Thursday, July 1, 2010

Pengalaman itu adalah GURU

salam..
gambar hiasan diatas aku sajer letak.. ye lah.. gambar dapor aku.. tempat aku gelumang didapor nak masak masak sikit
daporr bujang.. macam nie la.. sepah sikit..

sekarang nie..
aku sedang mendengar ceramah sekarang ..
ceramah layar maya jer.. tanyangan ceramah melalui CD
memang ditempat aku nie penuh aktiviti..
satu per satu aktiviti bersilih ganti
memang terisi masa aku ngan aktiviti..
hari nie aku jadi MC.. memang spontan jer..
tapi tajuk dia memang best dan menyedarkan aku..
"enam jahanam" - 6 perkara tu adalah
1. meninggalkan solat
2. menderhaka
3. arak
4. riba
5. berzina
6. putuskan silaturrahim

inilah kebinasaan yang diperkatakan dalam ceramah yang aku tengok kul 6 pagi tadi..
kena jugak tengok sebab nak tahu apa intipati CD tu..

petang nie plak ada majlis penutup MSR (minggu silaturrahim)
harap harap menjadilah persembahan petang ini.
moga moga begitu la..

oh ya..
semalam..
jam 9.01 minit aku sampai kat depan pagar KKTM Beranang
aku dijemput jadi Juri persembahan MSR kat sana..
memang kira bagus jugak bebudak tu..
ada idea.. cume pengembangan cerita terlalu panjang..
dan aku rasa seronok sangat sebab dijemput..
yang jemput aku nie juliana..
rakan baru aku kat KKTM Beranang..

lepas abis permbahan.. dapatlah hadiah.. cantek  pasu tu (TQ jue)
lepas pengarah kolej tu.. dok duduk sebelah aku masa makan..
bebudak plak asyik dok berdiri.. nak abiskan protokol majlis..
aku terus mengiringi pengarah ke luar dewan..
dan terus pengarah tu ajak aku abiskan makanan aku tadi yang aku tinggalkan..
punya lah mesra alam pengarah tu..
nasib juri sorang lagi temankan aku..
nama dia mukris..
orang kelantan.. pengarah tu pun kelantan..
telo aku pun dah nak kelantan bile borak ngan dia..
ala ala seronok kot borak ngan aku yang ala ala rapoor ngan dia..
jam dah kul 11.45 mlm..
dia terus ajak minum teh plak..
aku terus kata "JOm haji".. padahal aku dah lewat nie..
tapi sebab fikir bukan senang nak minum ngan dia.. aku terus ON jer..
sampai kat kedai barakat.. sebelah kedai midon (kawan baik aku tu)
aku duduk kat restoran tu.. sempat lah jugak salam midonn..
masa order aku plak..
aku suruh haji tu7 order air dulu..
"teh tarik".. kata dia..
kat kepala aku terus kata.. kena ikut arah dia.. kalau order air tembikai.. lain plak budayanyer.
"kopi panas" terkeluar dari mulot aku.. ala ala minuman orang tua tua..
si mukris plak order MILO..
lain lah sikit.... ala ala moden sikit..
cume saat nie kena line yang betul..
mukris nampak kekok sikit minum ngan pengarah dia..
mungkin x biasa kot..
aku nie.. mengangguk jer cerita haji tu..
memang haji nie layak betul jadi pengarah..
minda dia penuh dengan ilmu..
dan kematangan memang terserlah..
1.35 pagi akui buat buat gelisah..
haji tu terus kata  nak balik..
lega jugak aku..
lepas dia hantar aku ke kereta..
aku kembali ke midoon dan  bual bual mesra..
lepas tu.. ada lah plak kawan midon datang dan cerita bisness berjuta juta..
meluat plak aku dengar
aku pun ala ala terus cakap nak balik..
tak larat nak dengar ceramah tak matang dan asyik kondem jer..
itu lah kisahnyer..

aku terus ke kete dan chek hset aku yang aku silent dan simpan kat beg camera..
mak ai 19 kali member aku call..
memang tak perasan
aku ingat dah padam dah hset tu..
rupanya ada sikit saki baki tu..
aku puas cari public fone.. nak call tak leh.. ada masalah hset aku nie..
so.. nak cari public.. sampai semenyih..
aku mintak maaf.. tak sengaja....