Friday, December 25, 2009

Guruieh Api = Mancis

salam
malam nie aku baru balik dari perjalanan yang agak jauh dan.menyeronokkan..
buat sekian kalinye aku makan tak ingat dunia..
kami pergi berlima..
Kak Dah ngan hubby nyer.. muslim ngan zetty..
mula mula.. g makan satay kajang ... satay sahmuri lerr.. mana lagik
kuah kacangnyer masih tak berubah..

lepas tu.. dah abis aku balon nak dekat 20 batang..
kami pun cat walk terus ke parking
memang jem dan padat tak ingat dunia..
nasib lah  dapat idea nak parking kat area bus stand..

lepas tu.. kami ke dengkel.. kat tasek idaman
orang pun ramai memang ramai giler..
kami pilih ikan dan terus duduk depan pentas..
disebabkan terlalu kuat microfon..
kami beralih kebawah.. tempat meja kat atas air ala ala atas tasek..
nasik sepinggan je diorder..
aku pun makan la..
yang lain sebenarnyer dah kenyang..
akhirnya.. aku lah johan makan satay kat makan ikan bakar..
aku belanja kat tasek idaman..
muslim plak belanja kat satey..

balik..
kami terus terbongkang..
tapi aku masih sudi nak menaip kat blog nie
seronok betul..

mad plak menguruskan hal familynyer..
so.. tak dapat join kami..
ye la.. kalau tak kerana mad.. aku tak la dapat kenal kak dah..

esok aku ada class... macam biasa dan aku tak tahu apa yang perlu aku buat..
exam ker?
memang tak baca apa pun...
tawakalje la..
kenkadang aku nie tak bersyukur dapat tajaan sambung study
alhamdullillah..

Wednesday, December 23, 2009

Lama Tak Berkarya

salam..
dah lama betul aku tak berpuisi dan berkarya disini..
selalunyer aku gunakan fotopages aku untuk taip sajak spontan..
malam nie.. aku cube sampaikan rasa hati ini dalam bentuk puisi
semoga tenang aku tido malam nie..

________________________
Merindukanmu setiap detik nadi
________________________
Berbicara tentang rindu
perlukah aku menyatakan istilahnya
kadang terfikir
untuk membelai rindu
tanpa menyebut namamu


Berkata tentang rasa
haruskah aku mengunkapkannya
adakala terdetik
untuk memeluk rasa
sepanjang masa nafasku


mengenali dirimu
memberi nyawa tentang perasaan
menghulur nadi percintaan
melakarr keindahan dalam sanubariku
setiap waktu


aku mungkin telah lama
dibawa arus ini
dan melamarmu
menjadi teman yang paling mulia

menjadi deria dengar yang paling setia
kerna matamu
pasti memberi aku
penawar rindu
yang pastinya.. akan ku pahat kuat
dalam kalbuku..

syam PJ
1.00 pagi 24/ dis 2009

Meneruskan Perjuangan Pengiktirafan 5S

salam semua..
bile menulis nie.. kenkadang aku sangka jugak.. blog nie ada pengunjung yang saban hari tengok
entah siap dan dimana pembacanya..
aku cuma menulis nak menotakan pandangan dan menceritakan kisah aku seharian..
harap anda semua ngerti yang tulisanku ini hanyalag bahsa santai yang menjinakkan aku berkarya..

pagi tadi .. semangatnyer aku keje
buat SKT tanpa tolong pun suhardi angkat meja..
memang janji palsu aku nie
tapi sebenarnyer aku banyak keje nak wat
SKT tak siap..
dan poster 5s tak print
pagi pagi dah dapat rezeki..
kak shima belanja nasi lemak sebungkus
memang sedap nasik lemak..
teringat plak nasihat aida .. kata jangan makan nasik..
tapi bile orang dah kasi..
rezeki aku la..
petang tengah hari aku makan ayam KFC.. yang semalam orang sedekah.. seketul.. dan tak sempat nak minum air pun..
kira badan aku nie dah kurang air dah..
.. mesyuarat kul 3.. meleret sampai kul 3.30 baru start
aku memang tak suke mesyuarat lambat start dan tak punctual..
heheheh.. aku lah selalu yang pertama.. datang mesyuarat..
tapi kenkadang tu bile terlupa ada mesyuarat.. terpaksalah aku buat buat ada keje..
hehehheh

oh ya..
pagik tadi sempat aku call mak.. tanya khabar..
mak macam biasalah..
suruh balik
sebab suruh makan kat umah..
aku kata kat mak.. aku busy
ye lah..
esok dah kursus fasilitator.. memang sibuk sikit dan sebuk banyak..
harap harap aku boleh jayakan esok...

Sunday, December 20, 2009

Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya

salam..
semalam 20 dis.. aku ke tempat dari zaman sekolah lagik aku nak pergi
iaitu bukit cerakah..
aku g ngan mat, lola ngan apez..
yang bestnyer.. memang g sana mencabar
kami mendakit bukit lebih 5 km..
pastu aku pun ditumpangkan ngan banjaran france..
kembali beratur ke titik mule
naik bas ke arah taman 4 musim..

memang seronok bermain salji ala ala masuk peti ais tu
nafas pun ala ala kuar asap..
heheh seronok jugak..

yang sedihnyer .. camera aku abis batry..
so.. terpaksalah aku ala ala pakai N97 nie jer..

malam tu.. lola ngan apez stay sampai kul 12..
seronok betul kawan kawan datang
tambah reseki aku nie..
aku plak dok bersms ngan aida..
ntah ada atau tidak jodoh aku ngan aida..
aku kan insan biasa..

Friday, December 18, 2009

Tak Sedar Di untung

salam..
aku nie kenkadang tak sedar diuntung
ye la.. dah ada semuanya
sihat tibuh badan..
keje dah ok..
transport dah ada
tapi kenkadang tu malas nak bersenam.. tak control makan..
malas membaca,,..
banyak betul malas aku nie

sempena tahun hijrah nie
aku nak la berazam yang aku harus bersyukur dan lebih matang dari sebelumnyer
aku harus lebih berani dan tegas terhadap apa juga cabaran mendatang..

Wednesday, December 16, 2009

Perpisahan Kak Irma.. buat aku sebak seketika

salam..
hari nie aku nak bagi sikit tanda kenangan aku
sebuah potret untuk kak irma..
harap dia suke..
aku kenal kat irma masa dulu april dengan gaya dia yang cukup hebat
personality gred A
orangnyer memang tak berlagak.. cakap melayu jer..
entah kenapa.. cikgu english tempat aku nie semuanyer tak belagak.. kak zu ngan kak ita.. memang baik hati
kak irma nie.. tak sama tempat ngan aku..
dia dok belakang
tapi aku selalu dengar dia selalu cakap "rocks"
suara dia yang besar dan sedap buat aku tertarik mendekati dia..
entah macam mana suatu hari.. aku dok tengah main internet.. dia menyapa..
"syam.. nak mintak tolong boleh?.. nie hah.. saya nak ambil syam jadi AJK unit promosi 5S"
aku tergamam.. unit promosi...
"oh ya.. . nanti tolong yer.. gantung poster hari sisih nie yer".. pintas dia sambil aku kagum tentang solekkan dan kebayanyer tu..
orangnyer tinggi lampai dan cukup ideal berat badannyer
mana tak nyer
asal tengah hari.. g gym kat tingkat 6

yang bestnyer kak irma nie..
dia pemurah..
bile aku dok gantu7ng poster hari sisih tu..
terus dia bagi aku coklat.. " ferrerr rosseyy" susah plak nak eja..
memang sampai kesudah aku simpan..
sebab dia buat aku dihargai..

bile satu hari dia ada masalah dan mintak pendapat..
aku nekad bagi pendapat yang dia harus pergi interview ke UITM
nyata.. dia memang nekad dengan keputusan dia,..
akhirnya dia berjaya untuk masuk UITM..
aku bangga betul dengan dia..
sejak duduk bilik baru nie..
aku rasa seronok dok kat depan meja dia..
namun.. jodoh aku untuk berjiran satu opis ngan kak irma.. setakat hari nie
dia dah tinggalkan MARA dan beralih menjadi pensyarah yang sejati..

kak irma... saya kagum dan bangga dengan anda!!! ROCKS!!!!

Percayalah : siti nurhaliza


salam..
teringat aku pada lagu nie zaamn dulu dulu..
ye la.. lagu yang menggemilangkan siti.. hmm
teringat zaman aku baru baru keje kat indera mahkota..
duduk bujang dan penuh cabaran
masa tu aku memang cekal dan berkorban dengan banyak sekali..

sekarang lagu bermain main dari benak aku..
ini lirik dia..

Suasana sepi begini

Panahan rindu menusuk hati

Tak mungkin kau sedari

Lantas ku titip puisi kasih

Agar gelora tidak merintih

Sengsara pun menyisih

Dengarkanlah suara hati

Moga dikau mampu mengerti

Cinta hadir tanpa ku rasa simpati

Korus

Percayalah

Kasihmu lama tersulam

Di ruang paling dalam

Terlalu jauh tak terselam

Ku akui

Dugaan datang jua pergi

Rela ku menghadapi

Dengan harapan suci

Doa bersemi

Kasih

Usah bak suria kau hadir

Persis ombak memukul ke sisir

Bimbang cinta terusir

Kerna rindu pastikan lahir

Airmata setia mengalir

Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir

Oh oh...

Percayalah...

gambar tu.. gambar kawen anak murid aku.. ini wife dia.. tui lah dia.. anak murid pun dah kawen..

Monday, December 14, 2009

Siap Akhirnya Tepat Jam 3 Pagi

SOALAN TUGASAN INDIVIDU BAGI
1.0       Pengenalan


Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, merupakan kesinambungan dari idea mantan – mantan Perdana Menteri yang menuntut kepada pembinaan ketamadunan negara bangsa. Kejituaan idea Perdana Menteri Malaysia ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang memperkenalkan Wawasan 2020 seterusnya Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang menginspirasikan konsep Islam Hadhari yang mana bertujuan untuk menjalinkan ukhwah antara kaum dan memupuk integrasi kaum dalam keharmonian bangsa dalam satu negara Malaysia. Dalam merancang kepada pembinaan asprirasi negara, asset yang paling dititikberatkan adalah genarasi baru yang bakal memegang tampuk kerajaan. Golongan ini adalah penentu kepada kecapaian gagasan negara. dalam melengkapkan generasi yang diistilahkan sebagai pelajar ini, aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek harus digabungjalinkan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


Melahirkan generasi yang bekualiti ini menuntut kepada kesungguhan dan penerapan pelbagai aspek yakni aspek  yang menyentuh kepada aspek sahsiah dan ketrampilan intrapersonal. Dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji yang mencerminkan akhbak yang sempurna, penerapan nilai murni adalah elemen penting yang boleh mencorak warna jiwa pelajar jika dipupuk sedari awal iaitu dari zaman persekolahan. Menurut Mohd Rusdan Yusuf (2002) melalui buku berjudul Sahsiah dan Keperibadian Mulia mendefinasikan sahsiah adalah sifat dan jati diri yang terbentuk dari kesempurnaan didikan yang terpuji dan berasaskan aspek kerohanian dan kemuliaan. Justeru itu,  penerapan nilai murni yang bersandarkan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu adalah menjadi teras kepada pembentukan sahsiah pelajar yang dilengkapi dengan elemen utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep JERI yang diterapkan dalam kurikulum sekolah bukan sahaja perlu disokong oleh elemen nilai murni tetapi harus diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Proses P & P yang dilaksanakan didalam bilik darjah memerlukan penerapan unsur nilai murni bukan sahaja didalam amalan pertuturan tetapi dalam setiap gerak geri dan tingkah laku serta didalam sisipan kurikulum yang mana harus direncanakan didalam rancangan pengajaran harian. sesungguhnya nilai murni yang diterapkan ini boleh memberi impak positif didalam perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.


2.0             Terjemahan Nilai Murni Dalam Konteks Perkembangan Potensi


Nilai murni adalah asas yang mencerminkan sahsiah dan prilaku seseorang yang mana bertujuan yang baik dan mulia. Habib Mat Som (1994)   dalam karyanya  Nilai – Nilai Murni Merentas Kurikulum menggariskan kepentingan nilai murni dalam membentuk sahsiah serta menyuburkan potensi pelajar dalam melahirkan pelajar yang berhemah tinggi keperibadiannya. Wan Hasmah Wan Mamat (2007) pula melalui artikel bertajuk Nilai murni dalam pendidikan Islam berteraskan prinsip Islam Hadhari mendefinasikan nilai murni adalah satu amalan yang menjadi rutin kepada  guru dalam menerapkannya didalam sector pendidikan dan nilai murni ini lebih menfokuskan kejituan natijah kepada pelajar sebagai sasaran kerana generasi inilah yang bakal diberi tanggungjawab dalam mentadbir negara akan datang.


3.0             Kupasan Perincian Nilai Murni Semasa Proses P&P


Noraha Saat (2006) melalui Pelaksanaan dan masalah penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sejarah di sekolah menengah rendah menkonotasikan nilai murni sebagai amalan murni yang menjurus kepada norma positif yang berperanan mendidik dan membentuk siasah serta sahsiah  pelajar. Beliau menyenarikan 16 aspek nilai murni yang menjadi tonggak kepada panduan dan pegangan rakyat Malaysia yang telah diiktiraf sebagai aspek nilai murni.


Nilai yang menjadi gandingan mesra kepada budi bahsa telah membentuk konsep budi bahasa budaya kita yang diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, dalam himpunan nilai murni didalam kurikulum di sekolah menengah mahupun rendah, Cuma 16 nilai murni digariskan yang mana terdiri dari nilai baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal & mental,kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.


4.0             Penerapan Nilai Murni Semasa Pengajaran & Pembelajaran


Dalam proses P&P, guru adalah pemudah cara yang kini bertindak sebagai pembimbing bukan sahaja berperanan sebagai tenaga pengajar tetapi menjadi media pengubah dan pembentuk kepada sahsiah pelajar. Melalui penerapan nilai murni ini, potensi pelajar dapat dicungkil dan digabungjalinkan supaya pelajar yang dihasilkan mempunyai kualiti intrapersonal yang tersendiri serta mempunya sisipan norma ketimuran yang terkenal dengan buadaya berbudi bahasa.


Nilai murni berdikari adalah nilai yang sangat sesuai dipraktikkan didalam proses P&P dimana, guru sebagai pembimbing yang menunjukkan simulasi pembelajaran dan pelajar diberi peluang untuk mencari bahan serta mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan sedia ada didalam menghalusi kefahaman terhadap subjek yang dipelajari. Pelajar didalam proses P& P ini digalakkan untuk berdikari dengan menunjukkan kesanggupan untuk mencari ilmu pengetahuan tanpa bergantung semata – mata kepada orang lain. ini akan menimbulkan kejayinan kepada pelajar dan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Melalui nilai ini, pelajar akan terdorong untuk merancang aktiviti dan displin kepada rutin yang dijadualkan. pelajar yang berjaya menghalusi nilai ini melalui bantuan guru yang memberi tugasa berupa penghasilan bahan buangan serta mencipta satu produk jualan adalah salah satu cara pelajar tidak bergantung kepada idea guru tetapi kepada olahan kretiviti pelajar sendiri.


Melalui  penerapan nilai hormat menghormati, guru membentuk pelajar untuk membuang ego dan bersikap hormat kepada guru, rakan pelajar serta siapa sahaja dipersekitaran. nilai hormat menghormati diterapkan melalui ucapan selamat dan pemberian salam semasa disekolah dan diunjurkan diamalan diluar bilik darjah. Nilai hormat menghormati juga disisipkan didalam mata pelajar Bahasa Melayu serta semua mata pelajaran yang dikatakan merentasi kurikulum. pelajar akan diajar tentang menghomati hak orang lain dan memahami tentang kepercayaan masyarakat berbilang bangsa bertepatan dengan rukun negara. Nilai hormat ini juga adalah nilai yang menghargai institusi social dan memuliakan sesiapa sahaja yang berhubung dengan pelajar.


Dalam membentuk masyarakat berintegriti, nilai kejujuran adalah nilai yang seharusnya menjadi perkara pokok dalam penerapan nilai murni kerana nilai ini memberi impak didalam menentukan cirri – cirri masyarakat yang berpegang kepada amanah dan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Kejujuran  dalam aspek bekerja juga dapat dipupuk sejak dibangku sekolah lagi. dalam menerapkan nilai ini, guru boleh bertindak melantik pelajar sebagai seorang bendahari dan diberi tanggungjawab untuk mengemas kini kewangan kelab mahupun bilik darjah. Guru juga boleh berperanan memberi  pengetahuan kepada pelajar melalui tontonan drama juga media yang memaparkan amalan rasuah serta tindakan yang tidak jujur. Pelajar akan mampu terdorong untuk tidak mengamalkan perkara yang bertentangan dengan amalan kejujuran.


Dalam menyuburkan perpaduan masyarakat, seawal dibangku sekolah lagi seharusnya diterapkan nilai kerjasama yang dikatakan memberi kesan dan  penentu kepada keharmonian kaum. Nilai kerjasama ini boleh diterapkan di melalui penghasilan jadual bertugas dan guru melalui proses P& P boleh membentuk pelajar kepada kumpulan yang berbilang bangsa. Guru juga boleh memberi tugasan secara berkumpulan yang mana menuntut setiap anggota kumpulan memberi sumbangan kepada penghasilan tugasan yang sempurna. Semangat kerjasama juga boleh dilihat melalui amalan bergotong royong dan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan, guru mengadakan pertandingan yang memerlukan gandingan kerjasama yang sekata dari semua pelajar. disini guru merupakan pemerhati dan medium perantara dalam menerapkan elemen kerjasama ini dibangku sekolah terutama didalam proses P&P.


Nilai kerajinan adalah antara 16 nilai murni yang boleh diterapkan didalam pengajaran dan pembelajaran dimana guru menasihatkan pelajar agar senantiasa rajin berusaha untuk menjadikan diri sebagai seorang yang cemerlang. Guru sebagai pemudahcara memberikan kata nasihat melalui tugasan berbentuk penulisan dan penghasilan kertas kerja dan folio dalam mata pelajaran sejarah yang menuntut pelajar rajin mencari bahan dan salasilah kelurga bagi menghasilkan tugasan dengan sempurna. Semangat ketekunan, kegigihan dan sikap daya usaha dalam ditanamkan melalui penerapan nilai ini dalam proses P& P. Guru juga boleh berperanan untuk  memberi penghargaan kepada pelajar yang rajin hadir ke sekolah serta rajin dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. penghargaan ini akan mendorong pelajar lain supaya bersikap rajin terhadap kerja atau perkara yang dilaksanakan.


Nilai murni baik hati adalah nilai yang paling utama menggambarkan sahsiah diri pelajar yang terpuji. Melalui konsep pemusatan pelajar, guru dapat menanamkan sikap baik hati dalam berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan. Sikap pemurah dengan ilmu ini adalah konsep dibawah nilai murni baik hati yang memungkinkan pelajar akan menjadi masyarakat yang perihatin kepada persekitaran. Sikap bertimbangrasa dan bertoleransi juga dapat dipupuk melalui perkongsian ilmu dan aktiviti P&P yang melentas kurikulum yang kebiasaannya Cuma mementingkan pencapaian akademik semata – mata. Nilai murni baik hati juga dapat ditunjukkan melalui aktiviti main peranan didalam aktiviti P&P dimana pelajar dalam bertolak ansur didalam menghasilkan sebuah karya perbembahan yang menarik bersesuaian dengan mata pelajarn yag dipelajari.



5.0             Kesimpulan


 Sebagai penyudah ungkapan, disimpulan bahawa penerapan nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengembangkan potensi pelajar secara lebih menyeluruh serta dapat memberi sisipan bersepadu dari segenap segi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep JERI yang diperkenalkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan adalah acuan terbaik dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi berupaya menjadi nakhoda zaman yang mampu menjadi teraju untuk negara mencapai ketamadunan bangsa yang tersendiri.



Ini antara kenangan aku dengan mak ngan ina.. masa dinner opis aku
jumaat lepas..
aku dah lewat sampai.. jadi MC plak tu
tapi memang sempoi.. aku macam tak ingat dunia..
letih jugak nak jadi MC nie
tapi bak kata orang.. nak cube jadi MC ala ala dinner nie
aku kena cube jugak..

hari tu
aku tapaw lagik makanan dan tak adapat pun hadiah bertuah..
hehhehe
tapi pendek kata.. aku memang seronok..
teringat kat beranang...

Baby Baru Dalam Hidup Aku


salam..
semalam aku dah pembayaran 2300 kat sedan sebab jual hset yang aku tak sangka belinyer..
ye la.. tetibe je rasa nak beli.. aku beli..
punya lah aku tak merancang perbelanjaan..
memang aku nie tak senang ada duit lebih..
aku harap.. dengan ada nyer baby baru nie..
aku akan lebih teransang untuk lebih fokus kepada kerjaya dan lebih bersemangat dalam mencapai cita cita..

hari nie keje aku hura hara jugak..
pagi aku sebuk nak kemas dan mintak tolong zul tolong betul kan internet aku nie
alhamdullillah..
mudah keje ngan zul nie
orangnyer ringan tulang..
aku makan kat nasik kukus.. sedap giler..
ye la.. lepas makan.. aku terus carik bahan nak buat tugasan.. esok nak hantar..
memang aku tak buat apa apa lagik sampai sekarang

housemet aku tak dak kat umah
nasib ada mirul..
teman aku kat umah..
tu lah kisahnyer..

kul 3.. aku g meeting MSR yang bakal berlangsung 28 disember nie..
tak sabar nak buat kursus kepimpinan fasilitator kat bebudak MPP..

kul 5.. aku jenuh mencari bella
sampai semua orang aku tanya
nak dekat sejam jugak.. bella hilang
last last jumpa kat tingkat 6 dok tepi lip atas ti9ngkat
aku betul rindu kat bella dan risau kalau bela dicurik orang yang buat wayering tu..

kul 7 mirul datang
aku dah basuh toilet yang teramat busuk.. bella punya tempat berak..

aku nak plan nak masak apa malam nie..
tak tahu nak masak apa yang sesuai malam nie.. yang boleh diet jugak..
aku nak kempeskan perut nie
nak kawen kena lah jaga badan..
tulahh dia..

Thursday, December 10, 2009

Audit 5S - Banyakkkkknyer nak buat.. tapi aku akan usahakan..

salam..
entah kenapa.. aku dok kat Pj nie.. aku rasa heppy
walaupun keje banyak.. tapi aku rasa sernang je nak keje ngan semua orang
tak perlu nak hadapi karenah orang
apa yang aku buat semua dihargai orang
tu yang buat aku seronok sangat tu

keje memang banyak..
aku pun tak berapa expert sangat nak mengajar subjek buss mgt technique..
aku punya kengkawan semua tahu aku sebuk

esok lusa.. kak irma nak ke UITM puncak alam..
jadi.. aku lah yang ganti dia.. ala ala meneruskan perjuangan ida
kak irma memang bertuah.. dah dapat jadik lecturer kat sana..
itu jugak cita cita aku akan datang
insyaallah..

minggu ini aku ingat dah best dah boleh berehat
tapi ada plak senat meeting dan ada audit
memang setiap minggu adalah hari busy aku..
memang berbaloi gaji yang aku terima ngan apa yang aku buat
tuu la dia..

apa yang aku perlu buat adalah bilik gerakan 5s tu..
nak hidupkan dan create mood
memang seronok jugak tu..

akurasa benda tu memang berat tapi.. aku kan suke cabaran..
sahut cabaran !!

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Pelanggan & Penjual

salam..
betul lah orang kata..
sebelum menjual mesti manis mulot penjual.. tapi bile kita tak maw beli..
dipaksa dan diperlinyer kita..

dulu masa belajar aku kerap ke kotaraya
menikmati indahnya KL..
ye lah siswa IPTA..
hari sabtu ahad memang free..
bile ke china town.. kat depan kota raya..
lorong tu..
orang kata barang murah
yang jual nyer semua nyer cina..
ada jual indon jadi kuli diperah habisan habisan tenaga diorang
bile aku kesana
memang tak boleh tawar menawar.
kalau tak beli.. nanti kita dimarah..

terjadi lagik aku..
aku ngan rusdan.. housemet aku dok nak trial water filter..
bile dah guna.. rupanya semut bertakung kat dalam water filter tu..
so.. aku pun terminum lah berhari hari air semut tu yang ala ala bagus sebenarnya
masa tengah pemasangan.. memang la baik orang tu..
tapi bile aku bagitahu ada semut.. dia terus cakap.. yang umah aku ada semut..
punya kurang asam..
aku memang tak leh sabar bile bangsa lain macam menghina umah aku
memang lah kurang bersih.. tapi tak lah sampai kotor..

nanti aku sambung
dah datang plak mamat nie..

Monday, December 7, 2009

Nasi Lemak & Lauk Paru sambal

salam..
pagi nie.. aku ingat ada jamuan gotong royong pagik nie
rupanya tak ada
perut dengan laparnyer hanya kek coklak dilla jer.. 2 potong..

selang beberapa minit.. kak irma hulurkan aku nasi lemak dia..
memang sedap betul dan aku cukup rasa bertuah sebab ada kak irma yang sangat pro dan baik hati..
memang orang kata.. rezeki dia mesti murah..
dia memang aku rasa idola aku dengan personaliti yang menarik
boleh plak spend time nak berjoging segala bagai..
pastu dia jenis yang tekad pada apa yang dia buat
dia bukannyer jenis yang patah semangat./.

yang sedihnyer
baru je aku nak kenal dia..
dia dah pun beherti keje..
last 19 disember nie
dia dapat offer dari UITM puncak alam..
memang best jadik pensyarah..

aku plak masih kat naungan MARA
masih setia..
sebab MARA lah majikan yang bagi aku setiap bulan gaji..
bile abis master aku nak cube apply UITM dan jadik pensyarah macam kak irma..
manum aku tak lupa jasa MARA

sebut pasal MARA
..
aku betul betul syukur
bile mana aku tetibe jer di sapa dengan puan misnah.. timbalan pengarah..
kata gambar aku masuk dalam majalah MARA..
aku ingat masuk ala ala kecik..
rupanya muke besar jugak ceritakan pasal aku menang kat matic hari tu..
juara sayembara puisi merdeka 2009 peringkat WKL..
bangga nyer aku
tapi aku tak sabar nak tunjukkan kat housemet aku rusdan..
ye la.. dia yang susah payah train aku.. macam nak rak.,.
dia dok foloow aku sana sini..
yang dapat duit aku..
dia .. aku takat belanja jer..
aku harap.. tahun depan rusdan kawen dengan gemilangnyer..
kalau aku jadik pengapit.. roboh jugak pelamin tu...
hehehehe


oh ya.. semalam punya lah pening thap tak ingat dunia punya..
aku betul betul hilang fokus nak memandu..
nasib baik aku layan sms dan call rusdan,..
lega sikit sakit aku nie..
sampai umah.. aku terus tuam kepala aku dan telan umah yang ala ala kuat gile kesannyer
aku macam pengsan..
terus tido..
tapi aku terbangun kul 2..
sebab rasa tekak.. panas sangat
sebab malas nak bangun
aku tido balik dan sampai kul 6..

malam nie..
aku ingat nak tengok wayang
nak tengok citer nija...

taget aku nak kuruskan badan minggu nie
no eat nasik dan no eat daging...

p/s.. kak dah.. teringat betul layanan kak dah..
cukup bermakna..