Thursday, January 28, 2010

Jumaat Terlewat seminit !!

salam..
hari nie bagaikan hari yang santai untuk aku
class tak der.. dan rasa macam heppy jer..
masuk keje pun punch lambat seminit..
aku mengubah sudut komputer aku dengan selamba..
ye la..
nak buat keje senang nak taip
aku nie dah besar
key board kena kat atas meja sikit
baju senang..

oh ya..
hari nie aku pakai lah seluar baru yang baru sekali basuh
ala ala seluar polo mahal punya..
entah la.. nak kena balik ampang jugak.. sebab nak suruh mak aku jahitkan
seluar dah koyak tak ingat dunia
sampai atas koyak sebab tersangkut kat pemegang kerusi..
bunyi kuat..
nasib la.. kak shima je yang nampak..
kak shima bagi aku kot dan balik umah tukar seluar..
hmmm itulah dia..

semalam.. aku baca yasin kat surau tingkat 7..
kemudian.. ke tingkat 6 plak..
ada kes hilang duit..
semua pelajar pompuan minum air..
kak siti yang incharge..
ituuu la dia..

teringat plak duit aku hilang 750 yang lepas..
sampai sekarang menjadi misteri
sama ada.. mak yung, cina bukit, is ataupun pemilik bilik sendiri
puas jugak aku pergi
nasib lin ada.. tolong tunjuk tempat bomoh..
memang mengarut
bomoh tu ntah apa la dia bagi
memang kurafat..
tapi itu sebagai kenangan..
aku akan lebih berhati hati..

hidup aku pun dah kembali ceria..
hidup dah kembali berbunga bunga..
mungkin kerna ada punya CINTA
yang ikhlas dan sejati
terima kasih sayang...

Mutiara Mata Membasah Sejadah..

salam..
malam malam nie nak jugak aku tumpang dan cuba berpuisi..
angin malam nie terasa segar sangat
malam nie aku terpanggil nak menotakan sedikit karya..

___________________________
Mutiara Mata Membasah Sejadah..
___________________________

dalam sentuhan
antara sedepa menjadi sejengkal bezanya
saf sebaris membina dinding rasa
yang lama terbuku
berangan antara khusyuk dan kerut dahi
mendamaikan haluan kepangkal
kembali menjinak titik hati kelandasan
yang bercapah menggaris lubuk hidup

dalam seruan panggilan itu
terbisik suara azan memanggil angin
dan menderu sekalian patah ayat
bersambung menjadi kalimah suci
disitu aku menanti
kalau ada yang tertinggal
untuk aku turut berlari bersama
sungguh termanggu
sejauh itu aku tertinggal
dan ketinggalan melangkah biar berkaki dua

matahari terbenam menjadi saksi
panggilan untuk bulan beriring bintang
menitip tugas yang tak pernah sekali tewas
waktu itu, masa seakan laju dengan sekata
mendetik nadi ini
bernafas dalam rasa jiwa
yang entah dimana puncaknya

rukuk membawa jemari kenyentuh kaki
yang berjasa menampung berat dosa
dan tidak pernah merungut rutinya
langsung ke sujud menumpahkan peluh dahi
kemuka sejadah
disitu mutiara mata membenih titis hujan
dan ia tanda syukur
kelopak mata masih bisa gerimis
dan salam pada rakaat terakhir
membawa aku kemakam kejahilan
yang harus ditinggalan
dan inilah hijrah
yang diperkenankan oleh penciptanya
Allah.. maha pengampun..

syamputra
11 malam
18 jan 2010
malam jumaat

lagu irama Nasyid - Siti Nurhaliza (Pintu Rindu)

Pintu Rindu :

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..