Saturday, March 5, 2011

Pesta Pantun Bestari - UM 2011

salam
lama tak berentry nie..
terpanggil nak menota sesuatu hari ini..

khamis sampai hari ini ahad nie..
aku dilantik oleh penganjur Pesta Pantun Bestari
inilah tahun ke 2 aku jadik hakim..
terima kasih pada Ahmad Fedtri Yahya
yang memberi cadangan nama aku, dan lola jadi hakim
mungkin dia tahu.. mazhab MAKUM ada kat kami berdua..
dan memang seperti yang disangka.. penganjur masih lagi tak ada pilihan menjemput penulis
dan orang - orang DBP..
aku tak pasti orang DBP dari cawangan dan bahagian yang sesuai atau tidak..
aku yakin Linda dbp memang layak jadi hakim sebab pernah jadi pemantun..

aku telah membuat kesimpulan..
hakim HARUS orang yang pernah menjadi PEMANTUN
dan punya ilmu dalam pantun. bukan sekadar membuat buku dan boleh diterima jadik hakim..
aku sedih jugak.. penganjur main tangkap muat je hakim..
asal dia tua jer.. dia boleh jadik hakim..
apakah hakim ini betul mempunyai kefahaman tentang pantun membeli dan menjual..
itu menjadi tanda tanya..

tadi..
pengurus UKM dok mengeluh dalam facebook kata hakim tidor
memang tak sangka ada yang tidur plak waktu mengadili
memang tak patut..
aku tahu hakim tu siapa..
dia hakim dari sekolah dan bukan nak cakap atau keji cikgu nie..
dia memang tak penah jadi pemantun dan dia cikgu sekolah RENDAH..
lepas tu boleh plak berlagak pandai..
aku yang dah bertanding nak dekat 100 kali nie pun tak lagak macam dia..
memang sedih kalau hakim yang berlagak pandai..
last last.. tertidor masa mengadili..
so sad..

 esok aku kena jadi hakim sampai semi final..
alhamdulillah..
penganjur masih yakin dengan kredibiliti aku sebagai hakim..
aku yakin.. kita kena buat komen dan itulah menunjukkan kredibiliti hakim yang HEBAT !!!

aku sukar nak meramalkan siapa juara..
namun.. aku harap FINAL mesti meriah dan pasukan yang benar - benar hebat..
kita nantikan..