Tuesday, March 22, 2011

Terlalu Cepat Masa Berlalu

salam.. kenkadang..
aku rasa masa cepat giler berjalan.. tak sempat nak enjoy enjoy..
dengan kerja aku yang berlambak lambak kat opis..
memang cepat betul masa berlalu
banyak benda aku nak pikir..
master dan tesis..
atendance dan class
ngajar dan lesson plan..
tidor dan enjoy..
makan dan mandi
sampai umah aku dah jadi jin bertendang
aku perlukan sehari nak kemas semua perkakasan umah aku dan buang barang - barang tak perlu..
aku memang dah tak ada masa untuk family dan diri sendiri..
memang aku perlukan rehat..
caranya..
ke BEIJING !!!!!.. melancong bersama tupperware
tak sabar aku nak pergi..
memang dah geram sangat nak pergi bercuti kat sana..

Saturday, March 5, 2011

Pesta Pantun Bestari - UM 2011

salam
lama tak berentry nie..
terpanggil nak menota sesuatu hari ini..

khamis sampai hari ini ahad nie..
aku dilantik oleh penganjur Pesta Pantun Bestari
inilah tahun ke 2 aku jadik hakim..
terima kasih pada Ahmad Fedtri Yahya
yang memberi cadangan nama aku, dan lola jadi hakim
mungkin dia tahu.. mazhab MAKUM ada kat kami berdua..
dan memang seperti yang disangka.. penganjur masih lagi tak ada pilihan menjemput penulis
dan orang - orang DBP..
aku tak pasti orang DBP dari cawangan dan bahagian yang sesuai atau tidak..
aku yakin Linda dbp memang layak jadi hakim sebab pernah jadi pemantun..

aku telah membuat kesimpulan..
hakim HARUS orang yang pernah menjadi PEMANTUN
dan punya ilmu dalam pantun. bukan sekadar membuat buku dan boleh diterima jadik hakim..
aku sedih jugak.. penganjur main tangkap muat je hakim..
asal dia tua jer.. dia boleh jadik hakim..
apakah hakim ini betul mempunyai kefahaman tentang pantun membeli dan menjual..
itu menjadi tanda tanya..

tadi..
pengurus UKM dok mengeluh dalam facebook kata hakim tidor
memang tak sangka ada yang tidur plak waktu mengadili
memang tak patut..
aku tahu hakim tu siapa..
dia hakim dari sekolah dan bukan nak cakap atau keji cikgu nie..
dia memang tak penah jadi pemantun dan dia cikgu sekolah RENDAH..
lepas tu boleh plak berlagak pandai..
aku yang dah bertanding nak dekat 100 kali nie pun tak lagak macam dia..
memang sedih kalau hakim yang berlagak pandai..
last last.. tertidor masa mengadili..
so sad..

 esok aku kena jadi hakim sampai semi final..
alhamdulillah..
penganjur masih yakin dengan kredibiliti aku sebagai hakim..
aku yakin.. kita kena buat komen dan itulah menunjukkan kredibiliti hakim yang HEBAT !!!

aku sukar nak meramalkan siapa juara..
namun.. aku harap FINAL mesti meriah dan pasukan yang benar - benar hebat..
kita nantikan..

Wednesday, February 23, 2011

Afgan - PadaMu Kubersujud



PadaMu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada-MU

Lagu kenangan aku..

Thursday, February 17, 2011

Tak Bisa Nangis

Lagu Jam 3 Pagi

salam.. lagu ini benar - benar buat aku feeling pagi pagi buta ini
tambah lagi tengok video clip dia..
so sweet.. berkesan menusuk jiwa

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta

Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Kutemukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Demi Cinta (Kerispatih) - untuk kekasihku,,,

Wednesday, February 9, 2011

Tongkat Cinta

salam..
malam nie terpanggil lagi nak buat sajak.. sekarang nie.. berlimpah limpah plak idea nak buat sajak.. dalam kebuntuan nak buat tesis tahun akhir ini..
memang sangat getir.. tapi tesis kena siap malam nie jugak..
tapi aku nak jugak bersajak..
ye la.. nanti tumpul plak minda nie lama tak bersajak..

***********************
Tongkat Cinta Tersadai
***********************

aku terbeli oleh empunya yang hampir lumpuh
sibuta yang memilikiku dengan rayuan
dan aku terbayar tanpa seringgit pun nilainya
namun, aku bisa membahagianya tuanku
siang dan malam ku abadikan jasadku pada pemilikku
entah kenapa
tanpa rasa yang kosong dahulu
kian terasa berat jiwa dengan sayang
tangan dan jemarinya kurindui saat dia tidur
bangkit dari peraduannya
akulah sandarannya yang pertama
biar aku terketuk pada tanah dan lantai
biar aku terjatuh pada jejak yang keliru
biar aku terhumban pada langkah yang sumbang
biar..
namun, setia sang tongkat tak pernah berubah
biar ramai mata memandang
biar ramai bibir memuji
biar ramai jemari mendekati
tak sekalipun kecudang setia sang tongkat pada pemiliknya
sehingga mereka saling sayang dan menyayangi
indah

dunia seperti terbiasa menidakkan bahagia
pagi itu, seperti terlalu lama
tongkat menanti sang empunya nya
memegang erat dan genggam
entah kemana agaknya gerangan tuan tongkat
lalu terlenalah tongkat seketika
sedarnya,
dari kamar yang begitu indah
dari harum yang begitu nyaman
dari tenang yang begitu mengasyikkan
bertukar
kepada kotor yang dasyat
kepada lumpur yang pekat
kepada tanah yang liat

tongkat tersadai pada dinding longkang itu
dan semua hanya memandang
hendak memiliki terlalu keji dari percuma
terbuang dan terhimpit dengan debu dan sampah
adakala tertoleh kelibat sang tuan
yang bertatih berjalan
yang berjalan berdikit
yang berdikit berlari
berlari jauh meninggalkan tongkatnya

"mungkin bukan itu tuanku"
tongkat setiap hari cuba berfikir yang indah
mungkin tongkat dicuri orang
mungkin menggadaikannya untuk seringgit dua kais pagi
mungkin tidak sengaja tercicir
banyak betul kemungkin yang wujud
sehingga airmata tongkat tak mampu lagi bertahan

tongkat menangis setiap hari
dan saban malam nama tuannya diseru dan diseru
dengan harapan
muncul tuannya mendakap erat pada jemarinya
yang telah lama tak terbelai

satu masa
tongkat tidur setelah letih ditendang dan diusir orang
dilanggar dan dikuis bagai sampah
tongkat tertidur
tuanya berpesan
" aku tak mampu membahagiakan engkau tongkat..
itu kekurangan aku..  meskipun engkau memberi banyak makna
aku akan teruskan hidup ini yang terumbang ambing
dan aku tak akan melarang
tangan lain memegangmu dan aku aku selalu mendoakan engkau bahagia"
tersedar dari lena itu
tongkat termanggu dan teruskan tidurnya
yang panjang..


syam
10 malam
Petaling Jaya inai merah

Tuesday, February 8, 2011

Persuratan Cinta

As'salam,
terpanggil nak menotakan bait puisi hari ini..

***************
Persuratan Cinta
***************

Menelusuri denai waktu itu
langkah dengan gerak rasa
memimpin angin dari lambaian jiwa
yang pernah menjejak cinta
lalu

Menyusuri muara cinta itu
gelora yang berpusar
pada mimpi yang tersisa rindu
pernah menikmati bahagia
rasa

Melalui jalan berliku itu
aku buntu !

syamputra
4.55 ptg
Petaling Jaya

Monday, February 7, 2011

Sajak Terbaru

salam.. lama betul tak menukilkan sajak kat sini.. harap harap tak la berkarat..


____________________
Malam Penyiasat Cinta
____________________

Pada malam yang terusir itu
gelap yang membalut waktu berlalu
terlalu lama untuk berlari
meski jejak yang terburu
membuka intaian ruang
pada penyiasat cinta

Kemelut dengan alasan rindu
menakluki seluruh jendela rasa

terpilu dengan kata putusnya
terpaku dengan bicara tandusnya
aku sebenarnya buntu

Kemilau cahaya bintang
menjadi saksi
juraian airmata yang berat tertakung
dalam empangan jiwa
yang lama terpendam

Lalu aku berlalu
menggariskan pohon cinta
dengan namamu
biarlah seisi alam menoleh
lakar kasih yang masih terpahat
dan disitu juga
ada tangan yang sudi
mematri huruf asrama
namun tidak sepertimu
yang membahagiakan isi dan jasad rindu


Masih juga
terlukis
gambaran mimpi
yang memberi isyarat suram
ikatan cinta kita
biarpun telah tersiasat tentang langkah ini
mungkin benar telahanmu
namun
aku bukan penjenayah cinta
dan masih setia
menantimu dengan pintu terbuka
kembalilah

syam 3 pagi
Petaling Jaya
8 feb 2011

Monday, January 31, 2011

Mimpi lagi Pagi ini

salam..
pagi ini aku bangkit dengan mimpi lagi
kali ini mimpi yang amat dasyat sekali..
bermula aku ngan seseorang meniti kongkrit yang bersimpang siur keadaannya..
sampai ke satu tempat yang agak selesa aku berdiri.. rupanya aku ngan esta (kawan tupperware)
sama - sama lalu kongkrit itu..
tapi esta yang kehadapan dan turun kearah kongkrit yang agak mudah..
agak mengejutkan.. bile kongkrit tu sebenarnya curam dan ada plak palang macam tiang gol..
kat siti esta tergelincir dan tangannya berpaut kat tiang gol tu la.. tapi dia terjatuh..
badannya terkena tiangkat bawah dan jatuh lagi ke bawah dan terus menjunam ke dasar paling bawah..
memang sangat dalam dan jauh dari pandangan mata aku..
aku cume menjerit panggil nama dia..
dan sampai ke bawah dia jatuh.. aku tengok dia sekadar pegang pinggang macam sengal sengal jer..
nampak macam tak serius sakitnya.. walaupun jatuh macam ala ala tak ada harapan dah..

aku yang kat atas lagi.. memang terpaksa buat plan lain.. sebelah kanan aku tu kebetulan ada pintu plak..
tapi  nak kearah tu.. aku just jalan macam biasa dan boleh ke arah tu..
esta tadi.. memang dah hilang dari pandangan aku..
yang aku pikir nak selamatkan diri dah.. nak turun dari tempat tinggi tu..
sampai kat pintu tu. aku masuk dan tembus.. shopping complex yang besar sangat
aku dok cari jalan keluar dan pusing pusing sekitar tempat tu ala ala pavalion..
last last.. aku turun eskalator.. punyalah curam jugak.. nasib tak tergolek..
dan terus aku dapat keluar dari tempat tu..

kat luar.. entah macam mana tetibe aku dapat berjalan ngan kawan kawan..
aku tak tahu siapa kawan tu.. tapi ada pompuan dan jugak lelaki.. macam baru kenal..
kat situ aku berjalan menuju ke parking kereta.. semasa berjalan tu.. aku tengok jalan tar yang aku jalan..
penuh ngan badan badan ular yang disimen sekali..
jadi aku berjalan atas badan ular la..
sempat aku tengok dan tangan "ini belot ker?"
mereka tak jawab pun..
aku terus berjalan.. dan terjumpa plak.. serpihan badan ular atau belot..
aku cuba kuis kuis.. dan memang bentuk dia macam badan ular..
masa tu.. air mengalir kat jalan tu macam nipis jer.. ala ala lepas hujan..
lepas tu.. aku terus berjalan dan talifon aku berbunyi..
kat talifon tu tertulis nama "KKTM MISNAH"
aku terjaga... dan pening

Friday, January 21, 2011

Ketenangan Datang Jua Malam Ini

salam..
aku dah lama dah datang opis malam malam dan buat kerja.. seronok betul buat keje waktu malam nie
suasana yang aman dan tenang ini buat aku teringat saat kat beranang dulu..
buat keje sambil tengok tV dan tidor sampai subuh
memang seronok dan ada kehidupan..

di Pj aku ada kehidupan tersendiri..
dengan bisness baru yang begitu meyakinkan.. dalam masa 5 bulan aku berajay mendapat pendapatan bulanan 4K..
aku begitu yakin bisness nie boleh pergi jauh
adanya kawan kawan yang support aku.. lebih buat aku kuat..
lola, awind, apez, madan, mior, zahrine, esta.. dan anak murid aku yang baik baik belaka
macam zul fakar, zuhaili nazirul, aladin dan black.. tak lupa saifuludin dan arif..
semua masuk jadi downline aku jual tupperware..

tahun nie dibuka dengan indah..
belum ada lagi dugaan yang besar.. setakat aku batuk dan selesama.. aku dan manja amek cuti..
heheheh
dah 2 minggu aku cuti hari jumaat
entah kenapa hari jumaat nie buat aku sedap nak tido kat umah..
umah pulak.. kadang kala kemas.. kadang kala lintang pukang..
aku pun tak tahu nak sumbat mana lagi barang yang semakin beranak pinak..
nak buang sayang.. nak simpan tak ada ruang
teringat kat umah beranang dulu 2 tingkat pun.. aku punya barang tak ingat dunia banyak..
memang aku kena manage dengan baik rumah..
senantiasa displin unruk kebersihan..

jadi esok aku aku start dunia baru..
pertingkat penampilan diri mulakan dengan beli pencuci muka tupperware dan juga makan suppliment tupperware dengan baiknya
aku nak sihat dan kuat agar terus buat sales...

oh ya.. semalam aku g demo pizza umah awind..
walaupun ada 4 orang yang tengok.. aku rasa puas dan semakin yakin nak tunjukkan demo piza yang begitu hebat
aku dah cipta resepi baru dan akan lancarkan party dan kelas masakan aku tak lama lagi..
wah.. tak sabar la plak..

soal satu lagi yang buat aku demam ini ialah..
MBA aku dengan thesis yang tak siap siap lagi
akhir bulan nak kena submit dan DR aku dah bagi banyak peluang
aku tak leh nak sia siakan kepercayaan dia..
ahad nie aku istiharkan hari buat tesis..
dok kat ampang dan buat sampai lebam..
aku pun nak beli broadban la..
letih nak guna broadband free ini
aku nak beli masa PC Fair nanti.. mungkin lebih banyak gift,.. ataupun esok jer..

oh.. petang tadi sempat aku tido dan bermimpi lah pulak..
aku mimpi ustaz iskandar.. staff kat kolej aku.. dia nie baik dan seorang ustaz yang halus jiwanya
aku punya lah terkejut dalam mimpi.. dia buat fesyen rambut baru ala ala spike.. yang cacak kat atas..
terus tergamam aku..
dia kata " nak berubah jadi lebih moden"
heheheh.. memang mengejutkan aku..
apa agaknya tafsiran mimpi aku ini yer..

oklah.. aku nak teruskan berkarya ..
dan jika anda semua terbaca tentang coretan ini..
ini sekadar perjalanan hidup aku..
dan seperti diari yang aku lakar dalam kanvas maya..

aku nak buat sikit teks kenduri kawen esok kat kelana jaya..
harap aku leh buat yang paling baik !!!

Tuesday, January 18, 2011

Tersentuh lagi Jiwa ini

salam..
blog ini lama betul tak di updatekan..
maklumlah.. tak boleh nak upload dah gambar.. storage dah penuh
namun masih leh lg nak menulis barang sebaris dua ayat..

malam nie.. aku terkenang lagi peristiwa tahun 2009
masa tu aku dah pun berpindah ke pj.. dengan harapan dapat bersama orang yang aku sayang kat puchong
dekat sikit boleh selalu dating..
tapi bile dah sampai ke PJ.. lain plak jadinya..
salah faham berlaku dengan wujudnya orang ke 3 dan aku terbuang lalu..
si dia dah ada yang baru yang lebih mantap dan kacak..
aku redha..
selang beberapa waktu..
wujud la plak seorang manusia yang membawa aku kearah percintaan baru
dia memang solehah dan baik hati.. orang kelantan dan sangat cermat..
keresahan aku hilang dengan adanya dorongan dia..
aku ingat lagi.. dialah yang bagi dorongan masa aku kena disabitkan dengan penjualan soalan bocor RM 3 kat KPM Beranang..
si CELAKA SAFUAN tu memang tak akan aku maafkan..
aku terbabit sama dalam kes tu dengan tuduhan.. bersubahat menjual soalan bocor RM 3. duit minyak pun tak lepas..
masa tu aku hampir kena buang
nasib ada amirul yang bagi maklumat jujur kat MARA.. dan aku terlepas..
di LAHANAT tu memang pandai berlakon..
dia sembah pengarah beranang tu.. YATIM.. dan yatim boleh percaya kat dia..
si NORA SEBAH pun percaya..
dan aku jugak yang dituduh menjual dan pecah amanah..
nasib lah ada kawan yang masih boleh percaya kat aku..
shaja dan siti.. alhamdulillah.. kawan sejati sangat..

so.. malam nie.. bile teringatkan kisah safuan tu.. aku jadi takut nak rapat ngan students
inilah jadinya..
dia tikam dari belakang..
babitkan aku.. sedangkan aku lah yang jaga makan minum dia..
jaga kebajikan dia,
dia memang tak kenal budi,.
DEMI ALLAH.. aku tak halalkan apa sahaja pemberian aku pada... dia..
aku tak akan maafkan dosa dia..

orang kata.. nabipun maafkan ummat.. tapi aku bukan nabi..
dan kerana dia.. emak dan ayah aku hampir hampir tak dapat makan.. kalau aku kena buang keje dari MARA nie..
inilah tempat aku nak carik makan..
duit nie lah nak sara emak ayah aku..
aku memang tak akan maafkan kau SAFUAN !..
sumpah.. sampai bile bile..
ko mintak ampun ngan Allah..
aku tak akan maafkan ko..
setiap hari aku akan ingat.. tentang kecelakaan ko !!

maaflah.. kalau coretan aku kali ini agak kasar..
aku memang tak pernah berdendam..
inilah manusia yang aku tak akan lupa sampai bile bile..