Saturday, September 5, 2009

BUANG KAREN

Syamputra Razali said...

tiada istilah "KALAU".. kematangan datang dari pengalaman.. berfikirlah semasak masaknya bila berkata.. nanti kelak kita yang merana kerana bertingkah perlu kena pada adabnya..

duhai muda jauhari..
berbisik mahupun melaung.. menyampai makna yang sama..
andai kita bijak laksana pendeta.. menegur sesuatu yang terlalu mengusik peribadi seakan meludah kelangit dan terpalit kemuka sendiri..

jadilah seperti padi.. makan tunduk makin berisi..
jangan jadi seperti besi.. lagak hebat tapi berkarat..
jangan juga jadi seperti lalang..
cantik dipandang tiada berpendirian.. melambai kekiri dan kekenan dengan usikan angin..

belajarlah dan bergurulah dari yang pandai.. kerna..
qatamkan ilmu dahulu dipersada.. penuhkanlah ia didada.. walau usia sudah senja..

jangan terlalu berbangga dengan apa yang kita ada.. walaupun ia tak sampai kemana..

salam dari insan sedikit dewasa

salam.
ini adalah cerita dan komen terakhir aku pada seorang pengunjung blog aku yang kononnya. hebat dan sangat bijak dari segi bahasa..
pendek kata professor bahasa atau sasterawam bahasa yang menghafal kamus bahasa..
mintak maaf lah.. namanyer aku tak leh letak sebab dia mohon jangan letak nama dia..
jadi tak salah kan..

dia pernah berbisik manja ditelinga aku dan menegur aku tentang LARAS BAHASA dan JAGA sikit penulisan aku didalam blog.. pendek kata jadi lah seperti dia yang cukup bagus menulis di blognya..

aku menerima kritikan dan pendapat yang dibisik manja ditelinga aku..
namun.. terfikir jugak..

siapa dia?.. apa hak dia?

aku menulis blog untuk tatapan teman dan satu ruangan untuk aku meluahkan rasa untuk diri sendiri..

tak minta pun dia berkunjung.. tambah lagi untuk menjadi Follower aku..

kenkadang BUANG KAREN jer pikir pasal pengunjung tak tak reti bahas..
mungkin dia belum habis belajar lagik

aku hairan..
tak pernah aku menak menegur orang lain menulis dalam diari atau blog. dan aku tak pernah nak paksa dan minta orang untuk mencantikkan laras bahasa.. cukup dengan bahasa yang santai dan simple..

ini adalah nasihat yang aku terima dari kawan kawan deklmator dan juga sahabat seni bile mengetahui tentang benda nie..

1. " ko jangan layan lah budak tu.. dia memang mental"

2. " apa ntah budak tu.. tak cukup - cukup dengan bagi ilmu sesat kat budak baru.. ini nak sekolah kan ko.. bo layan jer budak tu"

3. "si TOPI tu memang kurang matang.. kesian dia"


bile dah ramai yang pro dan cakap benda yang sama..
aku rasa.. memang dia dengan pendirian dia dan dia memang hebat menyekolahkan orang..
mungkin dia akan jadi saterawan satu hari nanti..
doakan lah benda yang baik..

bangsa kita jugak.. bukannyer bangsa lain..

aku nie.. tugas untuk mendidik anak bangsa.. tapi kalangkala aku gagal nak mendidik manusia macam budak ini.. sebab dia terlalu taksub dengan kepandaian diri dia..

oklah..

hari nie aku menaip di BANDAR JENGKA.. ada program HOMESTAY dengan pelajar UIA...
next week ada 2 undangan BACA SAJAK.. aku nak bawak sajak TAMAN MERDEKA je la..
lagi pun dah hafal..

hari tu.. aku bawak sajak DEKLARASI KEMERDEKAAN kat ambang UKM..
dapat jugak jobs baca sajak.. seronok jugak,..
walaupun masih baru.. aku masih nak berguru pada mereka yang ikhlas menegur dan bukan mengajar untuk jatuh dan menjatuhkan..

hari tu.. KHAMIS lepas.. aku dapat undangan jugak ke MAJLIS BUKA PUASA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU.. buat kat HOTEL NIKKO.. abis aku pulun makanan. pastu masa part aku.. nasib baik tak terkeluar nasik ..
semangat betul aku..

TQ kat FLORA ngan apez atas undangan itu..

next.. ada juga undangan kat HOTEL IMPIANA... memang tender hotel la jawab nyer lepas nie..

lepas raya plak.. ada 3 pertandingan sajak..

1. sajak IPTA / IPTS
2. Pertandingan ritma pUIsi.. kat KM banting atau kuantan
3. Pertandingan deklamasi puisi 1 Malaysia ( RTM)

harap harap tak clash ngan waktu kuliah aku..
sabtu memang susah sikit nak gerak..
itulah... dia..



6 comments:

Azree Ariffin said...

Salam, abg syam.

Sajak IPTA\IPTS tu merujuk kepada pertandingan puisi pelbagai kaum ke? Kalau benar, saya teruja benar nak masuk. Tapi apa kan daya, kat UIA ni susah sungguh nak cari bukan-melayu yg boleh baca sajak..

Pasal deklamasi 1Malaysia tu pun, nak jugak tahu. hehe. Kongsi-kongsilah butirnya... :)

Flora said...

Syam..kau lupa letak satu lagi dalam senarai kau yg panjang lebar tu... Program Tinta Hati Uni Riau, Kau jangan kensel pulak! Aku dah booking semua nih! Tanggung beres bawak badan+suara je tau.. -Flora-

Syamputra Razali said...

azri.. puisi IPTA/ IPTS kat UIA.. individu.. yang puisi berbilang kaum tu tak ada tahun nie..

jom masuk puisi individu tu..

lola.. puisi riau, Indon tu aku tengah tengok masa.. takut clash plak ngan Kem anak angkat kat SABAH...

Azree Ariffin said...

Abang syam,
kat UIA? anjuran sapa? Apsal saya dari Kelab Puisi UIA tak tahu apa-apa pun? huhu.

Syamputra Razali said...

azree, yang incharge pertandingan nie dari UKM, UIA sediakan tempat je.. dia sekali dengan pekan teater MAKUM..

nanti abang infom yer..

Impian Serikandi said...

Waduh.. panjang berjela post item hari ni..
luahan dan cerita dari hati..

Apapun semoga success ngan kehidupan. Syabas!

Selamat berposa!