Thursday, May 27, 2010

Bella - Penghilang Kesunyiaan

salam..
inilah bella yang selalu kacau aku kat umah..
tengoklah gaya dia gambar kedua..
nampak posing dari bella..
sayang betul kucing nie..

Wednesday, May 26, 2010

JUARA..... itulah yang paling menyenyuh jiwa..

salam..

"Naib johan dimenangi oleh Lembing Berbisa"
aku terus mengangkat tangan walaupun nama Naib johan yang diumumkan terlebih dahulu
sebab aku dah tahu.. sah sah lah yang JOHAN dimenangi oleh kumpulan aku
Kumpulan Sumpit Beracun..
bebudak aku pun memang dah faham tentang kemenangan ini..
bebudak datang serbu aku dan peluk aku macam ala ala menang olimpik plak..
bebudak cuba nak julang aku.. tapi bile tengok aku yang dah 100 kilo nie..
alamat patah lah tulang diorang yang nak angkat.. jadi semua salam cium tangan dan pelok aku ramai ramai.
memang aku dapat rasakan bebudak aku memang menghargai aku..
siap nyanyi lagi.. "terima kasih"
dan aku betul betul terharu..

ini dah tahun ke 2 aku jadi fasililator..
dah 5 ak kali sesi aku dilantik..tahun 2010 ini dah 3 kali aku diminta untuk jadi fasi..
memang kali ni berbeza sikit sebab seorang sahaj fasi untuk setiap kumpulan..
apa lagi..
aku gunakanlah story board yang lola ajar kat aku masa aku sama sama jadi JUARA ngan lola.. masa tu satu group...
memang inovasi lola tu buat aku perkembangkan terus mudah untuk aku bimbing bebudak tu..

akhirnya JUARA dimenangan oleh kumpulan Delta dan puisi tradisional jugak menang kat kumpulan aku.. memang best...

tak sabar plak aku nak tunggu kumpulan 3 punya PLKN nie..
memang tak sabar..

Monday, May 24, 2010

Berkampung di Kem PLKN Setia Ikhlas. Semenyih untuk Program Penghayatan Sastera dan Budaya

salam..
dari 24-26 ini aku berkampung la.. kat KEM PLKN setia ikhlas nie..
memang menyeronokkan.. dan ini lah jiwa aku yang sebenar..
kali ini jumlah fasi cuma 6 orang
4 fasi kumpulan dangan KF dan FU..
KF tu ketua fasi dan FU tu fasi urusetia..
semua memang otai otao..
dengan KF .. kak bib.. fu shaq..
memang banyak betul pengalaman diorang nie..
lepas tu yang paling best.. aku berkenalan ngan encik bahar.. 4o an dah umurnyer.. anak dah besar jugak katanya..
dan dia nie presiden persatuan teater pesona seni..
pak yob jugak terut terlibat.. rupanya.. pak yob ini penggiat teater KL dan presiden persatuan teater KL..
memang hebat..
dalam group ini.. aku dan kak maisarah yang agak baru.. tapi kak maisarah tu.. kita lama sikit dari aku kot.. ala ala senior jugak.. anak pun dan bujang umur 20an.. sama ala ala aku jer..

bak kata.. kali ini DBP tampilkan yang senior untuk jadi fasi..
dan aku terselit yang junior
rasa bertuah betul dapat berganding ngan diorang nie..
aku akan cuba buat yang terbaikkkkkkk
harus aku akan jadi JOHAN..

tak sabar nak tengok syair bidarsari dan sajak nyanyi daun daun dipersembahkan..
kali ini aku yakin.. group aku ini mesti hebat!!!!

Sunday, May 23, 2010

Rekod Malaysia : Berjaya Aku Patrikan Namaku

salam..
sabtu lepas.. aku terpaksa korbankan class SMP.. master aku semata mata
aku nak sertai baca puisi pelbagai dialek yang bertempat di pasar seni. KL
seramai 136 orang peserta yang mencuba nasib dari jam 8.00 sehingga malam.. dan cuma 37 orang saja yang BERJAYA diiktiraf dialeknya. bermakna 37 dialek yang terpilih akan dapat sebuah sijil dari Malaysia Book of Record.

aku memang teruja.. dan aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada nama - nama ini yang membantu aku dalam dunia puisi ini. meski pun aku amsih baru lagi dalam arena ini..
tapi sokongan mereka ini buat aku bersemangat..
memang aku bangga dilahirkan sebagai anak BANJAR... dan akhirnya aku tahu dimana asal dan ia telah menjadikan wakil BANJAR diMalaysia yang berjaya pecah rekod Malaysia baca puisi..

nama - namanya ialah..

1. Flora ---> yang telah daftarkan nama aku dan uruskan semua pendaftaran aku ngan datin aida dan belomm..

2. Emak aku ---> yang latih aku tak ingat dunia sampai jam 12 tengah malam..
lepas tu ciptakan sajak yang aku amek kat internet ini..

3. Mad ---> teman aku malam malam tu jumpa ROSLAN MADUN dan makan dengan dia kat Kampung baru..

4. Roslan Madun ---> buka peluang dan bagi khidmat nasihat percuma.. (sifu aku nih)

5. Kak teh ----> sebab tolong jadik tukang salin mak nyanyi.. kod ok salin.. pastu terima kasih sebab jadi photographer aku.. hari kejadian..

6. Lina ----> sebab tolong temankan mak ngan kak teh datang pagi pagi bute..

7. Bella ---> senantiasa paham akan papa nya yang senantiasa sebuk saban hari..

pastu semalam.. paggi pagi aku dah tunggu lola kat simpang kolej.. khabarnyer dia tidor awal malam sebelumnyer.. pastu dia tak tahu nak g sana .. terpaksa konvoi pergi sana sama sama.. kita tak sesat lah kami..

jam 7.30, aku ngan lola dah terpacul kat sana.. punya la tak ada orang lagi.. kaunter perdaftaran pun tak ada.. aku pun pergi lah minum air suam.. air limau kat kedai mamak.. pastu g daftar.. 8.30 baru pendaftaran bukak.. aku dapat giliran ke 3 walaupun aku dikertas pendaftaran.. aku nomber 31. alhamdullillah.. aku adalah satu satunya peserta deklamasi yang melayu..

bile aku tengok peserta lain.. semua pilih dialek Melayu.. bagi aku.. diorang ini kena panjang sikit akalnya.. tengoklah betapa banyak pesaing.. alhamdulillah.. aku berdarah banjar.. kira boleh jugak sebut ala ala bunyi banjaran sikit..

bile aku baca.. aku lagukan dulu lagu rakyat yang menjadi mainan mulot mak kat kampung.. pastu terus aku cakap.. puisi tu ciptaan mak aku.. siap aku tunjuk lagi mak kat depan pentas tu..

dalam aku berpuisi dengan maha konfidennya..
aku sedar mak ala ala senyum dan ketawa kat situ.. tapi dalam ketawa dia berjurai air mata.. mak memang selalu tangkap leleh..
aku tak tahu apa yang menyentuh hati mak..

1. sebab aku baca sajak dia ker?
2. sebab aku tunjuka kat dia ker?
3. sebab aku lafaz yang aku sayang kat dia kot..

sebab babak akhir aku punya puisi.. aku cakap "terima kasih mak... sayang mak"

aku dalam tak sedar sebak jugak.. tapi bile sampai kat mak.. ada plak seorang pakcik nie menegur aku..

"kulaan kita'k".. aku pun terus pas dia kat mak.. sebab aku betul betul tak tahu.. ye la.. malu la.. baca je sajak.. tapi cakap tak pandai.. aku pun baru belajar belajar mewarisi nie..

balik dari tu.. sempat aku ke kampung baru.. belanja mak ngan lola makan tengah hari.. seronok sangat makan.. walaupun lola boleh sesat selama setengah jam.. sabar jer.. aku yang salah direction.. heheheh jangan marah..

tu lah dia.. bile malam kejadian.. aku call belom.. urus setia tu nama dia belom.. dia kata BANJAR dan MENDELING layak untuk dapat rekod malaysia..

malam tu.. lepas masa AF tengah rancak.. aku ajak member aku g tengok wayang kat galaxcy.. tengok IRON MAN 2.. tapi 5 minit cerita berjalan.. aku dah tidoorr..

esoknyer bangun kul 11 pagi.. fuhhhhhhhh

Friday, May 21, 2010

3.30 pagi - Masih Bersurah Banjar

salam..
memang penangan nak baca puisi esok nie satu cabaran maha dasyat
ye la..
petang tadi.. aku dok pergi cuci gambar dan terus balik Ampang
dan tunggu mak balik dari pergi pasar malam..
sebenarnya aku pun singgah pasar malam.. sempat juga borak ngan makcik siah ngan laki dia yang jual mee kari..
aku entah kenapa senang hati betul
keje photoshop dah siap..
boleh tahan jugak custom yang aku buat..

oh ya.. bile sampai umah..
aku terus belasah kuew tiaw yang aku beli 1.50 kupa nie..
sedap jugak.. cuma tak extra vaganza..
dah banyak memang banyak.. cuma rasa dia ala ala zaman sekolah rendah.. tu la aku beli..

bile mak balik
entah macam macam dibelinyer
masa tengah meriah meriah makan..
dia plak tercekik ntah apa ntah.. harap harap dia ok la..
kena minum air banyak..
ina adek aku ini memang harapan keluarga..
anak bungsu yang bakal mencipta kejayaan..

aku pun lepas makan terus tak malu ajak mak dok depan aku dan
belajar lah banjar..
aku terus buat sajak ala ala sambung dari sajak yang aku amek kat internet..
baris ke 4 sampai 7 je aku buat
rangkap 1 sampai 3.. memang aku memang amek dari internet jer..
bile mak translate.. aku salin je la..

pastu aku terus ke CM..
jumpa organizer dan roslan madun..
memang best dapat peluang BACA puisi pelbagai dialek peringkat kebangsaan
memang bertuah aku terpilih antara 40 orang yang bakal membuat persembahan
ini aku masih tak tidor..
sebab dok buat sikit sajak tu dan buat terjemahannyer..
harap anda semua boleh betulkan terjemahannyer..
ok..
ini sajaknyer..

Puisi : Aku’k Basurah Banjar
Dialek : Banjar
Karya : Norsiah Haji Hassan
Deklamator : Noorhisyam Bin Razali


Dahulu’k wayah aku’k a’anuman
aku’k kade’k tahu’k
kanapa’k kakadang, aku’k marasa’k supan
mangaku’k urang Banjar… kanapa?

Amun aku’k tulak ka pakan
aku’k harus basurah Malayu
supaya’k urang kada’k tahu’k
aku’k urang Banjar.. Aku supan !!

Mungkin haje’k wayah itu’k
Banjar kade’k di tiring urang
Karana’k Banjar urang sambat
bangse’k urang pendatang
walau sabanarnya’k
urang Banjar adelah
wargek peribumi’k, urang tampatan
rajen kabisaan pun hanya’k bagawi’k
disawah bandang

Wayah ini’k aku kadak’k supan lagi’k
mangaku’ek awa’k ini anak banjar
karana’k aku’k sadar
harge’k manusia’k nan hakiki’k
kade’k pada bangsa’k dan gawian
tatapi’k pada’k ketaatan
kepada Allah dan Rasul
jua’k kapade’k negera’k

Aku’k magah jadik urang banjar
karanak Banjar, bangsa’k
bisa’k berjimat ceramat
dan Banjar juge’k
banyak melahirkan ulama’ basar
asalnya’k dari’k banjar
yang pintar mengaji’k berlagu Qur’an
umpama datokku
yang bergana’k dikampung Parit Tangah

Adapun juga’klah
bangsa’k Banjar ini’k
kuat semangat juang nya’k
teguh pandiriannya’k
utoh pagengannya’k

Itulah aku’k berbangga’k
mewarisi keturunan Banjar
derah yang mangalir ini’k
kada’k akan hilang didunia.

http://noorhisyamrazali.blogspot.com
012-399 3947


ini terjemahannya plak..



Puisi              :        Aku’k    Basurah   Banjar
Dialek           :        Banjar (Terjemahan Melayu)
Karya            :        Norsiah   Haji   Hassan
Deklamator  :        Noorhisyam Bin Razali




Waktu dahulu
saya tidak tahu
kenapa aku adakalanya merasa malu
untuk mengaku orang Banjar… kenapa?

Namun, bila aku ke pekan
saya mesti bercakap Melayu
supaya orang tidak tahu
saya orang banjar.. saya malu !!

Mungkin sahaja waktu itu
bangsa Banjar tidak dilihat orang
kerana orang Banjar menumpang
bangsa orang pendatang
walaupun sebenarnya
orang Banjar adalah
warga peribumi, orang tempatan
rajin selalu hanya bekerja
disawah bendang

Waktu sekarang saya tidak lagi malu
untuk mengaku  saya anak Banjar
kerana saya sedar
nilai seorang manusia yang hakiki
bukan pada bangsanya dan pekerjaannya
tetapi pada ketaatan
kepada   Allah   dan  Rasul
juga kepada negara

Saya bangga menjadi orang Banjar
kerana  bangsa Banjar, bangsa yang
mampu berjimat cermat
dan Banjar juga
banyak melahirkan ulama termashur
yang mana berasal dari Banjar
yang pandai mengaji Al-Quran berlagu
seperti datuk saya
yang tinggal di Parit Tengah

Adalah juga
bangsa Banjar ini
kuat   semangat   juang nya
teguh   pandiriannya
utuh   pegangannya

Itulah   sebab saya berbangga
mewarisi   keturunan   Banjar
darah yang mengalir ini
tidak akan hilang didunia
http://noorhisyamrazali.blogspot.com
012-399 3947

Thursday, May 20, 2010

Menghitung Hari Sabtu Ini

salam..
sepatutnya entry ini semalam punya cerita..
tapi aku tak sempat nak buat sebab nak balik makan kek coklat..
sedap betul kek secret resipe..
ada jugak students aku yang prihatin belikan kek sebesar dan sebanyak tu.. memang puas makan.. sampai loya loya tekak aku..
terima kasih zul fakar ali johari dan zuhaili.. kerana bagi aku makan kek tu..
walaupun aku tak ngajar diorang.. ala ala ex students.. tapi diorang ingat jugak kat aku
terharu jadik cikgu..

semalam jugak.. sebuk tak terkata..
pagi tu aku ada presentation bebudak kelas 2D dengan 2E
habis 4 kumpulan dan habis semuanya..
kali ini aku dapat idea.. nak ubah format "marketing plan"
untuk jadikan dengan lebih praktikal dan mudah..
next sem.. tunggu tu..
inovasi pengajaran bakal aku adakan..

kul 9 semalam ada ceramah ISO.. aku datang jugak.. untuk tulis kedatangan..
lepas tu terus pergi tengok presentation..
lepas tu g makan kat cafe ibu..
mak datuk.. memang aku tak leh makan selalu la jawabnyer..
semalam kena RM 9.. mahal jugak tu..
so.. aku dah tak leh makan 3 hari..
ye la.. buget aku dalam 3 ringgit je sehari..
nak kena jimat.. ye la.. nak kumpul duit nak kawen nie..
tapi mana calon nyer?

malam plak..
aku dok berjanji ngan kak chik dan chak kat kolej aku
aku belanja diorang makan nasi kukus dalam gerimis kami beratur
dah lama tak belanja adek sendiri..
kak chik nie memang patuh orang nyer..
tak penah marah dan memang baik tahap wanita melayu terakhir..
aku harap kak chik berjaya dalam bidang yang dia ceburi..
aku ingat nak ajar dia edit photoshop dan dia boleh buat bisness kalau pandai benda tu..
kreatif tu memang kreatif kak chik tu..
alhamdullillah.. dia dah bahagia ngan laki dia..
doa aku.. cepat cepat dapatkan anak sedara aku..

malam plak.. apez menalifon aku..
dia balik kampung..

esok aku nak g print gambar kat KL..

cabaran paling besar hari jumaat ini adalah.. nak siapkan assignment.. dan buat temuduga..
selesaikan pasal pemantauan pelajar LI (praktikal) pastu key in markah..
wah.. banyak jugak..

target aku minggu nie.. ahad ini..
nak kemas umah kaw kaw..
pasang lampu dan vakum..

pastu.. aku nak mandikan anak aku..
bella..

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Pendidik KKTM PJ

salam..
pagi ini aku bangun jam 4.30 pagi
paling awal dalam tahun ini..
sempat juga aku mengintai suara azan yang berlari ke langit
aku dengan senang hati mengedit storybook farah yang tak siap lagik nie..
pastu aku tidor balik dan bangkit terus gosok baju putih ala ala tak pernah pakai..

sesuatu yang berbeza dimana..
rasa semangat nak keje dan nak buat kerje yang aku kena buat
dari kul 9 - sampai kul 12..
aku dok menyaksikan majlis sambutan hari guru
CUKUP meriah dan CUKUP berkesan
memang aku panik betul bile gimik perasmian kek.. bebudak mpp nie buat memang real..
menjatuhkan kek yang besar gajah..
rupanya kotak kek tu.. kotak kosong jer..
memang tertipu kejap aku..
rasa cuak sebab budak yang jatuhkan tu.. 2 budak harapan aku
hasrul ngan hanif..
fuhhh menjadik betul diorang punya gimik..

bile dah siap majlis..
kenkadang kesian tengok bebudak nie
dok mengemas dan terbongkok bongkok sapu sampah..
aku tumpang buat sikit sikit
tanda prihatin..
memang bertuah dapat sokongan bebudak MPP yang bagus bagus macam nie..





Sunday, May 16, 2010

Hari Guru Membuat Aku Terharu

salam..
semalam adalah hari untuk mengingati guru sekalian jenis..
biarpun dia pensyarah dan juga cikgu tadika..
dia adalah guru..
aku rasa terkenang pulak kat cikgu aku kat sekolah dulu..

aku mula belajar di Tadika Purba, ampang..
cikgu jugak yang mengambut aku waktu tu.. bila ayah menghantar aku naik basikal waktu tu..
ayah kata " pergi je masuk yer".. ringkas jer..
aku yang terpinga pinga terus ke muka tadika dan cikgu menyambut aku dengan senyuman
masa tu aku ingat lagi.. aku tengok ayah dah membelokkan basikalnya dan terus balik ke rumah..
aku terus masuk ke tadika tu dan duduk je kat tempat yang cikgu sediakan.. tak silap aku bahagian tengah tepi kiri..

memang aku tak ada rasa nak nagis atau takut
mungkin dari dulu lagi aku dah takut dengan ayah
kalau tak pergi sekolah.. jawabnya kena bedal dengan tali pinggang atau hanger..
menakutkan betul ayah masa tu
garang macam singa..

masa kat sekolah kebangsaan Ampang..
aku ingat lagi..
masa darjah 5, aku duduk kat kiri jugak bahagian hadapan depan meja cikgu dengan nizam kawan aku..
entah macam mana..
nizam dah terkuis air botol aku dan tertumpah semuanya..
bile cikgu nampak..
cikgu tanya "sapa punya air ni?"
aku terus bertanggungjawab dan bangun..
cikgu suzilla.. yang rambutnya menggerbang.. terus ketempat air yang tumpah tu..
dan menempeleng aku dengan maha dasyartnya..
terasa berpinar muka aku..
ada rasa sedikit terkucil bile menahan ketakutan dan kesakitan..
dasyat betul cikgu suzilla yang memang digeruni dengan tempelengannya..
memang setiap hari dia akan menempeleng sapa sapa yang dia suke..
aku dan kawan kawan yang selalu tak berdosa menjadi kesan tapak tangan dia..
tapi kerana cikgu ini lah menyedarkan aku tentang peri penting berhati hati dan berwaspada..
mulai saat itu.. aku memang tak pernah lagi leka menumpahkan air kat kelas.. semua menjadi kan aku tertib.. sambung yer.....




Monday, May 10, 2010

Deklarasi Kemerdekaan - Syamputra Razali.MOV

salam, lama betul saya berhajat nak uploadkan puisi ini, mungkin boleh menjadi rujukan semua orang dan boleh beri komen untuk mempercantikkan bacaan sajak saya ini. jadi , saya mohon kalian semua untuk catatkan komen anda..
komen anda sangat saya perlukan. terima kasih

Saturday, May 8, 2010

Tip Pemakanan : 10 Jenis Makanan Antikolesterol

salam.. pagi pagi ini saya nak kongsi ngan anda artikel tentang pemakanan.. Moga kita berhati hati dalam memilih makanan dan perlu tahu khasiat makanan dibawah yang cukup baik..

  1. SOYA
    Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
  2. KUACI
    Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
  3. BUAH KERING
    Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
  4. EPAL
    Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
  5. IKAN TUNA
    termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
  6. KACANG TANAH
    Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
  7. MANGGA
    Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
  8. KISMIS
    Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
  9. OAT
    Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
  10. JAMBU BATU
    Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Friday, May 7, 2010

Artikel 2 : TIP Mengejar Sebuah Pengiktirafan Tertinggi Dalam Diri

salam..
tajuk post hari ini mengenai kesungguh kita untuk mencapai matlamat dalam hidup..
setiap dari kita mesti dan harus mempunyai keinginan tersendiri dalam hidup
ada yang berkata mahu hidup senang, jadi kaya, hidup selesa dan macam macam lagi.
mungkin juga kita tertanya tanya, bagaimana ingin mencapai impian ini. jadi saya cuba gariskan beberapa PETUA untuk kita sama sama kongsikan.. Kemungkinan apa yang difikirkan oleh saya ini boleh dibaik tambah, jadi mohon untuk para pembaca memberi komen pada akhir blog ini. jadi untuk mengejar yang besar, harus dahulu kita mengejar yang kecil dahulu. PETUAnya adalah :

1. Melunaskan segala hutang piutang

Untuk menjadikan hidup yang selesa, kita harus elakkan segala macam hutang dan menjelasnnya sebaik mungkin. ini kerana doa pemiutang akan menyebabkan kita jadi rimas dan gelisah, memang tidak seronok kalau jumpa kawan kita yang pernah berhutang dan terbayang sahaja yang tak baik dimuka sabahat tersebut. seperti itu juga kita akan memberikan gambaran tidak elok pada pemberi pinjaman.

2. Selesaikan kerja tertangguh.

Bagi menjadikan kerja kita sistematik, kita mulakan hidup yang baru. tak salah memulakan hidup yang baru walaupun lewat usia, apa yang penting, kita padam segala kerja yang tidak siap dan selesaikan perkara yang tertangguh. ini kerana, kelak kita akan terfikir fikir tentang kerja yang tak siap dan menyebabkan kita akan pening dan tidak boleh meneruskan kerja kita.

3. Berehat jika perlu dan tidak mensia - siakan masa

Sebagai seorang yang bakal berjaya, waktu rehat amat peting kerana ia merehatkan minda dan anggota tubuh. tetapi, janganlah kita terus melayan mata dan perasaan. ingin tidur ikut kehendak dan nafsu kita sahaja. perlu dielakkan tidur pada waktu yang tidak sepatutnya seperti selepas makan dan bersukan. kita juga perlu menganggap masa itu sangat berharga dan semestinya setiap apa yang dilakukan mesti mempunyai nilai dan boleh memajukan diri sendiri.

kita bersambung dilain siri, salam motivasi diri untuk anda.. jika anda.. jiwa kita sebangsa.
wassalam.

Syamputra Razali

gambar tertera tu adalah dimana saya ke rumah jagaan anak anak istimewa dimana terdiri dari obnormal, hyper active dan juga macam macam lagi. rasa bersyukur dikurniakan bakat dan kesempurnaan tubuh badan yang sihat.

Thursday, May 6, 2010

Artikel 1 : Tip Memilih Juru Gambar Perkahwinan Anda ?

salam.


Terpanggil untuk menulis berkisarkan tentang permasalahan bakal raja sehari. Antaranya adalah masalah mencari katering, pelamin, baju pengantin, kad kahwin, senarai jemputan dan juga upah juru gambar. Kesemua masalah ini adalah masalah yang boleh diselesaikan dengan dan memerlukan kos dan pilihan yang tepat. Jika anda perasan, kenangan untuk majlis perkahwinan ataupun kenduri ini cuma menjadi sejarah dan terakam didalam kepingan - kepingan gambar yang menarik dan memberikan makna. Jadi, antara pelbagai perkara dalam pengurusan majlis, memilih juru gambar adalah yang paling penting untuk merakamkan detik - detik yang indah kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup (kalau boleh) dan lebih molek dan elok jika gambar yang diambil dan terakam itu bermakna iaitu dalam erti kata cantik, menarik dan sudut - sudut yang diambil memberikan keindahan yang tersendiri. jadi, pilihlah juru gambar yang betul betul mahir dan mampu memberikan gambaran lensa yang mengagumkan. Terdapat 3 TIPS memilih juru gambar. Antaranya iailah :



1. Pilih melalui keserasian pengantin dan jurugambar

--> juru gambar yang dipilih haruslah mesra pelanggan dan pendek kata meriah mulut dan tidak hanya berdiam diri. Paling malang, juru gambar anda mungkin sombong dan mahu cepat balik.


2. Cari jurugambar yang sedikit pengalaman

--> walaupun anda mahukan yang murah dan cantik, anda perlu tahu, bayaran anda itu melambangkan kualiti gambar yang anda ingin kan. jangan salahkan jurugambar yang tidak mahir dan mengharapkan gambar yang menarik. kebanyakkan jurugambar yang baru, akan memulakan pakej mereka dengan harga yang merah sebagai permulaan mereka. Jadi jika gambar majlis perkahwinan anda tidak menetapi citarasa anda, nasi sudah menjadi bubur.


3. Jangan berkira tentang bayaran tentang aspek fotografi ini

--> Jika anda mampu untuk membayar harga katering yang mahal sehingga 20 ribu dan 15 ringgit sekepala, apalah salahnya jika anda memberikan bujet atau peruntukan dari keseluruhan untuk bayaran jurugambar anda. anada berkira soal gambar perkahwinan, anda mungkin terlepas memori yang indah semasa majlis perkahwinan anda.



Tip yang saya nyatakan itu antara beribu tip yang boleh dikongsi. insyaallah, saya akan sambung untuk sesi seterusnya.


wassalam


yang menulis,


syamputra

012-399 39 47

http://syamphoto.fotopages.com


Wednesday, May 5, 2010

Aku di You Tube - Cuba click



waw.. aku masuk plak dalam nie..
thank you encik Azha.. atas rakaman cukup bermakna ini..

Khamis Yang Mengejar Jumaat

salam..
hari nie dah masuk hari ke 4, aku memang terasa sekejap jer..
memang padat betul jadual aku.. bukan sebab jadual kursus..
tapi jadual personal aku ngn kak dah..
setiap hari kak dah datang petang dan malam..
ajak aku keluar dan makan makan..
memang seronok..
semalam.. aku minum air susu lembu.. ngan makan nasi ayam kak dah..
memang seronok..
ini aku lampirkan gambar gambar aku tolong kak dah
jadi juru bahasa untuk homestay dia..

Perkahwinan Najy Asyraf & Nadhirah

Perkahwinan Najy Asyraf & Nadhirah
Saujana Impian , Kajang. Selangor

Tuesday, May 4, 2010

Kursus E-commerce di ILHAM, Jawi. Penang

salam..
memang dah lama aku tak berkursus..
kali ni memang bermanfaat..
semalam encik abdul malib dari MARA Hq.. dia mengajar nak buat web site..
memang guru yang baik dan cukup faham..

pagi ini ada 3 orang serangkai penceramah yang datang..
memang smart dan cukup korporat..
aku memang teruja dengan patah patah kata yang dilontarkan..
cukup buat aku tak sabar nak meniaga..
ini aku tunjuk gambar yang aku amek..
aku amek dari web penceramah nie... (minta izin)
http://khirariffin.blogspot.com/

Pagi yang tersedar tentang RINDU

salam..
tidur malam tadi semacam tak cukup
sebab masih bekerja dalam mimpi
dengan dihempap mimpi luar biasa
so.. macam taktidor jer..
nak tersedar nak dekat 2 -3 kali
memang betul kata mak.. kalau tak basuh kaki sebelum tido..
nanti mimpi tak elok..
memang lah berlaku..
tapi aku bersyukur.. bangun awal.. dan bersemangat nak berbisness pagi nie
pagi nie aku nak amek gambar kursus..
bile aku dah siap siap.. terus dapatkan stikar.. gosok baju nak dekat 5 minit
dan berlari ke dewan ceramah..
memang meletihkan.. tapi itu senaman pagi pagi..
tak makan pagi pun pagi nie..
lagi pun aku dah biasa tak sarapan pun..
ini aku tak sabar nak dengar ceramah e - commerce nie..
harap harap beri manfaat kat aku..

Kursus di Seberang Prai Selatan

salam..
sebuknyer aku ngan kursus..
banyak plka keje tertanggung katPJ
balik nbie
aku kena segerakan apa yang tertunggak..
fuh... rindu kat PJ.. ye la.. sehari tinggalkan rumah.. rasa kehilangan..
entah macam mana bella ntah..
harap harap dia pandai jaga diri...

Farah Wedding