Tuesday, August 31, 2010

Ku Harapkan Tuah Esok

salam..
pagi ini aku tak boleh nak bekerja..
asyik teringat tentang rasa..
jadi aku hanya mampu tersenyum
untuk hilangkan gundah yang bertakung..
esok adalah hari penting aku..
memang cabaran untuk aku..
2 september adalah hari terbaik untuk aku

********************
Ku Harapkan Tuah Esok
********************

bertuah
hebat
terbaik

itulah perkataan yang selalu aku ungkap
untuk mengangkat diri sendiri
meyakinkan tentang bakat dan anugerah
keatas empunya diri
syukur

semalam
hari ini
esok

itulah perjalanan hidup
yang memutihkan rambut
dengan penuh kedut dimuka

harap
doa
tawakal

itulah permulaan untuk aku berlari kembali
selepas meninggalkan jauh
segala kerinduaan
dan aku yakin
aku mampu lakukan
demi

emak
ayah
kak long
kak nora
ijal
kak chik
mamat
kak teh
ina

demi kalian
aku akan terus untuk
melangkah dan mencapai
puncak itu

syam
12.27 tghhari
1 Sept 2010

Pagi Yang Menyoronokkan

salam..
bangkit pagi ini pastinya menyeronokkan dengan terbabas tidor sampai kul 9.30
ditambah lagi dapat berita gembira dari insan yang tersayang..

ada juga dikalangan pembaca yang tidak mampu mentafsir maksud puisi dan karya dari aku..
sesungguh aku berkarya.. melihat benda yang luar dari dunia aku..
kisah orang lain..
tentang perjalanan hidup kawan..
mengenai rintihan sahabat..
semua aku tulis.. sebenarnyer bukan ada kaitan tentang aku..
aku tak mampu nak tulid tentang diri aku lagi..
takut tersalah maksud..
kebanyakkan puisi aku lebih kepada cinta..
yang sedih dan hampa..
nak buat macam mana..
aku dalam proses menerbitkan antologi puisi cinta..
mestilah aku nak hasilkan sesuatu yang lain sedikit..

untuk pembaca sekalian
tak ada kaitan pun antara hidup ataupun mati..
susun kata dan rangkap aku ini tentang kehidupan yang aku cuba bayangkan..
pagi ini aku cuba nak hasilkan puisi yang seronok..
khas untukmu..

******************
Keseronokkan Bercinta
******************
setiap pagi
bila saat melewati janji
aku bangkit dalam pelukan dingin
yang membuka lembaran baru

setiap pagi
bila minit mehampiri rasa
aku bangun dalam dakapan mesra
yang memulakan debar baharu

aku tersenyum
melihat kelibat cinta

aku tersenyum
melambai bayangan kasih

aku tersenyum
menoleh wajah kekasih

tersenyum dan seronok
adalah perkaitan jiwa
yang pernah aku sedari
dan kini
entah


syam
10.01 pagi
Petaling Jaya

Sahur puasa 23 Ramadhan

salam..
malam nie terasa seronok untuk mengabaikan tidur..
mungkin kerana banyak perkara nak dibuat..
namun sempat menotakan sebuah puisi..

*****************
Renyai di Petaling Jaya
*****************

Rebas dalam takungan waktu
jejak itu kepingin mencari sunyi
dalam dakapan senja

Terbabas dalam perhitungan masa
langkah itu sengaja diatur
dalam pelukan malam

Mencari jiwa dalam diri
ibarat bermimpi tanpa lena
bantal rasa adalah kenangan
dan tilam rindu menggamit resah semalam
tika datangnya angin gundah
aku terkeliru memilih kebuntuan
dan akhirnya tiba hujan lebat
aku memilih guruh sebagai saksi.

syam 1.17 pagi
petaling jaya