Tuesday, August 17, 2010

Biarlah Jauh itu Dugaan Ramadhan

salam..
hari ini aku senang hati berbuka puasa kat umah mak..
tapi aku masih banyak benda yang tak sudah sudah lagi..
tesis MBA aku masih tak setel lagik..
nak kena jugak duduk seharian buat benda tu..
aku tetap tenang bile berada kat umah mak.. mudah nak tido dan berselera nak makan..
semenjak dua menjak nie..
alhamdulillah.. rezeki aku bertambah tambah..
bukan dapat duit.. tapi perjalanan kehidupan aku tak ada pancaroba pun..
mudah dan lurus..
namun ada lah jugak cabaran dan dugaan bulan ramadhan tu..

apa apa pun.. aku tetap rasa seronok dan bahagia..

hari nie balik umah mak ayah.. kat ampang
amek masa 1 jam setengah..
selalu aku balik kalau pagi pagi.. 30 minit dah sampai..
memang penangan jalan jem buat aku banyak berfikir dalam kereta..

esok plak aku tak ada class.
nak setelkan semua keje hakiki aku..
dan khamis nie.. aku dijemput baca puisi kat MARA..
alhamdulillah.. ada jugak orang nampak bakat aku..
moga moga bersinarlah bakat aku yang baru nak berjinak nie..

sabtu nie.. memang tak sabar nak ke UPM.. jumpa budak budak tradisional..
nak ajar pantun dan syair..
aku kali ini nak siapkan module sikit untuk diorang..

malam nie aku nak cuba cuba berpuisi lagik..
tajuknya..

_______________________

Jauh itu Mengikat Kasih Kita
_______________________

melurut mimpi mimpi
pada piramid peraduanku
aku cuba menelah

sedalam mungkin
dan meramal sebijaksananya
petanda dan kronologinya

kejauhan cinta kita
menuntut aku menghargai
saat saat bermakna
tika dugaan menimpa

ramadhan ini,
kita berlari lari dipermukaan waktu
dan engkau terjatuh tika aku kejauhan
dan aku mengundurkan langkah
memegang tanganmu
dan kemudian kita berlari bersama

syam
ampang
17 ogos 2010

Sunday, August 15, 2010

Berlari Mengundur Masa

salam..
aku baru balik dari pasar jalan othman
beli ubi kentang dan sikit bawang..
nak buat kueh karipap petang nie..
petang nie.. aku nak berbuka kat umah.. nak sambung kerje keje ubaisuai rumah
dan nak buang apa apa sampah yang tak sepatutnya..
aku nak cuba buat kueh karipap..
nak frozenkan.. senang aku gireng.. bile aku nak makan..
cume ikan bilik tak der nie.. ataupun gading cincang.. nampaknyer nak kena kuar lagik la beli..
balik dari pasar aku terus g penduakan kunci..
lepas tu aku terus masuk opis dan bagi kunci tu kat boss..
seronok bile boss ketawa dan suke..
inilah aku ada idea nak buat sajak lagik nie.. semua sajak nie..
aku nak pilih dan terbitkan dalam antologi puisi aku..

********************
Terlupa untuk ketawa
********************

menghampir waktu yang terlepas
aku tidak pernah terfikir
akan riang yang membalut kehidupan
suka dan duka yang terpahat
pada kayu waktu
seolah olah datang dan akan kembali

melalui denai yang semakin sempit itu
aku dipimpin tangan sehingga pandai berjalan
dan terus bijak berlari
tanpa melihat dan memimpin kembali
jemari itu

merenung sejenak
kisah itu mengamit tawa kecil dibibirku
betapa indah senyuman
dan usikan jiwa yang mewarnai
kanvas kehidupan itu
kini baru aku mengerti
ketawa itu
bukan sahaja ketika suka
namun ketawa tika airmata
berteman sendu tangisan.

syam 2.20ptg
pj
16/8/10

Tidak Salah Berundur

salam..
inilah masa yang sesuai nak tulis
dalam keadaan yang tenang sebenarnya banyak keje yan perlu aku lakukan..
tapi aku cool jer..

petang nie.. aku nak setelkan semua keje opis..
pastu nak call supervisor aku kat UKM.. dan mula buat tesis..

ptg nie jugak nak mengemas umah..
nak dapatkan kembali suana yang baru kat umah aku..
supaya aku boleh bersemangat nak keje..

aku nak berpuisi sikit..
tentang tajuk

"Tidak Salah Berundur"

langkah ini sudah setahun mengatur jejaknya
aku meniti gerak dan menghalakan geri
pada kesudahan garisan kehidupan
yang entah bila pemutusnya

Meletakkan sejarah dihadapan
sebenarnya memerlukan kekuatan
aku saban hari terbelengu
dengan kehidupan silam
yang pernah bahagia

Membayangkan hari esok
tidak salah aku kembali berundur
dan melihat langit diluar
cerah ataupun mendung
kedua - keduanya memerlukan
aku memegang payung
kerna keduanya
menuntut aku bersedia
sebelum terbuang

syam
pj
16/8/2010

Wednesday, August 11, 2010

Bella dan Tragedi Mimpi

salam..
selalunya aku akan tido dan sangat nyenyak tidor..
kali ini aku tido jam 1 dan tersedar kul 4.30 untuk bangun sahur..
lepas sahur dengan air mineral satu botol..
aku terus tidur dan termimpi plak tentang bella..

masa tu aku ngan apez dalam satu kawasan tinggi dalam 13 tingkat kot..
keadaan rumah yang ala ala tingkap tak bergrill..
entah macam mana.. aku dipanggil oleh apez..
"syam .. syam .. tengok nie.."
aku seronok lah tengok gelagat apez yang melambung lambung bella..
"tengok nie" apez cakap..
terus aku terkelu nak berkata apa apa..
apez lepaskan bella yang sedang didukungnyer ke bawah sampai aku menoleh kebawah yang ada bas datang nak gilis bella..
lepas bas tu lalu.. bella masih dalam keadaan sempurna..
dan aku tengok dia masih tak bergerak..
apez terus cakap..
"bella hebat.. mesti tak ada apa apa"
aku tak tercakap apa apa pun.. terus lari mendapatkan bella yang tengah tersadai kat jalan..
masa sampai kat jalan.. memang aku tengok bella parah dan masih boleh bangun..
dia berjalan dengan pelan pelan..
aku terus berlari dan sambut dia.. dan dukung dia..
tahu tahu jer.. kepala bella dah terkulai layu..
aku memang meratap bella.. masa tu..
sedih lah sebab dialah tempat aku meluahkan segalanya..
tempat aku main main dan bergurau senda..
tempat aku melapaskan marah..
tempat aku berkongsi sepinggan makanan dengan dia..

bile aku bangun..
bella dah kat depan muka aku..
mungkin dia hairan kot aku mengigau..
sekarang kedudukan rumah bertukar sedikit..
dah ala ala.. lain.. bella tengah nak sesuaikan diri dia la tu..
memang mimpi tu buat aku amek bella dan pelok dia kuat kuat,..
"bella.. papa sayang bella taw "
ini gambar rumah sebelum pengubahsuaian..

Monday, August 9, 2010

"Semakin Jauh" - Kata Bella

salam..
gambar hiasan ini adalah gambar aku meninggalkan bella masa nak ke UIA jumaat..
bella tak bagi aku tinggalkan dia.. dan dia nak ikut..
sedih aku bella macam tu.. aku tak marah sikit pun dia.. bukan salah dia..

lama juga tak menghasilkan puisi..
aku rasa.. dalam seminggu aku kena buat paling kurang sebuah puisi..
akhir tahun.. antologi puisi aku akan berjaya dikompilasikan..
hari ini aku di Hotel City Villa..
ada bengkel untuk pemetaan MQA learning outcome
aku belajar dan tengok jer.. nak mendalami bukan subject aku..
subjek subjek KKTM dan IKM..
aku kena buat sensorang..
so.. malam nie aku akan buat sensorang..
nak tido kat hotel rasa macam malas plak..
nak balik PJ atau pun nak balik Ampang..
oklah..
aku nak hasilkan puisi ini..
moga boleh baca dalam baca puisi di Kl central.

___________________
Jauh dan Semakin dan ..
___________________

mengejar langkah - langkah yang tertinggal
aku tenang mengekori
dan cuba sedaya yang ada
jauh meninggalkan sejarah
membawa sebuah rasa
pada pengganti yang setia

awan langit yang kupandang
terpaksa ku dongakkan pandangan
menikam mata silauannya
tetap juga ku ingin terbang
membawa cinta dikayangan

bila mendung datang
kita sama sama berlari
dan berteduh pada balik dahan
disitu aku pernah basah
lantas engkau memayungkan tubuhmu
agar aku terpelihara
seadanya

pernah kini aku menduga
kejauhan itu akan pasti
dan engkau akhirnya meminta
dan seperti sebelumnya
jauh itu adalah pada namaku

dan
sebenarnya aku kesal
kerna terlupa mengucapkan
"terima kasih"
pada payung kasihmu
seketika dahulu

Friday, August 6, 2010

Letih Yang Berbaloi

salam
hari ini aku masih tak tido..
rasa syukur hari ini.. perjalanan aku Allah lindungi dan aku rasa tenang sepanjang hari
alhamdulillah..
aku ditemani ngan zul dan banyak bantu aku..
zul tolong amek gambar dan vedio
disamping aku ada teman bual
harap zul dapat belajar dari apa yang aku praktikkan untuk dia gunakan skill tu
bertuah zul.. belajar dan ditunjuk ajar..
namun.. aku pun banyak belajar dari zul tentang kehidupan..

pagi tadi aku memang tak larat sebab program BBQ yang penat
nak basuh ayam dan merinate..
nasib zul ada.. tolong kemas dapor dan basuh ayam..
tapi aku seronok boleh belanja orang makan..
terus susah nak bangun pagi..
aku tetap g kelas kul 10.30 dan edar kertas soalan periksa..

lepas class aku terus menyiapkan kerja aku dan bantu faezah buat buletin..
kesian kat faezah yang betul betul penyabar tu
dia memang baik dan mudah nak keje ngan dia..
dia pun banyak tolong aku..

lepas tu.. aku terus terima tetamu iaitu mirul.. yang bagi aku note pad sampai kat umah..
nak dekat 100 jugak dia bagi.. alhamdullillah.. syukur dapat sumbangan..
lepas tu aku ngan zul terus ke UIA..
tak sangka kejap je dah sampai..
3.30 dah sampai depan dewan besar UIA tu..
kul 4 terus mulakan ceramah aku dengan jayanya..
memang aku buat habis baik dan gugup nak bagi ceramah tu dah semakin kurang
mungkin sebab aku dah biasa bari ceramah dalam kelas..
bersahaja sahaja.. aku bagi
lebih aktiviti dan lebih interaksi..

lepas bengkel aku terus ke masjid..
mandi dan carik info untuk buat puisi sebelah malam
sebab ada acara kat rumah pena..
aku pun buat dengan letih dan ngantok..
sengaja aku tak nak tido
nanti berdengkur
zul jugak nyenyak tido dalam iman..

lepas semayang magrib.. aku sambung buat puisi dan 8.30 terus ke tempat perasmian..
tak sangka plak sampai ke tempat tu.. semua orang bangun dan salam aku
memang sah.. semua salah orang
diorang ingat aku nie VIP ker.. ala ala profesor la plak..
lepas tu borak sakan plak ngan delegasi yang dibawa oleh cik siri neng buah..
memang mencabar kalau orang anggap aku nie profesor kat UIA..
memang manis mulot mantan rektor dari universitas markasar. indon

jam dah 9.30 malam
aku naik cuak dan signal kat azree nak keluar
aku terus cakap kat delegasi nak keluar baca puisi..
terus semua bangun dan salam..
wah.. bangga plak aku..
macam vip la sangat aku nie..
memang diorang silap orang..
lain VIP .. lain plak yang disalam..
tapi insyallah.. aku akan jadi macam tu jugak akan datang..

langsung ke rumah pena.. aku pun ikur gombak dan terus lalu jalan kuching
tapi tak jumpa plak jalan dewan bahasa..
tapi aku terus lalu jalan ke sungai besi dan lalu kat jalan biasa ..
alhamdullillah..
memang sampai kul 10.20
terus lola dengan cool nyer ajak aku baca baca sekejap kat dalam rumah pena..
memang sekali je praktise dan terus baca kat pentas..
memang best duet ngan lola.. ada keserasian..
aku suke!!!
lepas tu aku didatangi oleh sorang pakcik
aku pun punya lah borak..
last last dia tanya..
aku kenal dia ker?
aku ngaku jer.. tak berapa tahu tuan..
dia kenalkan diri dia "Dr ahmad razali"
masyallah.. ini lah antara penulis yang aku suke dalam sajak..
sajak santai dan penuh kelembutan
terus aku amek gambar depan pentas..
lepas balik..
terus kemas kete sikit
dan basuh baju kat umah
serta basuh pinggan dan masak cup cake..
bestttt
untuk sarapan esok di UPM...

Saturday, July 31, 2010

Lama juga tak berkarya

salam..
hari ini aku pagi pagi pergi beli roti canai 5 keping.. saat tu ayah mak, kak long ngan kak teh masih lena..
aku macam seronok plak nak bangun awal.. ye lah rindukan seseorang yang jauh...
dimanakan WKB ku,.
lepas tu.. WNJ aku .. plat number dah tercicir kat mana ntah..
aku nak buat petang nie la..
kul 9.30 nie aku ada janji ngan apez ngan lola nak g kenduri kat nogori sombilan..

dalam minggu nie dan minggu depan memang banyak perkara yang berlaku,.
ada suke dan ada yang duka..

yang kureng sikit
1. makcik yang nak bagi aku baju pengantin ala ala tak leh nak hubungi aku .. dia dari johor datang Kl dan terus balik bile tak dapat nak call aku.. hset aku nie plak tak leh ON..
2. aku terpaksa tolak tawaran fasi PLKN.. sebab masa tu tak mengizinkan aku..
3. aku tak hafal puisi petaling jaya.. dan berjaya sekadar nombor 4 sahaja
4.

yang best
1. Johan Pertandingan deklamasi puisi anti rasuah.
2. dapat jemputan untuk rakaman rancangan tanyalah ustaz . tv9
3.spegity yang aku masak tu.. licin dihabiskan kawan kawan kat opis.
4. kelas QKB aku semakin ramai dan bebudak tu semua baik baik dan agresif
5. dapat tawaran sabtu ahad depan nie
6. dapat tawaran ceramah pantun kat UIA
7.bakal realisasikan program deklamator aku ngan lola..

memang seronok bile dinobatkan sebagai juara dan bile dilaungkan nama aku
terasa syukur sangat
alhamdullillah.. mak aku datang, kak teh, kak cik ngan chak, mamat ngan moon serta alysya..
madan, mirul ngan zulfakar pun ada turut bagi sokongan..
memang best sangat.

harap harap tuah berkunjung aku...
bulan depan dah puasa.. aku nak banyakkan mengaji dan banyak beribat bulan puasa..
tak sabar nak menanti ramadhan..