Saturday, July 31, 2010

Lama juga tak berkarya

salam..
hari ini aku pagi pagi pergi beli roti canai 5 keping.. saat tu ayah mak, kak long ngan kak teh masih lena..
aku macam seronok plak nak bangun awal.. ye lah rindukan seseorang yang jauh...
dimanakan WKB ku,.
lepas tu.. WNJ aku .. plat number dah tercicir kat mana ntah..
aku nak buat petang nie la..
kul 9.30 nie aku ada janji ngan apez ngan lola nak g kenduri kat nogori sombilan..

dalam minggu nie dan minggu depan memang banyak perkara yang berlaku,.
ada suke dan ada yang duka..

yang kureng sikit
1. makcik yang nak bagi aku baju pengantin ala ala tak leh nak hubungi aku .. dia dari johor datang Kl dan terus balik bile tak dapat nak call aku.. hset aku nie plak tak leh ON..
2. aku terpaksa tolak tawaran fasi PLKN.. sebab masa tu tak mengizinkan aku..
3. aku tak hafal puisi petaling jaya.. dan berjaya sekadar nombor 4 sahaja
4.

yang best
1. Johan Pertandingan deklamasi puisi anti rasuah.
2. dapat jemputan untuk rakaman rancangan tanyalah ustaz . tv9
3.spegity yang aku masak tu.. licin dihabiskan kawan kawan kat opis.
4. kelas QKB aku semakin ramai dan bebudak tu semua baik baik dan agresif
5. dapat tawaran sabtu ahad depan nie
6. dapat tawaran ceramah pantun kat UIA
7.bakal realisasikan program deklamator aku ngan lola..

memang seronok bile dinobatkan sebagai juara dan bile dilaungkan nama aku
terasa syukur sangat
alhamdullillah.. mak aku datang, kak teh, kak cik ngan chak, mamat ngan moon serta alysya..
madan, mirul ngan zulfakar pun ada turut bagi sokongan..
memang best sangat.

harap harap tuah berkunjung aku...
bulan depan dah puasa.. aku nak banyakkan mengaji dan banyak beribat bulan puasa..
tak sabar nak menanti ramadhan..

Saturday, July 10, 2010

Kempen Bumi Hijau - Daerah Seberang Perai Selatan

salam..
pagi ini aku bangun awal giler..
dengan tekak kering sebab aircorn tak ingat dunia sejuk..

kul 8 . aku terus call kak dah..
tanya persiapan gotong royong..
memang sempoi giler..
aku dengan tak der teks juru acara
selamba badak pergi jadi pengacara..
apa lagi
buat pantun je la..

YB Adun sg acheh plak suke plak nak dengar pantun..
siap suruh aku pantun lagik..
aku pantang lah..
abis aku karang pantun...
tengah tak sama pun tak pe.. janji bunyi hujung ok.. dan pembayang simple..
ini antara pantun aku pagi ini..
memang puas hati aku tadi.. cuma aku punya singlet lupa nak bawak..
abis lah peluh sampai ke ketiak..
nasib tak dekat kat orang sangat..
gambar gotong royong tu.. kemudian aku letak yer..

oh tadi sempat aku call mak.. tanya khabar?
mak tak ikut pun pergi pahang
kak nora yang hantar naik van..
sedih aku semalam tak sempat nak bagi hadiah hari jadi kat ina dan kak chik
tapi tak pe.. next time.. aku pasti pergi
aku kena bekorban..
nak belajar ilmu usahawan ini kena ada sedikit pengorbanan sikit..
itulahh dia..



Pantun Kempen Bumi Hijau



Daun selasih corak selendang

Dipakai manis cantik terserlah

Terima kasih kesudian bertandang

Semoga majlis tambah meriah



Tumbuh dahlia hujung pinggiran

Bunganya cantik daunnya lebar

Terima kasih majlis ucapkan

Ilmu ditimba elok disebar



Sungguh cantik bunga kasturi

Tumbuh subur tepi haluan

Terima kasih amanah diberi

Pedoman iktibar jadi panduan



Warna hijau daun selara

Dibuat jambangan sama kesuma

Hak dijaga alam terpelihara

Udara yang segar dikongsi bersama



Daun gugur sisir ke tepi

Mari kumpulkan penuh seraga

Pokok angkat dijaga rapi

Tanggungjawab kita sama sekeluarga



Harum mekar bunga seraga

Dipandang cantik dipegang indah

Alam sekitar sama dijaga

Amalan kebersihan bermula dirumah



Rimbun sungguh pohon angsana

Dahannya kukuh rantingnya rapat

Kunjungan YB penuh bermakna

Tanda sokongan ke rakyat setempat



Bawa perahu elok berdayung

Tuju seberang tanah setempat

Sama sepakat bergoyong royong

Silaturrahim pun semakin erat



Daun indah bunganya indah

Tumbuh merimbun didalam pulau

Ucapan sudah perasmian sudah

Kempen bermula bumi kan hijau

Mencari ketenangan sambil menuntut Ilmu Keusahawanan

alam..
aku kat nibong kali ke 3 nyer..
kali nie aku ada kursus masakan..
masak almond london, cup cake dan macam macam lagik aku belajar
memang percutian aku yang panjang nie.. agak penat sikit
tapi penuh dengan pengisian
pendek kata tak leh nak lelap mata langsung
ini antara yang aku pergi..
pergi pantai merdeka..
makan mee udang RM 10.. dan macam macam lagik..
memang gemok aku bile hari hari makan FREE kat kedai kak dah..
abang usop plak bawak g jenjalan kat merata..
seronokkk bangat..
aku memang berkobar kobar nak berbisness lepas nie...

Wednesday, July 7, 2010

Jumaat Cuti - yahoooo boleh pergi parit buntar & sg staq

salam..
entah kenapa rasa berat je aku nak meninggalkan KL nie..
ye lah.. nak bertandang ke sg staq..
aku rasa sedih dan sayu.. tak tahu la apa sebabnyer.
aku rasa sangat blurrrrr
mungkin ada sesuatu yang akan terjadi..

Friday, July 2, 2010

Baca Puisi malam ini.. - Puisi Palestin

gambar diatas nie.. saje aku letak buat semak semak sikit entry aku kali nie...
gambar kktm pj..



salam.. malam nie aku akan berduet dengan lola untuk baca puisi palestin..
memang lah aku penat tak ingat dunia.. tapi harap harap.. aku boleh berjaya sampaikan puisi dengan baik malam nie..
lama betul tak baca puisi ini...
ini puisi nyer..
tajuknyer..


Intifadah BUMI GAZA
Nukilan : Syamputra Razali
012-3993947

Menghalusi namamu
Seakan tersentuh hatiku
Menjiwai hatimu
Seakan tersentak naluriku
Memerdekakan wilayahmu
Mencagar nyawa , menuntut korban jiwa , raga

Simpati pada malapetaka
Dalam melihat pergolakan, detik hitam penderitaan
Anak – anak palestin… tragis, dengan pembunuhan
… tangis dengan kematian
Istiharkan “CELAKA”
Pada rejim Zionis
Yang kejam membenam hujan peluru
Menikam tubuh bertubi – tubi
Darah merah membasahi
Bumi Palestin dahulunya subur
Kian kabur dan semua harapan semakin lebur
Yang tinggal, cuma anak – anak Palestin
Membawa nisan dan menyusung keranda keamanan
Sambil melagukan sendu irama tangisan ditanah perkuburan

Akibat kezaliman, yahudi menjajah
Tanpa belas merampas
Hak asasi dipulas – pulas
Hilangnya waras, syaitan Israel mengganas
Dajal neraka mula bebas
Meratah insan yang tidak berdosa
Wanita hamil dirobek perutnya
Segenap anggota dipotong – potong
Tulang temulang dibakar renting
Kulit tubuh disiat – siat
Gadis dicabul, diperkosa, dibunuh dengan keji
Sehingga gugurnya pejuang keamanan
Yang cuma ada hanyalah batu digenggam ditangan
Menentang pertualang bersenapang
Akhirnya syahid bersemadi dibumi GAZA

Ayuh!, kita pancangkan panji jihad perjuangan
Meski jauh, kita mampu berdoa
Menyeru kesejahteraan untuk seluruh jiwa
Dibumi palestin
Agar … dikabulkan kebebasan
… dimakbulkan kemenangan
Syurga dipohon untuk gerakan intifadah
Berjuang mengembalikan kehormatan
Pulang kepangkuan GAZA

Thursday, July 1, 2010

Pengalaman itu adalah GURU

salam..
gambar hiasan diatas aku sajer letak.. ye lah.. gambar dapor aku.. tempat aku gelumang didapor nak masak masak sikit
daporr bujang.. macam nie la.. sepah sikit..

sekarang nie..
aku sedang mendengar ceramah sekarang ..
ceramah layar maya jer.. tanyangan ceramah melalui CD
memang ditempat aku nie penuh aktiviti..
satu per satu aktiviti bersilih ganti
memang terisi masa aku ngan aktiviti..
hari nie aku jadi MC.. memang spontan jer..
tapi tajuk dia memang best dan menyedarkan aku..
"enam jahanam" - 6 perkara tu adalah
1. meninggalkan solat
2. menderhaka
3. arak
4. riba
5. berzina
6. putuskan silaturrahim

inilah kebinasaan yang diperkatakan dalam ceramah yang aku tengok kul 6 pagi tadi..
kena jugak tengok sebab nak tahu apa intipati CD tu..

petang nie plak ada majlis penutup MSR (minggu silaturrahim)
harap harap menjadilah persembahan petang ini.
moga moga begitu la..

oh ya..
semalam..
jam 9.01 minit aku sampai kat depan pagar KKTM Beranang
aku dijemput jadi Juri persembahan MSR kat sana..
memang kira bagus jugak bebudak tu..
ada idea.. cume pengembangan cerita terlalu panjang..
dan aku rasa seronok sangat sebab dijemput..
yang jemput aku nie juliana..
rakan baru aku kat KKTM Beranang..

lepas abis permbahan.. dapatlah hadiah.. cantek  pasu tu (TQ jue)
lepas pengarah kolej tu.. dok duduk sebelah aku masa makan..
bebudak plak asyik dok berdiri.. nak abiskan protokol majlis..
aku terus mengiringi pengarah ke luar dewan..
dan terus pengarah tu ajak aku abiskan makanan aku tadi yang aku tinggalkan..
punya lah mesra alam pengarah tu..
nasib juri sorang lagi temankan aku..
nama dia mukris..
orang kelantan.. pengarah tu pun kelantan..
telo aku pun dah nak kelantan bile borak ngan dia..
ala ala seronok kot borak ngan aku yang ala ala rapoor ngan dia..
jam dah kul 11.45 mlm..
dia terus ajak minum teh plak..
aku terus kata "JOm haji".. padahal aku dah lewat nie..
tapi sebab fikir bukan senang nak minum ngan dia.. aku terus ON jer..
sampai kat kedai barakat.. sebelah kedai midon (kawan baik aku tu)
aku duduk kat restoran tu.. sempat lah jugak salam midonn..
masa order aku plak..
aku suruh haji tu7 order air dulu..
"teh tarik".. kata dia..
kat kepala aku terus kata.. kena ikut arah dia.. kalau order air tembikai.. lain plak budayanyer.
"kopi panas" terkeluar dari mulot aku.. ala ala minuman orang tua tua..
si mukris plak order MILO..
lain lah sikit.... ala ala moden sikit..
cume saat nie kena line yang betul..
mukris nampak kekok sikit minum ngan pengarah dia..
mungkin x biasa kot..
aku nie.. mengangguk jer cerita haji tu..
memang haji nie layak betul jadi pengarah..
minda dia penuh dengan ilmu..
dan kematangan memang terserlah..
1.35 pagi akui buat buat gelisah..
haji tu terus kata  nak balik..
lega jugak aku..
lepas dia hantar aku ke kereta..
aku kembali ke midoon dan  bual bual mesra..
lepas tu.. ada lah plak kawan midon datang dan cerita bisness berjuta juta..
meluat plak aku dengar
aku pun ala ala terus cakap nak balik..
tak larat nak dengar ceramah tak matang dan asyik kondem jer..
itu lah kisahnyer..

aku terus ke kete dan chek hset aku yang aku silent dan simpan kat beg camera..
mak ai 19 kali member aku call..
memang tak perasan
aku ingat dah padam dah hset tu..
rupanya ada sikit saki baki tu..
aku puas cari public fone.. nak call tak leh.. ada masalah hset aku nie..
so.. nak cari public.. sampai semenyih..
aku mintak maaf.. tak sengaja....