Friday, January 21, 2011

Ketenangan Datang Jua Malam Ini

salam..
aku dah lama dah datang opis malam malam dan buat kerja.. seronok betul buat keje waktu malam nie
suasana yang aman dan tenang ini buat aku teringat saat kat beranang dulu..
buat keje sambil tengok tV dan tidor sampai subuh
memang seronok dan ada kehidupan..

di Pj aku ada kehidupan tersendiri..
dengan bisness baru yang begitu meyakinkan.. dalam masa 5 bulan aku berajay mendapat pendapatan bulanan 4K..
aku begitu yakin bisness nie boleh pergi jauh
adanya kawan kawan yang support aku.. lebih buat aku kuat..
lola, awind, apez, madan, mior, zahrine, esta.. dan anak murid aku yang baik baik belaka
macam zul fakar, zuhaili nazirul, aladin dan black.. tak lupa saifuludin dan arif..
semua masuk jadi downline aku jual tupperware..

tahun nie dibuka dengan indah..
belum ada lagi dugaan yang besar.. setakat aku batuk dan selesama.. aku dan manja amek cuti..
heheheh
dah 2 minggu aku cuti hari jumaat
entah kenapa hari jumaat nie buat aku sedap nak tido kat umah..
umah pulak.. kadang kala kemas.. kadang kala lintang pukang..
aku pun tak tahu nak sumbat mana lagi barang yang semakin beranak pinak..
nak buang sayang.. nak simpan tak ada ruang
teringat kat umah beranang dulu 2 tingkat pun.. aku punya barang tak ingat dunia banyak..
memang aku kena manage dengan baik rumah..
senantiasa displin unruk kebersihan..

jadi esok aku aku start dunia baru..
pertingkat penampilan diri mulakan dengan beli pencuci muka tupperware dan juga makan suppliment tupperware dengan baiknya
aku nak sihat dan kuat agar terus buat sales...

oh ya.. semalam aku g demo pizza umah awind..
walaupun ada 4 orang yang tengok.. aku rasa puas dan semakin yakin nak tunjukkan demo piza yang begitu hebat
aku dah cipta resepi baru dan akan lancarkan party dan kelas masakan aku tak lama lagi..
wah.. tak sabar la plak..

soal satu lagi yang buat aku demam ini ialah..
MBA aku dengan thesis yang tak siap siap lagi
akhir bulan nak kena submit dan DR aku dah bagi banyak peluang
aku tak leh nak sia siakan kepercayaan dia..
ahad nie aku istiharkan hari buat tesis..
dok kat ampang dan buat sampai lebam..
aku pun nak beli broadban la..
letih nak guna broadband free ini
aku nak beli masa PC Fair nanti.. mungkin lebih banyak gift,.. ataupun esok jer..

oh.. petang tadi sempat aku tido dan bermimpi lah pulak..
aku mimpi ustaz iskandar.. staff kat kolej aku.. dia nie baik dan seorang ustaz yang halus jiwanya
aku punya lah terkejut dalam mimpi.. dia buat fesyen rambut baru ala ala spike.. yang cacak kat atas..
terus tergamam aku..
dia kata " nak berubah jadi lebih moden"
heheheh.. memang mengejutkan aku..
apa agaknya tafsiran mimpi aku ini yer..

oklah.. aku nak teruskan berkarya ..
dan jika anda semua terbaca tentang coretan ini..
ini sekadar perjalanan hidup aku..
dan seperti diari yang aku lakar dalam kanvas maya..

aku nak buat sikit teks kenduri kawen esok kat kelana jaya..
harap aku leh buat yang paling baik !!!