Thursday, May 6, 2010

Artikel 1 : Tip Memilih Juru Gambar Perkahwinan Anda ?

salam.


Terpanggil untuk menulis berkisarkan tentang permasalahan bakal raja sehari. Antaranya adalah masalah mencari katering, pelamin, baju pengantin, kad kahwin, senarai jemputan dan juga upah juru gambar. Kesemua masalah ini adalah masalah yang boleh diselesaikan dengan dan memerlukan kos dan pilihan yang tepat. Jika anda perasan, kenangan untuk majlis perkahwinan ataupun kenduri ini cuma menjadi sejarah dan terakam didalam kepingan - kepingan gambar yang menarik dan memberikan makna. Jadi, antara pelbagai perkara dalam pengurusan majlis, memilih juru gambar adalah yang paling penting untuk merakamkan detik - detik yang indah kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup (kalau boleh) dan lebih molek dan elok jika gambar yang diambil dan terakam itu bermakna iaitu dalam erti kata cantik, menarik dan sudut - sudut yang diambil memberikan keindahan yang tersendiri. jadi, pilihlah juru gambar yang betul betul mahir dan mampu memberikan gambaran lensa yang mengagumkan. Terdapat 3 TIPS memilih juru gambar. Antaranya iailah :



1. Pilih melalui keserasian pengantin dan jurugambar

--> juru gambar yang dipilih haruslah mesra pelanggan dan pendek kata meriah mulut dan tidak hanya berdiam diri. Paling malang, juru gambar anda mungkin sombong dan mahu cepat balik.


2. Cari jurugambar yang sedikit pengalaman

--> walaupun anda mahukan yang murah dan cantik, anda perlu tahu, bayaran anda itu melambangkan kualiti gambar yang anda ingin kan. jangan salahkan jurugambar yang tidak mahir dan mengharapkan gambar yang menarik. kebanyakkan jurugambar yang baru, akan memulakan pakej mereka dengan harga yang merah sebagai permulaan mereka. Jadi jika gambar majlis perkahwinan anda tidak menetapi citarasa anda, nasi sudah menjadi bubur.


3. Jangan berkira tentang bayaran tentang aspek fotografi ini

--> Jika anda mampu untuk membayar harga katering yang mahal sehingga 20 ribu dan 15 ringgit sekepala, apalah salahnya jika anda memberikan bujet atau peruntukan dari keseluruhan untuk bayaran jurugambar anda. anada berkira soal gambar perkahwinan, anda mungkin terlepas memori yang indah semasa majlis perkahwinan anda.



Tip yang saya nyatakan itu antara beribu tip yang boleh dikongsi. insyaallah, saya akan sambung untuk sesi seterusnya.


wassalam


yang menulis,


syamputra

012-399 39 47

http://syamphoto.fotopages.com