Wednesday, March 31, 2010

Kecewa kesungguhanku tak dihargai

salam..
jam 6.00 pagi aku dah celek mata.. terus fikirkan yang budak budak kelas HND 2c dan HND 2E
masih tak buat exercise yang mantap untuk duduk exam senin nie
aku sampai demam sebab fikirkan yang bebudak nie nak exam tak cukup bekalan
tapi bile jam 7.50 pagi
dapat call..
"cik.. class ada ker?" dengan nada ngantok..
"ada.. macam biasa" jawab aku dengan semangat
"ngantoklah cik.."balas pelajar tu
"kalau ngantok .. tidor jelah.. dah bangun nanti datang kelas yer" jawab aku yang penuh baik dan lembut

mungkin aku terlalu faham sampai ada plak students yang berani tunjuk rasa tak minat kat  subjek aku nie
mungkin ke aku ngajar tak faham
atau aku ngajar mengantok
aku yang kena muhasabah diri..
ye la.. mungkin subjek aku nie kena lebih interesting.. baru budak budak ternanti nanti nak datang
kalau tak dapat datang atau terlepas nak datang..
macam satu kerugian .. seumpana terlepas g tengok konsert berbayar

untuk menjadi guru.. aku dah lali sebenarnyer dengan sikap pelajar
pengorbanan aku
kesungguhan aku..
memang kenkadang tak dihargai..

tadi jam 9.30pg
aku turun ke bilik guru nak fotostat soalan last sem..
bile aku nak naik.. jam 10.02 pagi
bebudak semua dah balik..
memang menyedihkan..
aku rasa nak jer aku buat tak tahu dengan bebudak tu..
tapi aku ingat pesan mak..

"bebudak tu rezeki.. jangan kita persia kan.. nak berkat rezeki kena ikhlas mengajar"
itu kata kata mak..

bile tengok dan terserempak dengan bebudak yang aku penah ajar
kenkadang diorang tak tegur dan buat tak nampak jer..
sedih jugak..

tapi tak semua macam tu..
ada jugak anak murid aku sampai sekarang ingat aku..

mirul..
itu jer yang boleh aku ingat.. heheheheh

yang lain.. mereka mungkin pandai tanpa bimbingan aku..

kalau ikutkan.. aku masih ingat cikgu yang mengajar aku masa sekolah, matrik dan kat universiti..
cikgu dalila destagir, cikgu lela..
semua cikgu yang mengajar aku .. sekalipun cikgu chan yang aku tak suke sangat tu..
tetap aku hargai jasanya..
bile jumpa.. aku nak saja peluk nak berbual..

tapi bebudak sekarang lain..

mungkin salah aku
terlalu berlembut dan manjakan diorang..

aku berserah sahaja...