Sunday, May 16, 2010

Hari Guru Membuat Aku Terharu

salam..
semalam adalah hari untuk mengingati guru sekalian jenis..
biarpun dia pensyarah dan juga cikgu tadika..
dia adalah guru..
aku rasa terkenang pulak kat cikgu aku kat sekolah dulu..

aku mula belajar di Tadika Purba, ampang..
cikgu jugak yang mengambut aku waktu tu.. bila ayah menghantar aku naik basikal waktu tu..
ayah kata " pergi je masuk yer".. ringkas jer..
aku yang terpinga pinga terus ke muka tadika dan cikgu menyambut aku dengan senyuman
masa tu aku ingat lagi.. aku tengok ayah dah membelokkan basikalnya dan terus balik ke rumah..
aku terus masuk ke tadika tu dan duduk je kat tempat yang cikgu sediakan.. tak silap aku bahagian tengah tepi kiri..

memang aku tak ada rasa nak nagis atau takut
mungkin dari dulu lagi aku dah takut dengan ayah
kalau tak pergi sekolah.. jawabnya kena bedal dengan tali pinggang atau hanger..
menakutkan betul ayah masa tu
garang macam singa..

masa kat sekolah kebangsaan Ampang..
aku ingat lagi..
masa darjah 5, aku duduk kat kiri jugak bahagian hadapan depan meja cikgu dengan nizam kawan aku..
entah macam mana..
nizam dah terkuis air botol aku dan tertumpah semuanya..
bile cikgu nampak..
cikgu tanya "sapa punya air ni?"
aku terus bertanggungjawab dan bangun..
cikgu suzilla.. yang rambutnya menggerbang.. terus ketempat air yang tumpah tu..
dan menempeleng aku dengan maha dasyartnya..
terasa berpinar muka aku..
ada rasa sedikit terkucil bile menahan ketakutan dan kesakitan..
dasyat betul cikgu suzilla yang memang digeruni dengan tempelengannya..
memang setiap hari dia akan menempeleng sapa sapa yang dia suke..
aku dan kawan kawan yang selalu tak berdosa menjadi kesan tapak tangan dia..
tapi kerana cikgu ini lah menyedarkan aku tentang peri penting berhati hati dan berwaspada..
mulai saat itu.. aku memang tak pernah lagi leka menumpahkan air kat kelas.. semua menjadi kan aku tertib.. sambung yer.....