Friday, June 18, 2010

You Are Alone

salam..
"you are alone".. itulah kata kata nasihat dari tuan haji mad rahim, panel ke 4, semasa forum discusi sempana sambutan hari pendidik peringkat MARA di dewan perdana felda semalam. 17 jun 2010.
aku yang diduduk berteman zarine.. ringan jer kaki melangkah ke microfon dan terus memperkenalkan diri.
aku tak perasan samaada aku bersuara KLCC atau tidak.. yang penting aku cukup bersahaja dan bercakap dengan emosi yang terkawal..

"nama saya NOORHISYAM RAZALI dari KKTM Petaling Jaya. saya merupakan seorang guru yang baru setahun jagung dari bidang dan saya terpanggil apabila mendengar bait - bait terakhir kata bicara panel ke 4 yang mana mengatakan bahawa 100 kebaikan yang dilakukan apabila satu sahaja keburukan yang dilakukan.. orang akan memandang kepada 1 yang terjadi itu.. jadi.. apakah dan bagaimanakah untuk saya mengharungi detik dan saat itu bilamana kemungkinan itu datang kepada diri saya dan saya pastinya akan terpanah dengan perkara ini bak kata orang.. nila setiktik yang boleh merosak susu sebelanga.. dan minta pendapat panel untuk memberikan air penawar dan tips dari kekalutan jiwa ini."

begitulah kata kata yang aku spontan jer cakap.. walaupun aku dah sikit sikit karang kat hset aku
namun.. bile camera dah berfokuskan kat aku.. jadinya.. aku memang selamba jer lah jawabnyer melontarkan soalan..

bila abis sahaja aku beri soalan tu.. orang dok bertepuk tangan dan aku compius.. diorang tu tepuk sebab apa?..

bile panel dah menjawab.. aku ambil langkah save dan harapan aku.. agar siapa yang termakan cili.. dia akan merasa pedasnya..

you are alone tu merujuk pada.. keyakinan diri ini.. hanya aku yang dapat ubah dan kawan kawan jadi sokongan.. flora, mad, apez.. semua jadi tulang belakang aku.. dan diri aku yang boleh bantu diri aku sendiri dari sudut berdepan masalah ini.. dan diri ini jugak yang menjadi penentu utama sama ada aku boleh bertahan atau tidak..


oh ya.. bile dah abis forum tu.. aku ngan zahrine lah yang paling awal makan..
kami duduk kat tepi buffet yang penuh dengan makanan yang sedap gilersss..
bile dah ramai orang.. rupanya aku duduk kat tempat makcik makcik..
abis satu meja.. geng geng pompuan semua duduk..

yang sorang tu.. dok tanya aku dari mana?.. dan nak masukkan anaknya..
yang sorang lagi.. tanya tu tanya ini..
dah macam nak kena soal siasat plak..
aku pun makan ala ala pengantin baru.. sopan teramat sangat..

yang best dan mengembangkan bontot aku..
soorang makcik tu.. cakap..
"u ke yang tanya soalan tadi?.. "
aku jawab "ha'ah.. saya lah.." sambil aku tersengeh..
"nampak hensome pulak bile berdepan ini" dia menambah..
"ye ke puan.. biasa biasa je la.. " aku cuma mampu menyambung sengeh..

ada plak seorang makcik tepi tu menyampuk..
"suara u lunak merdu.. boleh jadi juru hebah.. komersil" dia memuji
"heh heh heh heh." aku sambung gelak gelak manja.. tambah sikit gedik..
zahrine sebelah aku.. makan dan terus makan.. siap tambah buah lagi.. aku jugak yang kena interview..
makcik makcik tu.. rupanya semuanya penolong pengarah kat MRSM MRSM masing masing..
umur diorang rata rata 50 an dah..

dan lepas tu.. aku terus ke surau dan solat terus aku balik ke tempat duduk untuk acara penyampaian anugerah..
perasaan masa tu dapat control lagi..l tapi bile tengok pencapaian pemenang.. aku jadi ralat dan sangat marah..
tapi biarlah..
biar aku dan fail aku yang mengetahuinya..
lepas tu.. masa keluar nak minum petang..
aku ternampak van KPM Beranang..
aku terus berlari.. dan mencari isi van tu..

dalam hati aku.. " ada jugak rupanya"
encik zul.. apa khabar?
"ohhh DR YATIM PUN ada.. sorry tak sempat nak KEJAR Dr dalam dewan tu.."
aku terus berjabat tangan dan rasa puas bile perkataan KEJAR tu buat dia terkejut dan mungkin dia dan aku sahaja yang faham apa maksud KEJAR tu..
aku rasa lega sangat dan terus pergi makan..

minum petang bihun.. bile nak balik,.. aku gunakan keupayaan aku repoor sampai dapat macam macam makanan .. makcik tu tapawkan aku.. makcik kathering tu lah menapawkan aku..
alhamdulillah.. aku ngan zahrine borong daging kicap dengan bihun..
sampai umah.. punyalah best bile semua orang makan..
aku rasa seronok sangat..

lepas maghrib.. aku terbongkang tidooooooooooooooooooooooooooooo
kul 11.30 baru ayah gerakkan aku.. nak balik PJ..
rindu kat bella.. kalau bella ini marah.. dia mesti menjeling macam muka ini..