyer..
ada plak baju yang tersangkut kat celah tong mesin basuh..
namun.. aku akan cuba untuk buat sendiri..
nak pukul 3.. aku masih belum tido.. dan aku cuma mengemas 5 % sahaja..
memang tak der semangat nak kemas..
ntah kenapa la..

bile aku tengok blog aku nie..
penuh dengan kisah kisah sedih
tak ada citer yang happy heppy
semua penuh dengan duka nestapa..
kenapa yer..

start pagi ini..
aku tak mahu lagi bergelumang dengan duka nestapa dan merana semua ini
hidup aku penuh keindahan dan penuh keseronokkan..
dan pagi ini..
aku nak mengarang sebuah puisi dengan judul

*******************
Kau Pulangkan Rasa Itu
*******************

Tadi
kelibatmu datang dan pergi

Tadi
kehadiranmu bagai sesaat terlepa

Tadi
aku menatap matamu
disitu bertakung
air yang pernah tertumpah
tangis

Tadi
aku sempat mendakapmu
jemarimu terasa kehangatan
dan matamu
lari dari memandangku
apakah terlalu berdosa
untuk aku menyanyangimu

Tadi
aku terfikir akanmu
tentang rasa yang kau pulangkan
bersama
segala kenangan yang tercuri
dari album kecintaan
sesama manusia

syamputra
21 sept 2010
3.07 pagi

Sunday, September 19, 2010

Lagu Anuar Zain Mengiringi Aku Ke Petaling Jaya

salam...
pagi ini aku tersedar awal jam 5 pagi
dan terus menjengah hset aku yang dah terpadam
mungkin malam tadi ter on sahaja hset tu
habis batrynya..

aku melangkah ke opis aku jam 6.15.. masa tu mak dan kak long masih keletihan dan tidor
sayu hati aku ayah yang menghantar aku ke pagar dan menunggu kereta aku menyusur pergi
lepas memberi salam..
aku terus membelah angin dan perasaan ini bercampur baur..
aku plak.. sempat capai cd yang ayah jumpa masa dia mengemas bilik selepas balik kampung dengan ijal..
cd anuar zain
terus aku teringatkan zaman aku mula bekerja 8 tahun lepas
cd tu lah yang aku beli selepas cd yang sama tapi original dah patah..
memang cd anuar zain ini dah memang aku hafal 98% liriknya
rindu zaman di indera mahkota dulu.,.
aku pun bukak..
dari lagu rancak dan lagu sedih..
aku melalak ala ala konsert sorang sorang..
memang sedih lagu lagu dia nie
baru aku dapat amati betul betul
bukan sekadar melodi saja..
ini antara lagunya..

Rindu Belaian – Anuar Zain

Selama ini…
Ingin ku ngerti diri sendiri
Entah apa saja yang ku mahukan
Tiada petunjuk jalan
Biarpun apa terjadi
Semua ku tempuhi
Mahunya..
Biar ku merasa dari mula
Biarkan semua cerita berlalu
Secara tiba- tiba
Inginku rasakan lagi semua kisah berlalu
Tak mungkin
Korus:
Aku ingin merasakan
Belaian
Seperti yang ku idamkan
Di mana
Belaian
Yang ku impikan
Berkunjung tiba
Seketika atau selamanya
Bridge:
Janji terukir antara dua hati
Hanya dibibir tanpa disedari
Rindu belaian
Dimasa kesunyian
Mengcengkam diri
Terdampar sepi
Bagaimanakah
Ooo rasanya
Kau dihati hanya untuk sekali lagi…

Tok Janggut

Tok Janggut
Rahimidin Zahari


kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
aku murba perkasa kautuduh penderhaka celaka

aku tak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
suaraku tak mungkin semerdu seruling

aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
tujuh lapis langit terpikul di bahu
tujuh lapis bumi tercengkam di kaki

aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah

kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
dan kugenggam ideologi Rashid Redha

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
anak Kelantan kelahiran Pasir Puteh
Kampung Saring mahupun Jeram
adalah padang permainanku
adalah gelanggang silat
tempat aku memperlimaukan diri

aku pulang dengan siap sedia asal mula
sebagai lelaki anak jantan perkasa
aku siap sedia menitiskn darah ke ranting cempaka
ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
kuoleng mangkuk mimpi para tiran
inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Puteh

ringkik angin topan, sedialah kau
akan kuamuk kugetus kantung nyawamu
kalaupun aku mati di tangan bangsaku
aku mati sebagai pembela sejati

mutiara tetap mutiara
meskipun terpendam
di perut tiram
jauh pada dasar lautan!

Saturday, September 18, 2010

Bersajak Lagi

salam..
dah kul 2.30 ptg dah..
aku dah makan dan mak dan pun menghantar ina ke UMP. kak cik dan kakteh..
masing masing tak membantah disuruh ikut
memang adek aku 3 orang pompuan tu.. memang patuh cakap aku..
seronok dan sebak plak dapat adek adek yang baik macam tu..
mak plak memang tak reti nak penat..
masak rendang lah segala bagai untuk anak bungso dia nie..
memang manja lah sikit anak bungso..
tadi pagi.. sempat lah aku dok cerita zaman sekolah rendah dulu..
masa tu ina tengah bungkus kueh raya untuk dia kat UMP nanti..
aku cerita kat mak.. cakap,,
zaman raya dulo dulo.. kueh raya kami masak bahulu.. kueh ros..
pastu mak menjawab.. kakak ko.. nora masak biskut mazola..
memang lah biskut mazola tu sedap sangat.. nira buat
pakai kacang tanah
lepas tu aku cerita..
masak kelas buat jamuan raya..
kueh raya kat umah dah abis..
yang tinggal habuk kueh jer..
jadi nak adakan jugak.. mak buat cekodok pisang ataupun lepat pisang
aku dengan selamba bawak jer kat sekolah
memang lah malu sikit sebab orang lain bawak yang grand grand..
aku bawak cekodok jer. tapi tak pe..
aku memang muka tebal dari dulu
bile balik sekolah.. seronok giler aku dapat bawak balik banyak makanan
dan baru aku sedar.. kenapa aku suke tapaw makanan bile ada jamuan nie
sebab dari dulu.. aku mesti teringatkan mak bile ada makanan yang banyak
ye la..
selalu mak memang mendahulukan kami anak anaknya..
anak anak dia plak.. dulu masa kecik kecik tak hirau pun..
dapat makan.. berebut dan tak ingat kat mak pun..
sekarang baru sedar.. heheheh

oh ya..
aku baru balik dari jumpa cikgu lan..
hantar album gambar dia..
dan bagi lah sedikit cenderahati kat dia..
bagi key chain jer..
pastu jenuh aku nak cari surat khabar metro kegemaran ayah aku
memang dia nak jugak harian metro..
last last mengembara lah jugak ke kosas untuk dapat
singgah lah plak beli cendol..
ye lah.. bapak aku nie suke benor makan cendol..

aku nie masih dalam demam raya
demam terkejut
aku masa sakit sakit nie.. memang banyak plak idea nak bersajak.

***********************
Kembali ke garisan permulaan
***********************
sepanjang larianku semalam
aku melihat pecutanku kelmarin
dan sesungguhnya
telah sempurna perjalanan itu
meskipun masih berbaki
sederap langkah kebelakang

kembali kegarisan itu
permulaan yang tak dapat kuduga
dahulu telah kujangka
jejak ini pasti kembali semula
namun aku betah untuk percayainya
kini
aku sendiri yang berlari kebelakang
dan bermula digarisan permulaan
disitu asih belum terlewat
untuk aku terus berlari meninggalkan segalanya yang telah sedia ada
dan disitu
aku bangkit selepas jatuh
dan jatuh semula
pernah aku jatuh dan putus asa
namun
disitu emak menghulur tangan
dan ayah memapahku
dan semua adek beradikku memebrikan air padaku
aku kembali semula untuk berjalan
dan terus berlari

aku pasti
garisan penamat yang bakal aku jejaki
dapat aku nikmati
dan tika itu
aku akan menoleh belakang
dan membawa insan terbaik dalam hidup
emak, ayah, adek beradik ku bersama - samaku..
sempurna


syamputra
19 sept 2010
2.51ptg
ampang

DEMAM Raya.. Demam Cinta..Demam Kerja..

salam.
pagi ini aku tersedar kul 6 aku dah bangun
terlelap kat kerusi diruang tamu dan terus tertido..
memang aku kalau tido tak sedar diri..
dah 2 biji panadol aku telan semalam..
kuat kejap dan ini lemah balik
kalau aku di PJ memang terbaring je la aku..
kalau kat ampang nie
ada mak , ayah dan kak long
aku akan senantiasa bersemangat
bile berada di ampang
bile datang musibah.. masalah
ampanglah tempat aku tuju..
kalau aku suka , gembira... kat ampang jugak lah aku tuju
memang ampanglah syurgaku..
pagi ini aku terus tolong mak masak yang dah berkeletong keletak kat dapor
aku terus potongkan kacang panjang
potong tempe..
sambil tu aku masakkan nasi goreng satu kuali besar..
lepas tu aku terus masak sayur semua tu..
relax lepas tu aku dah rasa pening kepala dan cuba pikirkan hal hal duniawi nie
hmmm
memang susah nak aturkan hidup
dan aku sekarang lebih kuat dari sebelumnya
untuk berjaya memang macam nie
kini aku dah ada semangat nak niaga tupperware nie
perniagaan baru yang aku ingat.. boleh aku gandakan pendapatan sampingan aku

ini pagi ini aku nak karang sebait puisi pagi ahad

**********************
Terlena dalam waktu tersisa
**********************

Bersandar pada dinding waktu
kepiluan membuat aku menutup kelopak mata ini
dan lantas jendela mimpi terbuka
membawa aku pada dasar kehidupan baru
tika jarum jam warna merah berlari
dalam saat saat melewati masa berlalu

Berlari dalam mimpi itu
cukup mudah
masuk dan keluar
dalam babak cerita
dan ceritera
semuanya pantas berlaku
dan dalamnya
terkandung seribu hikmah
dan aku cuma mampu
mengutip
sisa - sisa kematangan
yang pastinya
kedut pada wajahku
adalah bukti
babak itu
sampai kepenghujungnya

syamputra
19 sept 2010
1.10ptg

Mungkin Dah Ketentuannya

salam..
semalam.. aku agak sedih
tapi tak tahu sebab apa..
mungkin terlalu letih dan terlalu ngantok..
aku balik ke umah aku di pj..
entah macam mana.. aku tido kat bilik aku..
terasa macam seram yang teramat
dan aku dapat rasakan ada sesuatu benda dalam bilik aku dan rumah aku
ye la..
rumah dah lama tak berpenghuni dan aku ngan bella sahaja yang berteduh di PJ..
oleh kerana aku tak berani sangat
aku terus sahaja mintak tolong member member sekitar PJ
dan berjayalah aku panggil 2 orang kawan aku ala ala kenal kenal biasa jer..
datang bantu aku untuk sejukkan umah aku yang dikatakan panas
menurut ustaz muda nie..
umah aku nie memang dari dulu lagi ada berpenghuni..
aku masuk dan tak pernah ganggu dia
so.. dia tak ganggu aku..
dia nak berkawan jer..

aku memang takut sangat..
siapa lah agaknya yang nak tolong aku..
esok lusa aku nak mintak tolong pensera .. pasang lampu kat umah aku..
dan pasang semua lampu dan bukak TV kuat kuat
aku kena tido kat luar bilik la..
tido dalam bilik penuh ketakutan..

pesan ustaz tu..
aku kena banykkan jaga kebersihan umah..
jadik..
aku nak buat operasi pembersihan dan masukkan semua barang aku dalam kotak..
supaya jadi sejuk kembali..

Satu Kejutan Raya

salam..
malam nie macam macam perkara berlaku..
pelbagai perasaan timbul
betul kata mak.. kalau orang terlalu suka.. akhirnya akan menangis..
memang benar
kita terlalu suka dan tak ingat dunia.. dan tetibe aku terusik dengan kata kata yang lahir dari bahasa badan
argghhhh.. mungkin nasib aku bbegini
aku tak tahu lah nak jelaskan macam mana
nak luahkan dalam sajak aku subuh ini..

tapi puisinyer tak siap lagik..
nantikan..

Thursday, September 16, 2010

Cinta Sekadar Luar Jendela

salam..
hari ini aku ngan linn ke Malaka..
pergi melawat deris dan nak round melaka la katanya
tapi malangnya..
dia plak ada temujanji lain..
terpaksalah aku ngan linna
mengadap each other kat Mc donald nie..
so. mengenangkan peristiwa yang berlaku dalam minggu ini
aku nak buat sajak lah..
ini nukilannya..

***********************
Cinta Sekadar Luar Jendala
***********************

menyingkap jendela waktu
ada perkataan yang tertinggal
dari lidah yang berbisa
menjiwai erti cinta
tanpa restu

menyelami kisah kasih sayang ini
aku tertipu dengan kronologi
babak - babak percintaan itu
dan simpati cuma seketika
aku mula mual dan muak
melihat zuriat
yang sama sedarah sedaging
terpedaya dengan hasutan syaitan

menyudahkan drama ini
aku menotakan sedikit bait bait rasa
dalam ungkapan berbau rayuan
telah terhimpun segala derita
yang tergaris dari balutan dusta
engkau pasti merana
kerna undangan tangan yang keji itu
tak bisa membahagiakan selamanya
emak, ayah dan keluarga jugalah
tempat juga
jatuh dan bangun
ketawa dan menangis
hidup dan mati

syam
McD- ayer keroh
5.32

Sunday, September 12, 2010

Bella Rindu Papa

salam..
bile dah 4 hari tak balik PJ.. aku terus terbayangkan apa nak jadi kat bella kat rumah..
bella tu lah anak aku yang ada.. tempat aku mencurahkan kaseh sayang..
ye lah sapa lagi
orang umah tak muncul muncul..
terpaksalah bella jadi teman tidor, gurau dan juga teman mandi..
bella.. ini mungkin kata kata bella dari jauh.. papa ilhamkan mungkin benar,,

__________________
Bella Kesian Kat Papa
******************

Papa
acapkali papa pulang
bella masih menanti dari hadapan pintu
tak pernah pula bella mengambil kesempatan untuk keluar

Papa
papa perasan tak
setiap kali papa pulang
bella akan berdiri dan minta di dukung

kadang - kadang papa dukung
kadang - kadang papa buat tak layan
maklumlah
mungkin papa terlalu letih bekerja

Papa
sekarang ini, rumah kita dah lain sedikit
susunan perabot dah selain lain
bella suka juga
bilamana yang bersepah dah tersusun
tapi untuk sehari dua saja

Papa
papa percaya tak?
bella selalu duduk depan muka papa
bila papa tidur
bella suka dengar papa keluarkan bunyi
yang kadang kala mengejutkan bella
tapi
tak sekalipun bella kacau papa tidur
kecuali bella rasa seronok
untuk berlari mundar mandir

Papa
sebelum malam raya
bella sedih
sebab papa tutup pintu bilik tidur
papa kata "jangan masuk"
bella nak masuk juga
tapi
bella takut kena pukul bontot
jadi bella tidur di sinki
tempat bella sepatutnya

Papa nak tahu tak?
Bella dah janji tak nak kencing atas tilam lagi
bella dah janji tak nak makan bersepah lagi
bella dah janji tak nak cakar papa lagi

Papa
lama dah papa pergi
cicak kat umah papa dah abis bella tangkap
nak tunjuk kat papa, papa tak ada
cepatlah balik papa
bella takut tidur sorang - sorang

kalau papa balik nanti
bella akan cium pipi papa
dan salam papa
sayang papa

syamputra
12 sept 2010
11.01 mlm

Thursday, September 9, 2010

10 Destinasi untuk 9 sept 2010

salam..
memang hebat kehidupan aku hari ini
memang nasib baik ayah tak ikut.. kalau tak.. mahu  ayah buka puasa tengah hari./
penat dan letih teramat..
ini kronologi aku hari ini..

5.00 bangun : tersadar dari lena yang ukup indah dipetaling jaya (amek surat beranak)

6.00 kemas - kemas dan mandi segala bagai.. termasuk bagi makan bella

6.30 bertolak ke ampang - ambil borang kak long

7.00 sampai ampang dan terus amek borang dan gambar kak long

8.00 sampai ke jalan reko. kajang @ bangi
8.05 naik lif dan terus ke tingkat 3. terkezut bile barisan orang beratur . panjang giler..
8.30 aku kuar jap barisan nak amek gambar passport
8.40 masuk balik barisan lepas amek gambar dan photostat I dan surat beranak
9.55 baru aku dapat angka giliran
10.30 hantar borang ke kaunter 9
11.20 bayar RM 100 ke kaunter 6 - buat passport baru
12.05 ke KWSP sebab ngantok giler.. kwsp kat sebelah bangunan tu jer.. amek statement

12.15 kembali ke imegresin. number masih 1150, ada 26 giliran lagi
12.20 zaharine all dari melaka.. tanya aku g jalan tar.. teus ada pakik guard.. tegur aku.. tak leh call dari dalam
12.30 sambung call dan call lola plak..

12.45 terus ke LHND - mintak borang taksiran - sebelah imegresen jer

12.55 ke pejabat pendaftaran negara - tanya pasal nama kak long - sebelah lhnd jer..

1.05 datang balik ke imegresin : nunggu passpost aku siap..
memang dah siap dan seronok sangat di kaunter 16. bayar 4 hinggit untuk sampul passport..

1.10 bergerak ke kajang nak ke satay sahmuri.. ayah pesan satay..

1.15 ke balai polis. aku jenuh disoal ngan guard tu.. dia tak caya aku dapat interview jadi inspektor..

1.20 aku tanya ke kaunter.. dia kata orang yang pegang surat tu.. dah rehat..

aku rasa nak sambung lah sat.. nak kemas umah...

Tuesday, September 7, 2010

Bella : Jangan Menangis Yer

salam..
baru tersedar jam 10..
lepas bangun menghirup air kopi yang begitu enak sekali
mata tak mampu nak menongkat untuk sedar
terus rebah dan lena dibuai angan angan dan mimpi..
aku terus call ayah dan berjanji untuk menjalankan kerja seperti yang dipinta

nak tinggalkan umah nie sayu sangat
banyak pengalaman yang aku lalui selama berada kat kolej nie..
sayang nak tinggalkan semua ini
demi syawal..

****************
Papa Pergi Sekejap
****************

sayangku
papa pergi sekejap
ke taman halaman
kampung papa dibesarkan

sayang
papa pergi sekejap saja
ke kampung cahaya
tempat papa disekolahkan
jangan ditangisi sayangku
akan kembali papa
bila waktu menjelma kesiangan

bella
jaga dirimu baik baik
papa pergi tidak lama
esok
kita akan bersama
membuai rasa jiwa
dalam sebuah destinasi waktu
berbeza

syam
10.55 pg
8 sept 2010